Baru-baru ini bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Hasan Ali secara terbuka telah menyarankan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am PAS yang telah disandangnya sejak lebih dua dekad lalu.
Serentak dengan itu juga, Hasan menobatkan Timbalan
Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din sebagai calon yang dirasakan layak dan
berketrampilan untuk mengambil alih kedudukan tersebut yang diyakini mampu
menyegarkan semula peranan PAS sebagai sebuah parti Islam.
Saranan Hasan itu nyata tidak menyenangkan sesetengah
pemimpin dan penyokong PAS sehingga mengundang banyak kritikan balas.
Nik Abduh, yakni anak lelaki Nik Aziz yang kini adalah Naib
Ketua Pemuda Pas Pusat misalnya, pantas tampil ke depan dalam mempertahankan
ayahnya untuk kekal sebagai Mursyidul Am PAS.
Tambahnya lagi, soal siapa pengganti ayahnya tidak timbul
lagipun siapa Hasan untuk menyuarakan pandangan berkaitan siapa yang selayaknya
menerajui PAS, sedangkan bekas Naib Presiden PAS itu sendiri bukan lagi seorang
ahli parti.
Secara umumnya bagi pemimpin dan ahli PAS serta penyokong
mereka, apabila Hasan menimbulkan polemik soal siapa pengganti Nik Aziz sebagai
Mursyidul Am PAS maka ia dianggap sebagai satu propaganda politik untuk memecah
belahkan barisan kepimpinan parti itu.
Malah apabila pemimpin PAS Kelantan yang juga ADUN Gaal, Dr
Nik Mazian yang secara sinis menyuruh Nik Aziz berundur atas faktor sudah
lanjut usia dan masalah kesihatan, pun jua dikatakan hanyalah propaganda
semata-mata.
Bak kata Pesuruhajaya PAS Johor, Dr. Mahfodz Mohamed,
kepimpinan Nik Aziz tetap diperlukan oleh parti malah tiada cacat celanya.
Maksudnya betapa sempurna sekalilah Nik Aziz sebagai manusia sampaikan
sedikitpun tak timbul isu kelemahan atau cacatnya. Mulia sungguh.
Pendek kata, seolah-olah bagi PAS, kedudukan Nik Aziz
sebagai Mursyidul Am parti itu sudah muktamad, tidak boleh dipersoalkan apatah
lagi dipertikaikan. Bunyi macam mereka mahu Nik Aziz kekal sampai mati sebagai
Mursyidul Am PAS.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber dalaman PAS yang
dipetik oleh Utusan Malaysia telah mengesahkan bahawa Nik Aziz sendiri
menyatakan akan terus menyandang jawatan Mursyidul Am PAS memandangkan pada
pendapatnya belum ada calon yang sesuai yang mampu menggantikan tempatnya.
Jelas sekali, Nik Aziz masih terlalu amat menyayangi kuasa
duniawi kalau boleh mahu saja dibawanya masuk ke liang lahad.
Januari tahun ini pun sebenarnya, Nik Aziz telah menegaskan
betapa tinggi gelodak nafsu duniawinya apabila secara terbuka mengakui akan
mengekalkan jawatan dan khidmatnya sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS
sampai mati atas alasan jawatan politik tiada had masa atau tempoh persaraan.
Kiranya bagi Nik Aziz, dia sendiri dah mengakui amat
bernafsu besar untuk terus menikmati kuasa duniawi sambil menongkat langit
sampai mati sekalipun sejak bertahun lepas, untuk berjalan pun Nik Aziz
terpaksa bergantung harap pada bantuan tongkat.
Udah-udahlah Pok Nik. Rumah cakap pergi, Kubuq cakap mari....Dulu dok kutuk Tun Mahathir tak geti nak turun. Bila Tun dah turun, dikutuk nya pulak siapa suruh turun. Berbelit-belit cakap murshidul am Pas-pis-pus ni....
ReplyDeleteAmbo nak letak jawatan rasa malu ada,takot ada,
ReplyDelete