Thursday, January 31, 2013

Panas! Keberanian Mahathir yang ditakuti Anwar Ibrahim!


Satu dunia tahu tentang 'pendalangan' Tun Dr. Mahathir dalam Perang Bosnia dan Kosovo. Walaupun Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah cuba mencari dan mendapatkan bukti tentang pembabitan secara langsung Tun Dr. Mahathir dalam perang tersebut, sehingga sekarang negara-negara pengganas tersebut masih gagal memperolehinya.

Disebabkan kegagalan itulah, Mahathir sentiasa menjadi ancaman kepada mereka sehinggakan proksi Zionis perlu melantik atau melatih seseorang yang boleh menjatuhkan Mahathir, seterusnya menghukum Mahathir sepertimana yang mereka inginkan.

Anda tentu seringkali mendengar cakap-cakap Anwar Ibrahim kononnya, apabila dia menjadi Perdana Menteri nanti, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah MEMENJARAKAN TUN DR. MAHATHIR dan 'KRONI-KRONI'nya kerana kononnya mereka telah mencuri wang negara.





Itu cakap Anwar Ibrahim sahaja. Hakikatnya, semua orang tahu, mengapa Anwar Ibrahim ingin benar memenjarakan Tun Dr. Mahathir serta beberapa orang pemilik syarikat korporat berbangsa Melayu dan beragama Islam yang dilihat terlalu banyak memberikan bantuan kepada Tun Dr. Mahathir dalam usaha membela umat Islam tertindas di seluruh dunia. Semua orang juga tahu, Anwar Ibrahim menerima titah dan perintah daripada tuan-tuan besarnya yang membela Zionis dan negara haram Israel selain melihat umat Islam kekal sebagai golongan yang teraniaya di seluruh dunia.

Ramai tertanya-tanya, daripada sekian banyak negara, mengapa Bosnia-Herzegovina dan Kosovo begitu menyanjung tinggi Malaysia. Tentunya ramai yang masih ingat, bagaimana Yasser Arafat dan Nelson Mandela begitu mesra dengan Dr. Mahathir dan berkunjung ke Malaysia sehinggakan untuk mereka, perhimpunan telah diadakan di Stadium Negara.

Terlebih penting, mengapa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra begitu marah apabila Dr. Mahathir memberikan cadangan agar empat wilayah selatan Thailand diberikan status autonomi kerana itu sahajalah cara yang paling afdal untuk mengamankan wilayah-wilayah tersebut. Dan selepas itu, Thaksin menuduh Malaysia menjadi pangkalan pasukan pemberontak, malah kononnya Malaysia melatih dan membekalkan pejuang-pejuang pemisah itu senjata.

Ada satu kisah yang cukup popular di kalangan bekas anggota tentera yang pernah ke Bosnia dan menjaga keselamatan Tun Dr. Mahathir sewaktu Mahathir ke negara itu.

Mahathir telah diminta untuk memakai pakaian kalis peluru. Bagaimanapun dia enggan berbuat begitu. Mahathir memberikan alasan, ajal mautnya di Tangan Allah Taala. Kalau Allah Taala telah mentaqdirkan ajalnya di bumi Bosnia, maka dia redha.

Semua baju kalis peluru yang diberikan kepadanya, enggan dipakai oleh Tun Dr. Mahathir. Sedangkan dia akan memasuki sebuah kawasan yang dikenali sebagai zon perang, dan penembak-penembak curi besar kemungkinan berkeliaran dan cuba mencari nama dengan membunuh seorang dif kehormat yang berkunjung ke Bosnia.





Bagaimanapun, seorang anggota polis yang mengawalnya, berjaya memaksa Tun Dr. Mahathir memakai baju kalis peluru itu. Baju kalis peluru yang dipakai oleh Tun Dr. Mahathir adalah baju kalis peluru yang tersarung pada badan anggota polis berkenaan.

Bukan kerana takut dengan herdikan dan ketegasan anggota polis berpangkat rendah tersebut, tetapi Mahathir menyanjung sikap anggota polis tersebut yang sanggup berkorban untuknya walaupun nyawanya sendiri mungkin terancam.

Akhirnya, baik Tun Dr. Mahathir mahupun anggota polis yang menanggalkan baju kalis peluru di badannya untuk Dr. Mahathir, kedua-duanya memakai baju kalis peluru dan kedua-duanya selamat pulang ke Malaysia.

Itu secebis kisah Tun Dr. Mahathir yang tidak akan sama sekali disebut-sebut oleh para pecacai Pakatan yang berasakan Anwar Ibrahim lebih pandai dan berani berbanding Dr. Mahathir, walaupun hakikatnya antara kedua-duanya memang ada jurang yang sangat besar dengan Anwar Ibrahim adalah tentera upahan Zionis di Malaysia.



Dan kini, baru beberapa hari lepas Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak ke Gaza pula bersama-sama Zulkifli Nordin dan Nasharuddin Mat Isa. Dan sebelum Nasharuddin Mat Isa sempat membuka mulut, pada 13 Januari lalu, dia telah dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS.

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh PAS tentang Nasharuddin Mat Isa ke Gaza? Adakah kerana ia mempunyai kaitan dengan IKHWANUL MUSLIMIN yang mana PAS dikatakan 'menerima' arahan daripada badan tersebut? Adakah PAS akan memberi alasan yang merek atidak perlu menerima sebarang kata-kata daripada Nasharuddin Mat Isa kerana bekas Timbalan Presiden PAS itu kini hanya ahli biasa dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan lagi?

Rahsia akan terbongkar tidak lama lagi!

Sumber :  Kedahan69ers.com

DAP Ingin Guna Anak Raja Untuk Hapuskan Institusi Raja?


Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu.  Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja.

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu.  Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu.  Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam.

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti.   Alasan kononnya atas faktor ketelusan.   Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu.

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja.  Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap.

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya.  

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid.   Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU.  

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa.  Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya.

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata.  Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti.

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia.  Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP.  

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya.  Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total.

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara.  Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini.

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP?

Wednesday, January 30, 2013

Pecat Ustaz Nasha, Bukti PAS Amal Kuku Besi



Pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa selaku ahli Majlis Syura Ulama PAS sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh suku sakat Anwarinas setelah beberapa percubaan sebelumnya menemui jalan buntu.

Kelibat Ustaz Nasharudin yang turut sama menyertai lawatan bersejarah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak ke Semenanjung Gaza, Palestin dimanfaatkan sepenuhnya oleh pimpinan PAS untuk dijadikan alasan utama pemecatan tersebut.

Lain-lain alasan seperti tidak datang mesyuarat memaksa Majlis SYura memecat Ustaz Nasharudin pada pertemuan 13 Januari 2013 yang lepas sebenarnya hanyalah tempelan sahaja untuk mengabui mata ahli dan penyokong PAS.

Jika alasan tidak datang mesyuarat adalah punca utama pemecatan Ustaz Nasharudin tentunya sudah lama Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama dibuang dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Bukan satu rahsia pun sejak Nik Aziz mempengerusikan badan tertinggi PAS itu, sudah banyak teguran dari ahli bawahan mengenai kelesuannya. Terlampau jarang diadakan perjumpaan disebabkan kepimpinan Nik Aziz yang lemah dan tidak cakna dengan perjalanan parti.

Malah semasa penggal yang lepas, satu mesyuarat pun diadakan sekalipun tika itu wujud banyak isu yang melingkari PAS dan PR. Jadinya, dilihat pada asas ini selayaknya sudah lama Nik Aziz ditendang keluar dari Majlis Syura Ulama dan pengerusinya diambil alih oleh Timbalan Mursyidul AM PAS, Ustaz Haron Din.

Nama Majlis Syura Ulama PAS hanya kembali kedengaran ketika wujudnya isu melibatkan Ustaz Nasharudin, itupun dalam mesyuaratnya pada September 2012 yang lalu Nik Aziz sengaja buat perangai keluar awal setelah mengetahui agenda perbincangan tidak membabitkan kedudukan Ustaz Nasharudin.

Bibit kebencian Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharudin sudah lama membuak semenjak timbulnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang mana Ustaz Nasharudin adalah antara orang perantaraan yang dihantar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk membincangkan kerjasama antara UMNO dan PAS.

Bagi orang tua seperti Nik Aziz yang bertuhankan nafsu amarah, tindakan Ustaz Nasharudin itu telah melanggar pantang larang yang ditetapkannya. Tiada perpaduan mahupun muzakarah antara PAS dan UMNO demi kepentingan Islam selagi nyawa masih mengalir dalam tubuh Nik Aziz.

Berbalik pada isu pemecatan Ustaz Nasharudin, sehingga kini surat pemecatan langsung tidak diterima oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Berita pemecatannya hanya diketahui melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.

Tak mustahil surat pemecatan itu pun baru selesai dikarang selepas kelibat Ustaz Nasharudin dilihat bersama rombongan PM di Gaza, Palestin.

Dalam hal ini, Ustaz Nasharudin tidak keseorangan. Beliau bukan satu-satunya pemimpin PAS yang dianiayai sedemikian rupa dipecat tanpa diberi ruang pembelaan diri. Sudah ramai pemimpin PAS yang menjadi mangsa gaya kepimpinan PAS yang bersifat kuku besi dan diktatorship.

Sebelum ini, bekas Naib Presiden PAS merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hasan Ali juga pernah mengalaminya, lama sebelum itu, bekas pemimpin PAS kawasan Pasir Putih, Kelantan, Cikgu Musa Salleh juga pernah menghadapinya.

Dalam PAS, perihal berlapang dada bukannya satu pilihan sebaliknya persoalan dendam kesumat seringkali menjadi taruhan utama dalam menentukan jatuh bangun seseorang pemimpin, lebih-lebih lagi jika seseorang itu dilihat bercanggah pandangan dengan Nik Aziz.

Walau apapun, pemecatan Ustaz Nasharudin yang diumumkan tatkala umat Islam seluruh dunia meraikan keberanian pemimpin Malaysia memasuki Semenanjung Gaza untuk sama-sama merasai sendiri keperitan penduduk Palestin yang dizalimi Israel, bukanlah satu tindakan bijak oleh PAS.

Tindakan tergesa-gesa dan bercorak kuku besi dan tidak demoktarik sebegini tidak akan membantu PAS mengukuhkan kedudukannya menjelang PRU 13. Suka atau tidak, kepimpinan PAS perlu menerima hakikat tiba masanya kelak parti itu akan semakin terpinggir dari sokongan umat Islam.

Tuesday, January 29, 2013

Penyingkiran Ustaz Nasha Dari Majlis Syura Penuh Misteri?


Sedang hangat dibicarakan tentang kontroversi isu penggunaan kalimah “Allah” yang diperjuang oleh DAP dan disokong oleh Anwar Ibrahim, tiba-tiba kita digemparkan dengan insiden pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura parti itu.

Peliknya, PAS mendakwa Nasharudin dipecat dari Majlis Syura kerana tidak mengikut garis panduan “berjamaah”. “Berjamaah” bagaimana? “Berjamaah” mengikut ajaran “agama” PAS?

Sebagaimana maklum, Ustaz Nasharuddin sebelum ini begitu vokal menempelak Presiden DAP, Karpal Singh yang disifatkan sebagai bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam.

Karpal marah “bangat” dengan kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu dan mengugut akan bertindak menyaman Ustaz Nasharuddin atas insiden tersebut.

Sama seperti yang berlaku kepada bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, PAS sedikit pun tidak membela Ustaz Nasharuddin dalam hal tersebut dan ekoran itu beliau dijangka akan dipecat selepas mesyuarat Majlis Syura pada 9 September tahun lalu.

Namun Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menafikan jangkaan itu dan menegaskan bahawa isu Nasharuddin tidak dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut.

Baru-baru ini pada 13 Januari lalu, Majlis Syura sekali lagi bersidang namun mereka langsung tidak menyentuh mengenai Ustaz Nasharuddin, namun memberikan fokus kepada isu penggunaan kalimah “Allah” yang menyaksikan PAS “sengaja” membuat “U-turn” bagi meraih undi umat Islam.

Paling pelik, sejurus selepas gambar Nasharuddin terpampang di media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bersama-sama mengadakan lawatan ke Gaza baru-baru ini, terus Majlis Syura memecat beliau?

Apakah ini merupakan kebetulan atau Majlis Syura sakit hati melihat keintiman Nasharuddin dan Najib yang berpeluang melawat umat Islam di Gaza yang ditindas oleh kezaliman sahabat-sahabat karib Anwar Ibrahim?

Sekiranya Majlis Syura memberi alasan bahawa Ustaz Nasharuddin dipecat dari majlis berkenaan kerana melanggar peraturan “jamaah”, apakah tindakan melawat umat Islam bersama Najib itu dianggap sebagai “dosa” tidak berjamaah?

Apakah “berjamaah” dari kacamata Majlis Syura PAS itu hanya dianggap “berjamaah” sekiranya Najib membawa para anggota majlis itu ke Gaza bersamanya?

Nik Aziz marah sangatkah kerana tidak diajak bersama ke Gaza melihat penderitaan umat Islam di sana berbanding Ustaz Nasharuddin yang mendapat keistimewaan tersebut?

Tolonglah jangan berikan alasan seperti kanak-kanak tadika PASTI yang belum mumayyiz!

Bukanlah saya mahu membantah keputusan Majlis Syura PAS itu, namun kalau benar ikhlas, telus dan berintegriti dalam soal pemecatan Ustaz Nasharuddin, berterus terang sajalah dengan mengatakan bahawa Nik Aziz sudah tak boleh menahan marah padanya.

Beritahu saja rakyat bahawa Nasharuddin dipecat dari Majlis Syura kerana mengherdik Karpal, mendesak PAS keluar dari “Pakatan Thoghuuut” dan lebih suka “berjamaah” dengan saudara seagama berbanding dengan puak “kafir harbi” yang mencabar kepentingan Islam!

Kenapa Majlis Syura mahu berselindung lagi? Nyatakan dengan ikhlas sekiranya benar majlis itu benar-benar telus dengan alasan pemecatan bekas Timbalan Presiden PAS itu. Sekurang-kurangnya, Majlis Syura akan terlepas dari dosa berbohong kepada rakyat!

Tak kisahlah sama ada Majlis Syura pecat Ustaz Nasharuddin atau tidak. Beliau bukan ahli atau mengiystihar diri nak masuk UMNO pun.

Tapi, sebagai sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, jelaslah PAS sanggup berbuat apa saja termasuk memecat mana-mana ahlinya yang dilihat membela kepentingan Islam dan rapat dengan kepimpinan UMNO, kan?

Demi “sahabat-sahabat” yang gemar mencabar Islam secara konsisten dan pembela kepentingan Rejim Zionis Yahudi Israel, PAS rela mengorbankan golongan ulamanya dan perjuangan Islam untuk mencapai kuasa ke Putrajaya. Syabas PAS..!

Sumber : Perak Today

Monday, January 28, 2013

Panas! Nik Aziz sambut harijadi mengikut cara Kristian?


Ada orang tu cakap sambut Maulidur Rasul tiru cara kristian, Tapi sambut harijadi tak tiru kristian pula eh? Dasar orang tua nyanyok tak sedar diri. Apa yang dia cakap tak boleh dia juga yang buat. Biasa lah siapa tak kenal Nik Aziz...Suka sangat mempolitikkan agama untuk kepentingan sendiri... Ye dok?..

Sunday, January 27, 2013

Panas! Gambar yang membuatkan Anwar Panas Juboq! Wajib Tengok!

Kah kah kah kah kah!Wakakakakakakakaka! Muahahahahhahahahahaha!

Ekkkkk! Jangan marah haaaahhhh! HAHAHAHAHA

Saturday, January 26, 2013

Punca Amerika Dan Britain Bencikan Dr. Mahathir, Keberanian Yang Tidak Ada Pada Anwar Ibrahim!


Kalau dengar cerita Anwar Ibrahim, sememangnya, dia seorang sahajalah yang berani, yang pandai, yang hebat, yang bijaksana dan sebagainya. Namun sehingga ke hari ini, yang terbukti, dia hanyalah seorang penipu dan pelakon yang sangat hebat. Walaupun telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor bergaji seringgit, Anwar Ibrahim hanya pandai menggunakan kedudukannya itu untuk menyamun duit rakyat Selangor bagi tujuan dia berfoya-foya di luar negara tanpa satu sen pun dikembalikan kepada rakyat Selangor yang ternanti-nanti fungsi jawatan Penasihat Ekonomi Selangor itu.

Pernahkah anda mendengar langkah-langkah berani yang diambil oleh Anwar Ibrahim untuk membuktikan bahawa dia adalah seorang pemegang tanggungjawab ekonomi Malaysia selain daripada skandal memalukan apabila dia cuba menyerahkan ekonomi dan sistem perbankan negara ini kepada IMF dan apabila rancangannya tidak berjaya, dia menyalahkan Dr. Mahathir atas kejatuhan ekonomi dan kewangan Malaysia, walaupun satu dunia tahu, kejatuhan tersebut adalah disebabkan oleh serangan pasukan penyangak matawang, George Soros.

Dan akhirnya terbukti George Soros bekerjasama dengan Anwar Ibrahim, terutama menerusi bantuan yang diberikan oleh George Soros kepada PKR dan NGO-NGO pro Anwar Ibrahim untuk menggulingkan Kerajaan Barisan Nasional selepas PRU12 menerusi demonstrasi dan kempen hasutan kebencian serta permusuhan agama.

Tentu ramai yang ingin tahu, mengapa Dr. Mahathir begitu dibenci oleh Barat dan Yahudi sedangkan dia bukanlah seorang pejuang bersenjata atau pengebom berani mati mahupun pemimpin yang kerap kali melaungkan jihad berdarah dan menjanjikan syurga kepada para pendengar serta pemercaya mereka?

Berikut adalah secebis daripada punca mengapa Dr. Mahathir dibenci oleh Kapitalis Barat walaupun Dr. Mahathir tidak pernah membangga-banggakan dirinya dengan tindakannya itu. Malah dia tidak menjadikan peristiwa-peristiwa tersebut sebagai pembuktian jasanya kepada negara, walaupun tindakannya itu memberikan anjakan besar kepada rakyat negara ini.

Agak malang kerana jasa-jasa besarnya itu mulai dilupakan oleh generasi baru kerana keasyikan mereka mendengar temberang Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Tahukah anda, orang yang paling benci dengan Mahathir bin Mohamad dari kalangan pemimpin Barat adalah Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri Britain yang telah dimalukan oleh Dr. Mahathir selepas kebongkakan Wanita Besi itu ditundukkan dengan cara yang sangat mudah.



Komuniti ekonomi dunia masih ingat lagi dengan ‘SERANGAN SUBUH” atau ‘DAWNING RAID’ yang berlaku pada 7 September 1981, beberapa bulan selepas Mahathir menjawat jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia. Mahathir telah mengatur satu rancangan yang paling genius dan tidak disangka-sangka oleh kaum Barat yang menyangkakan Melayu adalah satu kaum yang hebat berfikir dan mengatur strategi.

Tanpa diketahui oleh sesiapa pun, Mahathir telah mengutuskan empat orang anak Melayu, antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah dan Ghafar Baba.

Sebelum itu, pada April 1981, Mahathir telah melancarkan Amanah Saham Nasional di bawah Permodalan Nasional Berhad. Dana daripada ASN dikatakan telah digunakan sebagai modal untuk ‘DAWNING RAID’ itu. Dan menariknya, tindakan yang diatur rapi oleh Dr. Mahathir, TIDAK DIKETAHUI LANGSUNG oleh Lim Kit Siang yang merupakan Ketua Pembangkang Malaysia pada ketika itu.

Dr. Mahathir secara peribadi telah mengarahkan agar kajian dilakukan secara terperinci ke atas undang-undang pelaburan Britain. Mahathir sebelum itu, telah melahirkan perasaan tidak puas hati apabila Britain masih lagi menguasai lebih 200,000 ekar tanah di seluruh Malaysia menerusi tiga buah syarikat perladangan utama, Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope Plantations.

Perancangan yang teliti selama setahun selepas percubaan pertama, gagal, membuahkan hasil yang amat lumayan. PNB berjaya menguasai Guthrie Corporation PLC pada 8 September. Kerajaan yang mempunyai sebahagian saham dalam Sime Darby, berjaya menguasai sepenuhnya syarikat tersebut menerusi pembelian mengejut pada 7 September.

Tun Mahathir mendapat bantuan teknikal yang baik daripada Gabenor Bank Negara pada waktu, Tun Ismail Ali yang telah menerangkan tentang ‘SERANGAN SUBUH’ yang mengejutkan komuniti ekonomi dunia itu. Beberapa pihak lain turut menyumbang tenaga dan buah fikiran, termasuklah Rothchild Mercant Bank yang merupakan penasihat PNB dan Sime Darby.

Diringkaskan cerita, Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope berjaya kembali ke tangan anak Malaysia menerusi pembelian senyap oleh Malaysia ke atas sahan British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari oleh sesiapa pun.



Sekalipun sebahagian daripada dana yang digunakan untuk tujuan tersebut datangnya daripada PNB (ASN), namun pulangan yang sangat lumayan telah diperolehi iaitu RM36 bilion. Jumlah aset ketiga-tiga syarikat perladangan British itu di seluruh dunia, jauh mengatasi modal yang digunakan oleh Tun Dr. Mahathir untuk tujuan pengambilalihan.

Banyak pihak yang melihat, Guthrie telah berjaya diperolehi SECARA PERCUMA menerusi kebijaksanaan dan kehebatan Mahathir merangka strategi.

Margaret Thatcher hanya mengetahui kehilangan tiga buah syarikat perladangan itu, seminggu kemudian. Tiada apa-apa lagi yang dapat dilakukan oleh Margaret Thatcher yang kemudiannya menjadikan peristiwa tersebut sebagai dendam peribadinya terhadap Dr. Mahathir dan Malaysia. Undang-undang pelaburan baru telah digubal di Britain untuk mengekang sebarang cubaan mirip ‘SERANGAN SUBUH’. Pengajaran yang amat mahal telah diperolehi oleh bekas Perdana Menteri Britain yang sebelum itu begitu bongkak menolak tawaran Malaysia membeli aset-aset Guthrie di Malaysia, apabila tidak satu ekar pun tanah yang tinggal milik ketiga-tiga syarikat tersebut di seluruh dunia, berjaya dimiliki oleh Malaysia.

Pengambilalihan tersebut dilakukan secara sah menurut undang-undang meskipun Britain membantah keras. Akhbar-akhbar di seluru dunia pada masa itu menjadikan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk, ‘SERBUAN MENYINGSING SUBUH’ dan ‘SERANGAN MALAYSIA KE ATAS KOTA LONDON’ yang memperincikan kejayaan Dr. Mahathir dan Malaysia.

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.



Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi Anwar Ibrahim dan parti-parti pembangkang Malaysia seperti DAP.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.



Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.



Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar. Dendam mereka cuba ditunaikan oleh ANJING-ANJING KURAP seperti Anwar Ibrahim dan DAP yang diberikan tanggungjawab menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun, termasuklah menyerang peribadi Tun Dr. Mahathir.

Lakonan Deepak si Keling Paria di Pejabat SPRM!


Setelah beberapa hari penantian team Peraktoday.com di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat liputan terhadap Ahli Perniagaan Karpet, Deepak Jaikishan yang dipanggil oleh agensi itu.

Deepak dipanggil oleh pihak SPRM bagi membuat kenyataan berkaitan kes akuan bersumpah kedua (SD2) namun beliau tidak hadir ke pejabat agensi berkenaan seperti yang dijanjikan.

Nama sahaja ahli perniagaan namun tidak tahu nak menepati masa dan janji. Sejak selasa lalu pihak SPRM serta media telah mula menunggu kehadiran Deepak di pejabat SPRM Putrajaya bagaimanapun beliau tidak muncul sehinggalah ke hari ini.

Sebelum ini, ahli perniagaan kontroversi itu telah membuat temu janji dengan pegawai penyiasat SPRM sejak hari selasa lalu tetapi beliau tidak hadir pada hari itu sehingga hari khamis dan pada hari jumaat baru beliau hadir untuk memberi keterangan.

Ketika ditanya mengapa beliau gagal menghadirkan diri ke pejabat SPRM seperti yang dijanjikan namun ini jawapan Deepak:

“Saya tidak ada janji dengan siapa-siapa pun yang saya nak datang ke SPRM, kecuali pada hari Rabu lalu namun ketika itu saya ada sedikit kesulitan.

Adakah ini salah satu lakonan Deepak.

Sekiranya beliau tidak ada berjanji atau menyatakan kedatangannya ke pejabat SPRM bagi membuat kenyataan, bagaimana pula pegawai SPRM dan media menunggu beliau.

Lakonan Deepak hari ini mula menyerlah apabila beliau seolah-olah terperanjat dengan kehadiran pihak media dihadapan banggunan SPRM Putrajaya selepas beliau memberi keterangan sedangkan kami telah berada disitu sebelum kedatangan beliau lagi.

Deepak sekali lagi memantapkan lakonan drama swastanya apabila mengatakan beliau tidak nampak pihak media ketika beliau sampai ke pejabat SPRM.

“Saya ingat nak buat sidang media sebelum beri keterangan kepada pihak SPRM… tetapi waktu itu media tak sampai lagi.

Untuk pengetahuan, pihak media bersama beberapa pegawai SPRM telah berada di perkarangan pejabat SPRM seawal jam 3 petang dan Deepak hanya muncul sekitar jam 430 petang.

Ketika ketibaan beliau, seperti biasa pihak media mengambil gambar dan video Deepak namun beliau boleh mengatakan media tidak ada ketika beliau sampai.

Hari ini, selama 2 jam lebih Deepak berada di dalam banggunan SPRM di soal siasat untuk memberi keterangan.

Bagaimanapun, ketika pihak media meminta beliau mengulas mengenai sesi soal jawab keterangan beliau itu, Deepak enggan memberi sebarang respon.

“Saya tidak dibenrkan memberi sebarag kenyataan mengenai siasatan SPRM terhadap saya kerana berada dibawah akta 29.

“Kami hanya membingcangkan mengenai SD2 dan pada hari khamis minggu hadapan jam 11 pagi saya dipanggil semula ke SPRM untuk memberi keterangan lagi,” katanya.

Sumber :  www.peraktoday.com

Cili Padi ; Aku dah muak dengan lakonan si keling paria yang gilakan publisiti ni. Ada saja benda yang nak dia buat. Sekejap kata itu sekejap kata ni. Deiii Macha! Udah-udah lah tu, Lu sendiri pun sudah mabuk taktahu apa lu buat. Baik kau berhenti memalukan diri sendiri lah dei! 

Friday, January 25, 2013

Najib Razak dan Anwar Ibrahim, Mana Yang Lebih Layak Jadi PM?


Suka atau tidak, Pencacai-pencacai pakatan semua harus terima yang sememang yang Anwar Ibrahim langsung tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Dengan latar belakang yang teruk dan kotor juga salah satu faktor Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Terima je lah kenyataan wahai pencacai pencacai pakatan oi yang bos kau tu kaki liwat dan tak layak jadi PM! kahkahkah!

Terkini! Kanak-kanak hilang disahkan mati!


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli mengadakan sidang media di IPD Subang Jaya mengesahkan mayat ditemui di Jeti Sg Sireh smlm adalah mayat kanak-kanak hilang, William Yau Zhen Zhong, 6.

Benarkah Nasharudin Mat Isa akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh?

Khabarnya Nasharudin Mat Isa akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh sekaligus melawan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Benarkah perkara itu?

Di bawah ada keratan surat khabar yang mengatakan Anwar tidak akan bertanding Permatang Pauh.


Kenapa Anwar tidak mahu bertanding di Permatang Pauh? Adakah sebab Anwar tahu dia akan kalah dengan Nasharudin Mat Isa? atau Anwar sudah tahu di tidak ada lagi pengaruh yang kuat?...

Panas! Gambar Yang Membuatkan Pemimpin Pas Panas Punggung!


Gambar Ustaz Nasha bersama PM di Gaza. Gambar ini  bukan saja membuat PAS panas malah seluruh Pakatan Haram pun panas apabila melihat gambar ini. Mana tak panas, Ustaz Nasha antara pemimpin yang pertama yang berani ke Gaza mengikuti PM. Al-Juburi wal liwati ada berani ka?

Thursday, January 24, 2013

Jangan Percaya Ada Perhimpunan Bakar Bible


GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menggesa orang ramai jangan mempercayai khabar angin kononnya ada acara membakar Bible versi bahasa Melayu di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth Ahad ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata berikutan isu itu polis menerima laporan seorang paderi menemui risalah bertulis ‘jom bakar…pesta bakar bible melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja 20 Jan lepas.

“Kita minta jangan ada pihak yang percaya dan mensensasikan isu ini kerana ia boleh mengugat ketenteraman awam dan mengundang perpecahan masyarakat,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata, polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadappenganjur dan peserta perhimpunan itu sekiranya benar-benar diadakan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebut perkataan berniat melukakan perasaan agama seseorangyang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda ataukedua-duanya sekali.

Mengenai isu pengedaran Bible kepada pelajar Islam di hadapan sebuah sekolah di Jelutong Khamis lepas, Abdul Rahim berkata, polis telahpun merekodkan keterangan 17 individu.

“Kertas siasatan telah lengkap dan diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kesemua Bible itu dicetak dalam bahasa Inggeris dan tidak mempunyai sebarang kalimah Allah.

“Setakat ini polis menerima tujuh laporan mengenai isu itu, iaitu empat daripada pelajar dan selebihnya daripada orang awam,” katanya.

 -www.peraktoday.com

Panas! Ini buktinya Anwar Ibrahim sudah takut!

Kah kah kah! Terbukti Al juburi sudah takut pada kepimpinan Najib yang semakin hari semakin mantap!
from my BlackBerry®

Wednesday, January 23, 2013

Panas! Sumpah Rosmah Tentang Cincin 24 Juta Tidak Sah?!

Gambar Lawatan Kerja PM ke Gaza!






















PERAK TODAY THE PORTAL

Najib Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama Berani Ke Gaza!


Menjelang jam 4 petang tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selamat sampai ke Gaza melalui sempadan Rafah.

Kedatangan Najib disambut dengan penuh hormat oleh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh di pintu masuk sempadan antara kedua-dua negara.

Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu mencetuskan satu detik bersejarah antara kedua-dua negara Islam.

Bergema lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Palestin dan diikuti pemeriksaan perbarisan anggota keselamatan Palestin.

Team PerakToday.com di Gaza melihat, detik bersejarah itu bukan sahaja mendapat liputan dikalangan media Malaysia malah turut mendapat liputan luar biasa media di Palestin.

Apa tidaknya, antara banyak-banyak pemimpin negara Islam di dunia ini, Najib dan Rosmah merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang sanggup bergadai nyawa untuk turun dan melihat sendiri keperitan rakyat Palastin di Gaza.

Dan atas dasar tersebutlah, kedatangan Najib mendapat liputan luar biasa media di sana dan disiarkan secara langsung oleh stesen tv dan radio tempatan.

Rata-rata, kedatangan Najib dan Rosmah bukan sahaja dikagumi oleh pemimpin dan rakyat Gaza malahan lawatan itu membuktikan bahawa pemimpin Malaysia mengamalkan sememangnya prihatin dalam membantu umat Islam di seluruh dunia.

Rakyat Palestin yang ditemui menyifatkan kedatangan pasangan suami isteri itu sebagai lawatan yang unik kerana Najin dan Rosmah adalah satu-satunya ketua negara dari rantau Asia yakni dari luar negara Arab yang pertama sanggup memasuki Gaza tanpa sebarang jaminan keselamatan.

Inilah bukti keprihatinan dan keberanian pemimpin Malaysia, dalam memperjuangkan nasib rakyat di negara sendiri malahan turut membela nasib umat Islam di seluruh dunia.

Kalau pihak pembangkang kononnya nak memperjuangkan nasib rakyat Gaza, apa buktinya. Asyik melaungkan kononnya mereka berani dan memperjuangkan umat Islam di Gaza tetapi tidak pula ada intiatif untuk turun ke Palestin sendiri bagi melihat sendiri kesusahan rakyat di sana.

Najib dijadual mengunjungi sekolah yang dibiayai rakyat Malaysia, Al Madrasah Al Malaziah sebelum melawat tapak pembinaan pejabat baru untuk perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Pejabat lama Ismail musnah semasa serangan Israel pada November tahun lepas.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas.

Kemudian, Najib akan melawat Universiti Al-Aqsa, di mana beliau akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran.

Turut serta dalam delegasi itu adalah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut berada di Gaza sepanjang lawatan itu.

Sumber ; Perak Today

Cili Padi : Ohh ya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa pun ada bersama dalam lawatan ke Gaza ni sebagai pegawai pengiring kepada PM.

Tuesday, January 22, 2013

Hinanya Majlis Syura PAS Di Mata PR Tentang Isu Kalimah Allah


Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk, tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya. Suka atau tidak, PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.

Sebelumnya Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang, PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.

Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR, sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian.

Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS, kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR, maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.

Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR, mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui.

Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah, sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula.

Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah s.w.t yang wajib dipertahankan, telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepiot dan terhimpit. Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.

Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara & rakyat, PR pula yang menggabungkan DAP, PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.

Bila sudah demikian, tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

Monday, January 21, 2013

Panas! Inilah masalahnya bila GAY jadi Blogger!

Aku tertarik nak ulaskan isu yang dimainkan oleh Blogger Gay Pakatan iaitu milosuam. Isu yang dimainkan jelas sekali menunjukkan pertapa rendahnya pemikiran Blogger gay pakatan. Isunya pasal 'fake likers' di melacurkini.

Ini benda yang dipertikai oleh blogger gay tersebut.





Persoalannya, Macam mana mereka boleh tahu ada 'fake like' sedangkan kita semua tidak tahu? Kalau betul mereka nak buat takkan lah mereka sebodoh macam tu mahu mengantoikan diri?

Jawapan dia senang saja, Sah kerja-kerja ni perbuatan pakatan. Kenapa aku cakap macam tu?

Siapa tak kenal pakatan? Apa saja sanggup dibuat demi nak 'attack' Rosmah. Siapa lagi nak buat kerja macam ni kalau bukan mereka. Perkara macam ni dah biasa terjadi. Dah kalah taktahu nak buat apa, Main taktik kotor. Last-last Umno juga dipersalahkan.

Salah satu contohnya inilah,


Benda ni pakatan yang buat pastu nak salahkan Umno kononnya Umno menyebarkan risalah anwar bogel. Dah takda modal nak tanggih simpati... Sama lah macam Anwar, Dah toron taknak mengaku alih-alih disalahkan juga pada Umno. Ye dok?

Sudahlah Milosuam. Dulu masa video anwar keluar pun hang dok kata tisu terbang lah apa lah, sedangkan pakar pun cakap itu Anwar. Inilah masalahnya bila Gay jadi blogger. KAH KAH KAH 


Yelaaaa... SEMUA SALAH UMNO!

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH!