Setelah Laporan Audit dibentangkan, Lim Guan Eng, Ketua
Menteri tidak lagi boleh berdolak dalih kononnya kerajaan DAP Pulau Pinang
bersikap perkauman dan meminggirkan bangsa Melayu yang mewakili majoriti
berpendapatan sederhana, rendah dan miskin di negeri itu.
Terdedah kini, sejumlah RM33.36 juta Akaun Amanah Perumahan
Bumiputera telah tidak dibelanja.
Jumlah ini adalah bersamaan dengan peningkatan 58% dari tahun sebelumnya
iaitu RM21.11 juta.
Tindakan Guan Eng untuk ‘menyimpan’ peruntukan tersebut
menunjukkan yang beliau begitu tega mempertahankan prinsip perkauman
partinya. Sedangkan, di masa yang sama
kerajaan DAP Pulau Pinang begitu giat membina dan merancang berbagai
pembangunan lain.
Bumiputera di Pulau Pinang seharusnya mengambil laporan ini
secara serius kerana ia melibatkan survival bangsa di negeri tersebut secara
keseluruhan dan jangka panjang. Apakah
kita sanggup melihat satu lagi negeri kita menjadi milik orang?
Walaupun DAP adalah parti politik di dalam Malaysia dan
pemimpinnya warga Malaysia tetapi sikap mereka yang ingin mengenepikan bangsa
lain di dalam pemerintahan menjadikan mereka sebagai penjajah.
Kata orang, ada dua cara untuk menjajah sesuatu bangsa iaitu
sama ada dengan ‘membunuh’ atau ‘merampas segala apa yang membentuk identiti
bangsa tersebut’. Oleh itu, dengan
menyingkirkan semua bangsa lain selain Cina dari Pulau Pinang, DAP berharap
dapat menghapuskan terus identiti bangsa asal, iaitu Melayu dari negeri
tersebut. Ini adalah konsisten dengan
usaha mereka untuk mengubah sejarah termasuk cuba menunjukkan yang kaum Cina
adalah antara pendatang awal ke negara ini.
Tindakan ini boleh dibaca melalui apa yang dilakukan oleh
‘abang’ mereka di Singapura, iaitu PAP di mana sejarah negara tersebut yang
bermula lama sebelum Parameswara (1344), dengan sedaya upaya cuba dipadamkan mereka, hanya kerana ia
membawa identiti dan bukti pendudukan dan kekuasaan bangsa Melayu.
Sebaliknya, sejarah Singapura cuba ditulis semula dengan
bermula dari tahun 1781 iaitu kedatangan Sir Thomas Stamford Bingley Raffles
seorang negarawan British. Ini
menyerlahkan sifat kaum Cina itu yang tidak rela mengakui kekuasaan Melayu,
walaupun ia hanya tinggal sejarah tetapi boleh menerima ketuanan barat.
Sifat yang sama kekal terpahat dalam diri Lim Guan Eng dan
roh DAP secara amnya.
Justeru, kaum bumiputera di Pulau Pinang wajar mengenali
hati budi dan nurani Ketua Menteri dan parti yang memerintah mereka dengan
sebaik-baiknya. Segala tindakan Guan
Eng di Pulau Pinang perlu dikaji dan diteliti kesannya terhadap kaum bumiputera
dalam jangka panjang. Agenda Guan Eng
itu adalah jelas dan kezamannya untuk mencapai matlamat ‘ketuanan Cina’ di
Pulau Pinang adalah benar.
Bumiputera Pulau Pinang kini berhadapan dengan ancaman
pengusiran secara halus. Mereka bakal
kehilangan segala-galanya dari tanah sehinggalah ke identiti dan juga maruah.
Namun, semua ini boleh dihalang dengan membuat keputusan
yang tepat dalam PRU yang akan datang.
Tiada siapa yang dapat membantu kita, melainkan diri kita sendiri. Masa depan anda di tangan anda, iaitu di
kertas undi. Tepuk dada tanyalah minda,
apa yang benar, apa yang dusta, apa yang kabur dan apa yang nyata.
Yang pasti, laporan audit adalah nyata dan penafian Guan Eng
ternyata dusta. Apakah ada yang masih
ingin menafikannya?
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH