Pakatan Rakyat (PR) mendakwa filem Tanda Putera, yang bakal ditayangkan pada 13 September ini, akan ‘memanaskan’ lagi semangat perkauman di negara ini.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, filem yang bakal ditayangkan untuk menyatukan rakyat dilihat tidak akan memberi kesan baik tetapi lebih memburukkan sentimen perkauman.
Menurutnya, kerajaan perlu menayangkan filem tersebut kepada PR terlebih dahulu untuk dikaji dan melihat kesesuaiannya ditayangkan kepada umum.
“Filem yang bakal ditayangkan Tanda Putera itu akan membakar lagi sentimen perkauman dan ia sekali gus tak akan mencapai apa sebenarnya motif filem tersebut.
“Kita (PR) minta kerajaan tayangkan filem itu kepada PR dahulu untuk dikaji dan dinilai supaya tak akan timbul masalah lain,” katanya pada sidang media hari ini.
Sinopsis filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.
Justeru itu, Mustafa berkata kerajaan perlu lebih peka dan menitikberatkan soal sensitiviti masyarakat dalam penayangan sesuatu filem untuk mengelakkan kejadian tidak diingini pada masa akan datang.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurrul Izzah Anwar menambah kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan wang rakyat untuk ke arah keharmonian dan penyatuan rakyat bukan hanya membuat filem untuk agenda sempit BN.
“Seharusnya BN guna wang untuk satu padukan rakyat bukan memenuhi agenda sempit dengan membuat filem yang dapat memberi kesan kepada rakyat dan negara ke arah keburukan,” katanya yang juga Naib Presiden PKR.
Sutradara filem sepanjang 117 minit itu, Datin Paduka Shuhaimi Baba atau lebih mesra dengan panggilan Shumi sebelum ini dipetik media berkata, Tanda Putera sebenarnya dibikin khas bagi mengenang jasa dan pengorbanan dua tokoh hebat tersebut.
Tanda Putera dibintangi barisan pelakon hebat, antaranya Rusdi Ramli (Tun Abdul Razak), Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Toh Puan Rahah) dan Linda Hashim (Toh Puan Norashikin.
Filem hasil kerjasama Pesona Pictures dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDeC) ini juga menelan kos yang bukan sedikit, iaitu RM4.8 juta termasuk promosi.
Sumber : Perak Today
Apa la bodoh sgt mustaapa Ali .ni......bagus utk tunjuk kat pd generasi muda cerita sbenar ...dan generasi muda akan ambil iktibar .....Dr peristiwa 13mei ..bertapa penting nya perpaduan ....antara semua kaum agar ber satupadu
ReplyDeletecerita ni melibatkn abg besar dap sbb tu pasngok backing abis x bg tayang pd umum...pasngok akan buat ape saje utk jaga perasaan abg besar agar tidak terguris!
ReplyDeleteSelama ini tak ada pun Tanda Putera, sentimen perkauman semakin menebal akibat permainan politik kotor DAP.... pasal tak protes tentang itu?
ReplyDeleteIni filem sejarah.Sejarah perlu diakui dan dipelajari walaupun pahit.Bersikap matang dan terbukalah sikit.
ReplyDeletePerpecahan kaum yang sebenar adalah berpunca dari sekolah2 perkauman yang memisahkan kaum dari sejak kecil bukannya filem sejarah.
Kata puak-puak pembangkang ni semuanya dah matang,terbuka dan educated.Rilek la,tak payah la nak menggelupur.Kita rakyat Malaysia rilek jer tengok video Namawee kutuk Melayu dengan Islam.Tak der pulak Namawee tu mampos kena tetak.
ReplyDeleteFakta sejarah ni kena tunjukkan dekat generasi muda terutama pada generasi "Student Power" yang bajet inteklektual dan kunun educated tu.
Lim Kit Siang kencing ke,Terberak ke,tercirit ke dekat bendera apa nak kira.Kita kena tunjukkan jugak betapa SIAL nya orang-orang yang mengkucar-kacirkan negara pada waktu itu.
PAS lembam jangan jadi SIAL lah nak sekat-sekat filem ni.Parti bodoh tak sedar diri jadi kaldai DAP.PtuiiiHH..!!!