Wednesday, September 19, 2012

DAP Dianjingkan oleh Noh Omar!


SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membuktikan beliau tidak gentar berhadapan dengan pemimpin pembangkang terutama DAP bagi memberi penjelasan sebenar berkaitan isu industri burung walit kepada rakyat.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, beliau diberitahu Ahli Dewan Undangan  Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim akan membawa sekumpulan pengusaha burung walit untuk membuat demonstrasi pada majlis hari raya yang dihadirinya di Tanjong Karang.
   
Beliau berkata, beliau sanggup menunggu dan bertemu dengan kumpulan tersebut walaupun pada waktu yang sama perlu menghadiri majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan merasmikan satu mesyuarat perwakilan Umno di Jengka.

 "Saya bukan seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak berani berdialog dengan rakyat bagi menjelaskan isu Talamgate. Saya sanggup berhadapan dengan kumpulan tersebut bagi membuktikan pemimpin BN tidak gentar dengan provokasi pemimpin pembangkang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden sekumpulan 100 pengusaha yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri menyerahkan memorandum pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Pejabat Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.
   
Selain Suee Lim, demonstrasi itu turut disertai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri.

Noh turut menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan selepas memorandum tersebut dibacakan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit SeMalaysia, Lim Lai Soon.

Antara kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut ialah mereka mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) untuk mengaut keuntungan sendiri.

“Saya telah berbincang dengan kerajaan China bahawa kita tidak mahu RFID dan telah dipersetujui tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan? Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, pengusaha rumah burung walit hanya perlu mendaftarkan rumah tersebut dengan pusat vaterinar.

"Mereka (pengusaha) tidak faham mengenai isu ini, sebab itu timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari Kabinet,” katanya.
   
Beliau turut menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang itu sebagai 'ketinggalan zaman' kerana kementeriannya sudah menyelesaikan kebanyakan isu berbangkit terutama membabitkan masalah dengan negara China.

Noh berkata, kementeriannya akan menandatangani satu protokol dengan pihak China 20 September ini yang merupakan langkah penting untuk membolehkan sarang burung walit dari Malaysia dieksport ke negara itu.
   
"Kementerian sudah memberi penjelasan dalam pertemuan hampir 6 jam dengan pengusaha burung walit dari seluruh negara pada 30 Ogos lalu. Semua masalah sudah diselesaikan sejak awal. DAP  yang tidak tahu menahu tentang isu ini tiba-tiba mahu menjadi hero," katanya.    

Tambah Noh lagi, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak mengambil berat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan menepati janji.
   
“Kerajaan tidak mahu harga sarang burung walit terus merudum. Dahulu harga mencecah RM6, 000 bagi 1 kilogram, sekarang jatuh sehingga RM1, 500. Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700 sahaja," katanya.
   
Ini bukan pertama kali Noh berdepan dengan pemimpin DAP kerana sebelum ini beliau pernah berdebat dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu untuk mempertahankan isu setinggan kaum Cina di Pasir Penambang.

Sinar Harian











3 comments:

  1. Syabas Datuk...Berani kerana benar...Kasi hemtam itu budak pakai spek itam...Tau nak jadi hero..Hero taik kuching...Hidup UMNO...Hidup UMNO...Hidup UMNO.

    ReplyDelete
  2. Ini baru hand on punya menteri, kalau ada 5 orang lagi menteri mcm ni esp kat KDN, hebat Malaysia kita,,,,,,,,,,,,

    ReplyDelete
  3. KAH...KAH....KAH...LAIN KALI KLAU NAK BG MEMORENDOM TU KAJI DULU JGN MAIN CEDOK DLM LONGKANG JER,FAKTA KENA TEPAT.KLAU DGN DS NOH OMAR PUN DAH TAK BOLEH TAHAN ,NI KAN PULAK DGN DS NAJIB.......KERAJAAN YANG BERSUSAH PAYAH...KAPIR LAHANAT NI JUGA YANG KAYA RAYA.TU PUN TAK SEDAR DIRI LAGI.YANG MELAYU 2 EKOR TU LG MANGKOK JAMBAN...BANGSA SENDIRI PUN TAK TERBELA SIBUK NAK MEMBELA BANGSA LAIN......SUSAH2 SGT HENTIKAN JER PROJEK SARANG BURUNG WALIT NI .....SYABAS DS NOH OMAR KALAU DUDUK DLM KEMENTERIAN KDN ORG MCM NI LAGI AMAN DAN SEJAHTERA MALAYSIA........HIDUP UMNO

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH