Dalam usaha untuk menerangkan kepada rakyat berkaitan krisis air yang melanda Selangor disebabkan ketidakbertanggungawaban kepimpinan negeri, Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) mengambil satu langkah kehadapan dengan mengadakan Program Jelajah 1Selangor: Forum Isu air.
Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, siri penjelajahan itu akan dilaksanakan ke seluruh pelusuk negeri itu bagi menerangkan perkara sebenar yang menyebabkan Selangor mengalami masalah kekurangan air.
Katanya, selama ini mungkin rakyat tidak faham dengan permainan politik yang dilakukan pentadbiran negeri dengan menuding jari terhadap SYABAS dan Puncak Niaga.
Justeru katanya, bagi mengelak rakyat terus percaya dengan dakyah songsang Pakatan Rakyat, satu siri penjelajahan akan dilaksanakan besar-besaran di seluruh Selangor.
“Tujuan kita adalah untuk memberi pemahaman kepada rakyat berkaitan isu air di Selangor… kita nak rakyat tahu siapa yang bohong dan siapa yang benar-benar memperjuangkan kebajikan rakyat.
“Berkaitan isu air di Selangor ini sebenarnya masih kurang difahami oleh sebilangan rakyat… ada diantara mereka yang menyalahkan SYABAS dan Puncak Niaga kerana membuat catuan air namun hakikat sebenarnya adalah masalah ini bermula dari kerajaan negeri sendiri.
“Saya mahu rakyat faham tentang masalah sebenar berkaitan krisis ini… kerajaan negeri terlalu banyak berpolitik dan menuding jari serta menyalahkan pihak lain dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa,” katanya.
Beliau menambah, disebabkan GPRS tidak mahu rakyat Selangor terus terkeliru dan membuat tomahan kepada agensi-agensi berkaitan maka initiatif untuk mengadakan roadshow diambil.
Katanya lagi, pihak GPRS sebenarnya tidak bermaksud untuk membela mana-mana syarikat konsesi air sebaliknya usaha itu tercetus berikutan sikap kepimpinan Selangor yang bersikap sambil lewa dan langsung tidak menyelesaikan krisis terbabit.
Sohaimi berkata demikian selepas menghadiri Siri Program Jelajah 1Selangor GPRS : Forum Isu Air di Semenyih pagi tadi. Turut hadir ke program itu, Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Datuk Seri Noh Omar.
Dalam pada itu, antara initipati dalam forum yang diadakan panel dilihat lebih menumpukan kepada persoalan Mengapa krisis air berlaku di Selangor dan Siapa yang harus dipersalahkan.
Situasi sekarang menunjukkan, kerajaan Selangor cuba melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya mereka galas dan sikap itu akhirnya memberi kesengsaraan kepada rakyat.
NOH GESA RAKYAT SELANGOR BANGKIT DALAM TANGANI KRISIS AIR!
Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar menggesa rakyat negeri itu supaya bangun dan berfikir sedalam-dalamnya bagi memahami situasi sebenar berhubung krisis air yang berlaku di negeri itu.
Beliau berkata, rakyat perlu bangkit dan sedar akan kemelut kekurangan air yang melanda negeri itu sebenarnya berpunca daripa sikap kepimpinan Selangor yang gemar bermain politik walaupun dalam soal kebajikan rakyat.
Malah katanya, rentetan daripada krisis kekurangan air yang berlaku itu, kerajaan negeri dilihat cuba meletakkan bebanan masalah itu kepada kerajaan Pusat dan syarikat berkaitan sedangkan ia merupakan tanggungjawab mereka.
Noh yang ditemui ketika menghadiri Siri Program Jelajah 1Selangor GPRS : Forum Air di Semenyih pagi tadi turut meminta rakyat negeri itu supaya dapat berfikir dengan waras dan tidak mempercayai kenyataan yang diberikan kepimpinan Selangor tanpa usul periksa.
“Rakyat perlu faham bebanan yang mereka alami sekarang akibat krisis air adalah disebabkan sikap degil pemimpin Selangor yang enggan berkerjsama dengan kerajaan Pusat.
“Jika benar mereka ingin membela dan menjaga kebajikan rakyat maka masalah ini perlu diselesaikan dengan segera dan bukanlah dengan memberi 1001 alasan yang tidak logik.
“Rakyat Selangor bukan bodoh dan menerima bulat-bulat alasan yang pemimpin Selangor berikan itu.
Beliau menambah, siri jelajah yang bertujuan untuk memberi penerangan serta pemahaman kepada rakyat tentang krisis air akan dilaksanakan secara besar-besaran ke seluruh Selangor.
Selain itu menurut Noh, usaha untuk melaksanakan siri penerangan itu adalah bagi membuktikan kepada rakyat akan keperluan dan kepentingan untuk meneruskan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
“GPRS akan membuat roadtour untuk kita nak gerakkkan pemahaman tentang isu air kepada rakyat selain menerangkan bahawa apa yang dibuat dan dirancang oleh BN adalah untuk kepentingan rakyat.
“Rakyat perlu bangun tahu siapa yang benar-benar ikhlas untuk membantu dan siapa yang hanya cuba bermain politik,” katanya lagi.
SUMBER : PERAK TODAY
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH