Nama aktres cantik, Nora Danish pernah dikaitkan dengan
keretakan rumah tangga aktor kacak, Adi Putra, Mei lalu. Ternyata, aksi
romantis mereka menerusi drama Tentang Dhia yang ditayangkan di saat itu
menjadi bahan untuk mereka digosipkan bersama.
Meskipun kedua-duanya
menafikan perkara tersebut, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mereka
terus digandingkan lagi menerusi, Aku Terima Nikahnya, yang baru saja
ditayangkan di pawagam pada 11 Oktober lalu.
Memaparkan lebih aksi
romantis, pelakon yang terkenal menerusi sitkom Puteri ini bagaimanapun tidak
gentar dengan gosip yang bakal mengekorinya. Mengakui ia sebahagian dari rencah
bergelar selebriti, Nora mengharapkan agar masyarakat bersikap lebih terbuka
menilainya.
Semakin kebal menghadapi gosip
dan kontroversi, bekas isteri kepada Jejai ini menegaskan, kemesraan yang terjalin
dengan Adi dalam filem itu tidak sesekali dibawa ke luar set penggambaran.
“Jangan sesekali menganggap
itu adalah saya dan Adi kerana bagi kami, ia hanyalah Arlisa dan Johan.
“Ini adalah kali pertama saya
melakonkan watak romantis serius dan saya harap, tak ada yang cuba
membandingkan lakonan saya dengan filem atau drama terdahulu,” katanya yang
mengakui hampir kesemua babak sangat sukar dijayakan.
Akui Nora, walaupun pernah
digandingkan bersama, namun perasaan gementar untuk memenuhi tuntutan watak
sebagai isteri Adi Putra, tetap ada.
Menerusi filem terbaru MIG
itu, Nora berkata, dia takut dan kekok untuk melakonkan babak romantis bersama
Adi Putra.
“Sejujurnya, saya sangat kekok
untuk menjayakan babak intim dengan Adi sebab dia sudah berkahwin.
“Dalam filem itu, saya perlu
memegang tangan Adi dalam tempoh yang lama. Selain itu, ada juga babak yang
memerlukan kami berpeluk dan Adi mencium pipi saya.
“Walaupun kami pernah
bekerjasama sebelum ini, tetapi perasaan itu tetap ada sehingga saya sendiri ‘takut-takut’
untuk memenuhi permintaan pengarah,” katanya.
Publisiti murahan untuk melariskan filem. Lantaklah kau Nora oi. Kau rela dalam "takut-takut". Orang cuma nasihat aje, kau nak dengar dengar, ko tak nak dengar orang boleh buat apa?. Tul tak. Yang kena pegang kau, yang kena cium kau, maruah pun kau yang punya. Peduli apa ngan orang lain kan! kan!.
ReplyDelete