Wednesday, September 19, 2012

Jangan Bangkit Emosi Kenegerian Kerana Gila Kuasa



KUALA LUMPUR, 18 Sept - Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengingatkan pembangkang supaya tidak membangkitkan emosi kenegerian dalam kalangan rakyat dalam usaha meraih kuasa.

Beliau berkata tindakan itu berbahaya dan boleh mengakibatkan perbalahan yang mengundang kepada perpecahan seperti yang berlaku di beberapa negara luar.

"Saya tahu pembangkang mengidamkan kuasa tapi dalam mengidamkan kuasa, mereka mainkan perasaan kenegerian manusia. Ia adalah berbahaya.

"Kita sudah bina negara 55 tahun dalam keadaan kemajuan yang kita yakin semua rakyat Malaysia telah bersatu padu.

"Jangan hanya kerana kerakusan hendak merebut kuasa, kita mempermainkan emosi manusia yang boleh mengakibatkan perbalahan yang takkan ada batasan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Felcra dan Risda di sini pada Selasa.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH