Saturday, October 6, 2012

Wow! Artis Melayu berlakon Filem Tamil?!





















“Tak salah untuk saya cuba berlakon dalam filem Tamil”
Demikian jelas pelakon, Yasmin Khanif ketika mengulas mengenai penglibatan beliau dalam filem Tamil berjudul Vajram.
Menurut Yasmin, walaupun beliau tidak fasih dalam bahasa itu namun ia langsung tidak menyukarkannya untuk berkomunikasi dengan pengarah serta pelakon-pelakon lain dalam filem itu.
Memegang watak sebagai gadis Punjabi, bagi Yasmin, pengalaman berlakon dibawah pengarah M.Subash ternyata berbeza dari segi pelbagai aspek.
“Berlakon dibawah arahan M. Subash ni memang sangat berbeza… walaupun saya langsung tidak tahu berbahasa tamil dan tidak pernah terfikir pun untuk berlakon dalam drama sebegini tetapi dengan kepakaran pengarah serta kerjasama dengan pelakon lain ia sedikit sebanyak membantu dalam memantapkan mutu lakonan saya.
“Ini adalah filem Tamil pertama saya dan ia memang pengalaman yang sangat berbeza jika disbanding dengan berlakon dalam filem melayu.
“Jadi selepas ini, jika M.Subash panggil saya berlakon dalam filem Tamil lagi… saya rasa tidak salah untuk saya rebut peluang itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Tayangan Perdana Filem Vajram, malam tadi.
Dalam pada itu, Pengarah Filem itu, M.Subash berkata, walaupun filem itu dibuat menggunakan bahasa Tamil namun ia telah menggabungkan pelakon-pelakon dari pelbagai kaum.
Katanya, konsep 1Malaysia boleh diintepretasikan dengan lebih unik dan kreatif melalui penghasilan filem yang bermutu.
“Kita cuba tunjukkan konsep 1Malaysia dengan cara kita dan sebab itu ia akan menjadi lebih unik dan istimewa untuk ditonton oleh masyarakat.
“Untuk menjadikan filem ini lebih istimewa, kita telah satukan pelakon berbangsa Melayu, Cina dan India dalam satu filem dan ia berjaya walaupun ia adalah sebuah filem Tamil,” katanya.
Dalam pada itu, Subash turut menyuarakan rasa terharunya kerana filem tersebut telah berjaya mendapat status Wajib Tayang dari Finas.
Katanya lagi, sebelum ini industri filem Tami sukar untuk menembusi panggung wayang kerana kebanyakkan daripada pemilik panggung merasakan filem Tamil tempatan tidak berkualiti jika dibandingkan dengan filem Tamil dari negara lain.
Jelas beliau, dengan kejayaan itu ia jelas menunjukkan bahawa filem Tamil juga mampu bersaing dengan filem-filem lain dan ia tidak lagi boleh dipandang rendah oleh sesetengah pihak.
Artikel : Perak Today

13 comments:

  1. Wah! Cili Padi cover filem Tamil, ini baru la 1malaysia...

    ReplyDelete
  2. Terbaik lah cili padi cover artis plak.... Br syok ckit

    ReplyDelete
  3. Ala tak salah pun betlakon filem tamil... Filem international lg tu....

    ReplyDelete
  4. Bagus btl kan skrg ni satu malaysia kini dah diterima rakyat dan mereka tidak kira bangsa lg kerja sama2 melayu cina dan india... Bgs jugak konsep satu malaysia ni kan

    ReplyDelete
  5. Filem tamil pertama kat malaysia yg dot wajib tayang terbaik lah... Syabas kpda pengarah dan juga pelakon filem ini krn mereka berjaya membawa konsep satu malaysia

    ReplyDelete
  6. Ce tgk idea datuk sri najib industri filem pun blh terima.... Idea anwr tu apa... Habuk pun tarak... Dah tu anwar selalu bt cite karton je emm

    ReplyDelete
  7. Cun lah heroin dia mcm pelakon bollywood lah

    ReplyDelete
  8. Peh.... Filem tamil pun dah mcm filem melayu skrg ni terbaik lah... Aku nak g tgk kat pgg wayang cite ni.. Bila ditayangkan ek??

    ReplyDelete
  9. Asal mendung je... Nasib heroin cerah klu tak mesti gelap je gambar

    ReplyDelete
  10. Terbaik lah m shubah buat filem tamil yg bermutu tgg.. Harap lps ni org tak pandang rendah lg kat industri tamil

    ReplyDelete
  11. Peh mcm kareena kapoor lah heroin dia

    ReplyDelete
  12. Terbaik lah cilipadi

    ReplyDelete
  13. Eloklah tu heroin pun mmg mcm keling

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH