Thursday, December 20, 2012

DAP Layan Melayu Macam Anjing Kurap!


Keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap (CEC) Sabtu lalu tidak mengukuhkan lagi hakikat bahawa parti itu adalah RASIS, CAUVINIS, ANTI-MELAYU dan ANTI-ISLAM.

Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional Dap Ke 16 di Pulau Pinang memilih 17 anggota CEC berbangsa Cina dan tiga wakil India.

Tidak seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding dipilih termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Zairil Mohd Khir.

Blogger yang menjadi pencacai dan pengampu Dap seperti Aspan Alias dan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, Hata Wahari terkedu mulut dan terkunci jari jemari mereka untuk mengetuk analisa dalam blog mahupun memberi komen terhadap apa yang berlaku.

Jika mereka boleh terkejut apatah lagi bangsa Melayu yang sejak Pilihan Raya Umum 2008 telah digula-gulakan oleh Dap dengan imej kononnya ia sebuah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak dan kebajikan semua kaum.

Buktinya sekarang sudah jelas pada sesetengah orang Melayu yang masih buta hati dan berfikiran sempit untuk mempercayai parti perkauman Cina ini.

Mahu tidak mahu untuk menutupkan malu tembelangnya yang sudah tidak dapat ditutup lagi, terpaksalah Dap melantik dua pemimpin Melayu yang kalah dalam pemilihan tersebut - Zairil Mohd Khir, yang juga anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohd Khir Johari serta Senator Dr Ariffin SM Omar, seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan bekas pemimpin Aliran.

Kekalahan mutlak calon-calon Melayu pada pemilihan CEC itu bagaimanapun tersirat rahmat disebaliknya yang boleh menyedarkan umat Melayu bangun dari mimpin mereka dan tidak termakan dengan dakyah Dap.

Slogan 'Malaysian Malaysia' yang menjadi tonggak perjuangan Dap sejak awal penubuhannya dan kemudian disusuli dengan 'Middle Malaysia' pada 2009 tidak lagi boleh dipertahankan.

Ia hanya menjadi satu laungan kosong yang penuh dengan pengkhianatan terhadap Malaysia dan orang Melayu sebagai bangsa teras di negara ini.

Jika dilihat daripada evolusi Dap, ianya diasaskan oleh pemimpin bangsa berbangsa India seperti P. Patto dan V. David telah lama kelamaan telah diambil alih oleh Lim Kit Siang secara berperingkat dan akhirmya mentransformasi kepada sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.

Kini Dap bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi organisasi ala mafia yang dikawal ketat oleh keluarga Lim dan keluarga Karpal seperti juga parti anak beranak PKR.

Dap menolak agama Islam dan sistem perundangan Islam apabila ia menentang keras cadangan 'Negara Islam' dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.

Malah dalam isu salon gunting rambut di Kelantan, Dap menunjukkan sikap anti-Islam yang tidak boleh langsung menerima apa-apa sahaja peraturan yang berbaur Islamik.

Dap juga anti-Ketuanan Melayu dan tidak boleh menerima Melayu sebagai bangsa pribumi yang menjadi penduduk asal di negara ini.

Disebabkan ia anti-Melayu, maka Dap menentang sebarang usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Dap tidak mahu melihat orang Melayu sebagai satu bangsa yang berjaya dan megah di bumi ini dalam segala bidang.

Parti itu juga anti-bahasa Melayu dengan memberi sokongan padu kepada gerakan pendidikan Dong Zhong yang sama rasis dan perkauman seperti Dap.

Dap melalui Dong Zhong mensabotaj Bahasa Melayu yang dimaktubkan sebagai bahasa rami persekutuan dan usaha kerajaan menjadikan ia sebagai bahasa yang menyatupadukan seluruh rakyat.

Dap menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan mahukan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi kedua dan setaraf dengan bahasa Melayu.

Bayangkan betapa angkuh, sombong dan tidak sedar dirinya parti ini yang telah diberi menumpang bangsa Melayu di bumi bertuah ini!

Peminggiran pemimpin Melayu di dalam Dap seharusnya membuka mata serta minda orang Melayu seluas-luasnya supaya tidak mempercayai apa sahaja janji yang diberi menjelang PRU13.

Kit Siang dan Guan Eng boleh berjanji bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapat undi Melayu tetapi jika Melayu tidak mendapat tempat langsung dalam parti itu, apakah ia boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

UMNO dan Barisan Nasional sahajalah satu-satunya formula yang telah dibuktikan berjaya dan otentik dalam mengangkat martabat Melayu dan membangun negara ini.

Formula kerjasama antara kaum ini telah melalui proses serta ujian selama hampir 60 tahun dan pembangkang tidak boleh menafikannya sama sekali bahawa ia telah mampu membawa kepada kemajuan, keamanan, kestabilan serta perpaduan yang erat antara rakyat.

Dap, Pas dan PKR hanya sekarang mahu meniru model kejayaan UMNO-BN tetapi sudah tentunya formula palsu pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa akan menemui kegagalan dan terserlah pembohongan mereka jua.

Sunday, December 16, 2012

DAP tetap pilih Anwar sebagai PM!



Okay. Korang tengok ni pula... Apa kata Karpal suata masa dulu...
 

Thursday, December 13, 2012

Selangor Tiada Masalah Air, Tapi...



Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim serta pemimpin PR seringkali memberitahu umum bahawa negeri itu tidak akan berdepan dengan masalah bekalan air terawat, hatta masalah mendapatkan sumber air mentah pun tidak dialami.

Dengan gah MB Selangor itu meyakinkan rakyatnya supaya jangan bimbang atau terganggu dengan laporan-laporan media yang menyebut isu kekurangan air terawat dan penurunan paras air mentah di beberapa empangan dan sungai sekitar negeri.

Katanya bekalan air mentah di Selangor lebih dari mencukupi sehingga melimpah-limpah menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Untuk meningkatkan lagi keyakinan umum yang masalah air tidak akan melanda Selangor, maka pemimpin PKR itu memberi jaminan bekalan air di Selangor mencukupi sehingga tahun 2019.

Mendengar jaminan tersebut maka bersorak sakanlah para penyokong PR memperlekehkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) yang mereka yakini sebenarnya tidak diperlukan sama sekali.

Dalam pada mereka bersorak sakan, Khalid Ibrahim mengumumkan akan mengkaji untuk membeli air dari Terengganu dengan menyalurkan air mentah dari Tasik Kenyir ke empangan-empangan dan sungai di Selangor.

Sebelum itu, Kerajaan PKR Selangor menyatakan akan merawat bekalan air dari lombong-lombong terbiar di negeri itu untuk disalurkan kepada pengguna di Lembah Klang termasuklah untuk diminum oleh rakyatnya.

Pelik bukan? Jika bekalan air mentah dan air terawat di negeri ini mencukupi sehingga tahun 2019, apa perlunya lagi mengambil air lombong dan air dari Tasik Kenyir?

Dalam jangka waktu terdekat juga, tatkala jaminan diberi sumber air mentah sedia ada di empangan dan sungai mencukupi sehingga 2019 dan air mentah dari Pahang dinafikan keperluannya, tiba-tiba pula Kerajaan PKR Selangor bercakap pula untuk meneroka sumber air bawah tanah.

Lebih pelik lagi, bila mana Kerajaan PKR Selangor tiba-tiba mahu mengkaji penggunaan teknologi membran untuk meningkatkan keberkesanan pengeluaran air terawat di loji-loji rawatan air sedia ada. Untuk kajian keberkesanannya memerlukan berjuta ringgit hangus diikuti kos pemasangan permulaan yang mencecah RM50 juta hingga RM95 juta perlu dikorbankan untuk satu-satu loji.

Sedangkan selama ini pemimpin-pemimpin PR Selangor termasuk MB serta exconya sering memperlekehkan dan meremehkan laporan oleh pakar mengenai risiko berlakunya masalah bekalan air terawat berikutan operasi sebahagian loji rawatan air sudah menghampiri tahap maksima.

Jika laporan oleh para pakar berkaitan permasalahan bekalan air terawat tidak benar atau diragui kesahinanya, bukankah satu pembaziran untuk kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim membuat kajian terhadap teknologi membran?

Tambah memeningkan kepada rakyat Selangor apabila semasa pembentangan Bajet 2013 pada November lepas, MB Selangor mengumumkan pula peruntukan RM100 juta untuk mengkaji kaedah storm water, yakni guna pakai air hujan untuk kegunaan harian pengguna.

Nampak sangat Khalid Ibrahim selaku MB Selangor yang paling bengap dalam sejarah dan kerajaan negeri pimpinannya tiada hala tuju yang jelas bila bercakap isu masalah bekalan air terawat dan air mentah di Selangor.

Pusing sana pusing sini dengan pelbagai kajian itu ini, alih-alih duit rakyat hangus berjuta-juta ringgit hanya semata-mata untuk menutup kesilapan dan keterlanjuran mereka yang dengan egonya menolak perlaksanaan Langat 2 dan PPAMPS.

Tuesday, December 11, 2012

Bukti Kerajaan PKR Zalim!


Pada tahun 2007 sebuah kuil hindu di Padang Jawa, Shah Alam telah dirobohkan selaras dengan perintah mahkamah. Ini kerana pemilik tanah di mana kuil itu dibina mahu memajukan kawasan berkenaan. Bukan sahaja kuil yang dirobohkan, ia melibatkan rumah penduduk dan juga surau.

Kerajaan negeri pimpinan BN ketika itu telah mengarahkan pemaju agar menyediakan rumah ganti kepada penduduk yang rumah mereka dirobohkan. Begitu juga dengan kuil yang tersebut. Bukan setakat diberi tapak sebagai ganti untuk membina kuil baru, malah pihak kuil juga turut diberi pampasan RM 40’000. 00.


Pada ketika itu PKR , PAS dan DAP masih lagi pembangkang di negeri Selangor. Mereka bersama-sama HINDRAF telah mengeksploitasi kes perobohan kuil itu semaksimum mungkin hingga mengundang perasaan marah orang-orang india yang beragama hindu, dan seterusnya mereka bangkit dalam satu perhimpunan besar di Kuala Lumpur pada pada 25.11.2007 hingga mencetuskan rusuhan.

Tidak berhenti di situ, PKR, PAS ,DAP dan HINDRAF terus mencanang kes berkenaan hingga menjadi semakin kronik yang akhirnya kita semua dapat menyaksikan hampir 100 peratus orang-orang india menolak BN dalam PRU 2008 hingga menyebabkan BN hilang tampuk kuasa di negeri Selangor.

Setelah membentuk kerajaan pada Mac 2008 dan sebaik sahaja pentadbiran pimpinan Khalid Ibrahim memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mereka telah mengeluarkan arahan supaya sebarang kuil atau rumah ibadat lain yang wujud sebelum 2008 agar tidak dirobohkan.

Bagaimanapun itu hanya janji sewaktu mereka baru mendapat kuasa. Itu hanya janji sebelum mereka nampak wang ringgit. Apabila sudah nampak wang ringgit, segalanya boleh berubah.

Semenjak mereka memerintah banyak kuil yang telah dirobohkan. Antaranya di Kajang dan Shah Alam. Salah sebuah kuil di Subang Jaya yang berusia 124 tahun (kuil Seafield Sri Maha Mariamman) juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan. Perkara berkenaan boleh dibaca di www.sinarharian.com.my.

Seperti yang diketahui umum banyak kuil-kuil di Selangor dibina tanpa mendapat kelulusan PBT. Ini kerana kebanyakannya dibina sejak zaman-berzaman. Ketika itu banyak orang-orang india berkerja di estet, dan mereka mendirikan kuil mengikut tempat dimana mereka berada untuk memudahkan mereka beribadat. Sekarang ini kebanyakan estet-estet telah bertukar menjadi bandar. Untuk tujuan pembangunan maka sudah tentu kuil-kuil terebut terpaksa diroboh atau dipindahkan.

Masalah utamanya di sini adalah tentang sikap bermuka-muka parti PKR, DAP dan PAS. Sewaktu mereka menjadi pembangkang mereka berpura-pura simpati kepada orang-orang hindu yang tempat beribadat mereka dirobohkan. Dalam masa yang sama mereka menghasut agar orang-orang hindu membenci BN.

Sekarang apabila mereka menjadi kerajaan mereka juga menghadapi masalah sepertimana yang kerajaan BN Selangor hadapi dulu dalam berhadapan dengan kuil-kuil haram. Cara mereka bertindak juga sama. Iaitu robohkan kuil yang dibina secara haram. Kini baru mereka tahu apa yang dilakukan oleh BN dulu adalah betul.

Namun begitu keadaan di zaman mereka lebih teruk dan lebih zalim. Kuil yang dirobohkan di Padang Jawa pada tahun 2007 hingga membawa kepada kebangkitan penganut-penganut hindu di Kuala Lumpur dan penolakan ke atas BN pada PRU 12 dilakukan dengan perintah mahkamah kerana tuntutan dari pemilik tanah.

Kini di bawah pemerintahan PKR seribu kali lebih teruk, sampaikan tempat beribadat orang hindu di dalam kawasan rumah sendiri pun mereka masuk dan robohkan.

Itulah yang terjadi di Sepang beberapa minggu lepas sepertimana gambar-gambar di bawah yang diberikan kepada wakil kami oleh penduduk Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Untuk melepaskan tengkuk sendiri, orang yang dipertanggungjawab bagi menguruskan hal ehwal kaum india di Selangor, Xavier Jayakumar dengan pantas berkata apa yang terjadi itu adalah sabotaj. Perkara tersebut dilaporkan melalui lawan web rasmi kerajaan Selangor, www.selangorku.com .

Bagaimanapun dua hari lepas Xavier telah berubah nada apabila mengeluarkan kenyataan yang lebih keras dengan mengatakan kerajaan Selangor tidak akan menggantikan tempat beribadat yang dirobohkan sepertimana yang dilaporkan oleh www.antarapos.com.

Jika benar ia perbuata sabotaj mengapa pula kerajaan negeri enggan menggantikannya ?

Inilah kelebihan yang ada pada PKR. Kelebihan memutar belit untuk sentiasa meletakkan kesalahan kepada musuh bagi melepaskan diri mereka. Kuil diroboh zaman BN mereka menuduh BN yang zalim. Tempat beribadat dirobohkan di zaman mereka pula dituduh perbuatan sabotaj untuk menuding jari kepada BN.







Sumber : www.Sel13.com

Saturday, December 8, 2012

Thursday, December 6, 2012

Peringatan Tun Dr. Mahathir untuk semua rakyat Malaysia!


Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.

Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.

“Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

“Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 – Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh di sini hari ini.

Seminar tiga hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu, mereka membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu.

“Faktor ini telah pun mereka ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga,” katanya.

Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir berkata, Malaysia tidak perlu mengikut konsep Negara Bangsa seperti kebanyakan negara lain kerana terikat dengan masalah kaum yang tidak mahu mengetepikan identiti asal mereka.

Kata beliau, Malaysia lebih liberal dan bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan bahasa ibunda masing-masing.