Friday, October 5, 2012
Kerajaan Pulau Pinang tidak ikhlas jual Tanah Taman Manggis
GEORGE TOWN - Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang kecewa dengan kerajaan negeri yang didakwa tidak ikhlas dalam penjualan tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis di sini apabila mensyaratkan bayaran penuh lebih RM22 juta bagi tanah itu perlu dibayar dalam tempoh 30 hari.
Ketua Pemudanya Oh Tong Keong berkata BN negeri telah menerima surat daripada pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam yang mensyaratkan jika bayaran penuh tidak dijelaskan dalam tempoh itu, urusan pemberimilikan tanah tidak dapat dijalankan.
Turut dinyatakan dalam surat itu tanah di Taman Manggis hanya untuk pembinaan rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) mengikut kaedah yang ditetapkan oleh kerajaan negeri, katanya.
Syarat yang dikemukakan oleh pejabat ketua menteri amat tidak munasabah kerana ini melibatkan pembelian tanah yang memerlukan perbincangan untuk terma dan syarat serta perjanjian jual beli, katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
"Kami rasa sedih dan kecewa dengan syarat yang ditetapkan dan diberi hanya 30 hari untuk selesaikan baki bayaran iaitu RM22,183,227. Ini bukan cara yang betul.
Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH