Pada tahun 2007 sebuah kuil hindu di Padang Jawa, Shah Alam telah dirobohkan selaras dengan perintah mahkamah. Ini kerana pemilik tanah di mana kuil itu dibina mahu memajukan kawasan berkenaan. Bukan sahaja kuil yang dirobohkan, ia melibatkan rumah penduduk dan juga surau.
Kerajaan negeri pimpinan BN ketika itu telah mengarahkan pemaju agar menyediakan rumah ganti kepada penduduk yang rumah mereka dirobohkan. Begitu juga dengan kuil yang tersebut. Bukan setakat diberi tapak sebagai ganti untuk membina kuil baru, malah pihak kuil juga turut diberi pampasan RM 40’000. 00.
Tidak berhenti di situ, PKR, PAS ,DAP dan HINDRAF terus mencanang kes berkenaan hingga menjadi semakin kronik yang akhirnya kita semua dapat menyaksikan hampir 100 peratus orang-orang india menolak BN dalam PRU 2008 hingga menyebabkan BN hilang tampuk kuasa di negeri Selangor.
Setelah membentuk kerajaan pada Mac 2008 dan sebaik sahaja pentadbiran pimpinan Khalid Ibrahim memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mereka telah mengeluarkan arahan supaya sebarang kuil atau rumah ibadat lain yang wujud sebelum 2008 agar tidak dirobohkan.
Bagaimanapun itu hanya janji sewaktu mereka baru mendapat kuasa. Itu hanya janji sebelum mereka nampak wang ringgit. Apabila sudah nampak wang ringgit, segalanya boleh berubah.
Semenjak mereka memerintah banyak kuil yang telah dirobohkan. Antaranya di Kajang dan Shah Alam. Salah sebuah kuil di Subang Jaya yang berusia 124 tahun (kuil Seafield Sri Maha Mariamman) juga sedang menunggu masa untuk dirobohkan. Perkara berkenaan boleh dibaca di www.sinarharian.com.my.
Masalah utamanya di sini adalah tentang sikap bermuka-muka parti PKR, DAP dan PAS. Sewaktu mereka menjadi pembangkang mereka berpura-pura simpati kepada orang-orang hindu yang tempat beribadat mereka dirobohkan. Dalam masa yang sama mereka menghasut agar orang-orang hindu membenci BN.
Sekarang apabila mereka menjadi kerajaan mereka juga menghadapi masalah sepertimana yang kerajaan BN Selangor hadapi dulu dalam berhadapan dengan kuil-kuil haram. Cara mereka bertindak juga sama. Iaitu robohkan kuil yang dibina secara haram. Kini baru mereka tahu apa yang dilakukan oleh BN dulu adalah betul.
Namun begitu keadaan di zaman mereka lebih teruk dan lebih zalim. Kuil yang dirobohkan di Padang Jawa pada tahun 2007 hingga membawa kepada kebangkitan penganut-penganut hindu di Kuala Lumpur dan penolakan ke atas BN pada PRU 12 dilakukan dengan perintah mahkamah kerana tuntutan dari pemilik tanah.
Kini di bawah pemerintahan PKR seribu kali lebih teruk, sampaikan tempat beribadat orang hindu di dalam kawasan rumah sendiri pun mereka masuk dan robohkan.
Itulah yang terjadi di Sepang beberapa minggu lepas sepertimana gambar-gambar di bawah yang diberikan kepada wakil kami oleh penduduk Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Untuk melepaskan tengkuk sendiri, orang yang dipertanggungjawab bagi menguruskan hal ehwal kaum india di Selangor, Xavier Jayakumar dengan pantas berkata apa yang terjadi itu adalah sabotaj. Perkara tersebut dilaporkan melalui lawan web rasmi kerajaan Selangor, www.selangorku.com .
Bagaimanapun dua hari lepas Xavier telah berubah nada apabila mengeluarkan kenyataan yang lebih keras dengan mengatakan kerajaan Selangor tidak akan menggantikan tempat beribadat yang dirobohkan sepertimana yang dilaporkan oleh www.antarapos.com.
Jika benar ia perbuata sabotaj mengapa pula kerajaan negeri enggan menggantikannya ?
Inilah kelebihan yang ada pada PKR. Kelebihan memutar belit untuk sentiasa meletakkan kesalahan kepada musuh bagi melepaskan diri mereka. Kuil diroboh zaman BN mereka menuduh BN yang zalim. Tempat beribadat dirobohkan di zaman mereka pula dituduh perbuatan sabotaj untuk menuding jari kepada BN.
Sumber : www.Sel13.com
Harap perkara ini disebar meluas terutama kepada
ReplyDeleteparti2 komponen untuk hebahan ke akar umbi. Tk.
Kalau kuil mini macam tu dibuat sebelah dengan rumah aku, aku pun akan report kat pehak berkuasa. Bila tinggal dalam kawasan rumah teres, jangan lah terlalu menunjuk keras kepala dan tak hormat pada orang lain.
ReplyDeleteanon 9.07 kita sebagai rakyat malaysia kita kena hormat agama org lain pun jgn pk diri sendiri je..org lain pun ada hak utk agama drg gak jgn lah buat sampai mcm tu sekali...cuba org buat agama ko mcm tu ko marah tak?mesti marah kan...kita kan satu malaysia
ReplyDeletepkr mmg yahudi yg tak ada hati perut lsg
ReplyDelete