Thursday, February 27, 2014

Apa istimewanya DAWAMA yang Muflis disambung Kontrak dengan DBP?

Penulis baca di beberapa entri blog rakan2 blogger mengenai isu DAWAMA . Antaranya beberapa artikel berkaitan yang ditulis oleh rakan blogger pada hari ini adalah seperti berikut ;

1. http://gmieawakening.blogspot.com/2014/02/dawama-national-failure-milestone-vs.html
2. http://www.rbfonline.net/2014/02/semoga-sprm-memantau-kontrak-dawama.html
3. http://khairulryezal.blogspot.com/2014/02/kerajaan-wajib-menolak-cadangan.html

Tentu ramai yang masih ingat krisis yang berlaku pada tahun 2011 di mana syarikat DAWAMA telah memberhentikan pekerja-pekerja mereka dek kerana mengalami masalah kewangan . Itu alasan syarikat itu. Ironinya Timbalan Menteri Pelajaran pada ketika itu Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam satu kenyataan akhbar menyatakan bahawa DAWAMA tidak sepatutnya rugi ! Dalam satu petikan artikel Kosmo Online ,Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata ;

"Kementerian membayar beberapa ratus juta ringgit kepada Dawama sejak tujuh tahun lepas, sampai sekarang kita tidak berhutang sesen pun dengan mereka." - Klik sini untuk berita penuh

Melalui pautan artikel blog di atas , syarikat DAWAMA yang pernah mengalami kerugian teruk hingga membuang ramai pekerja-pekerjanya sekarang dikatakan sedang berkira-kira dengan DBP untuk menyambung lagi kontrak percetakan buku dengan DBP untuk tempoh 10 tahun lagi ! Penulis berpendapat sekiranya kerajaan melalui DBP terus melanjutkan kontrak DAWAMA yang terbukti sebelum ini mempunyai rekod yang buruk , ia bakal menjadi nanah yang seterusnya memberikan ruang untuk pembangkang mempersoalkan ketelusan kerajaan BN .

Penulis membuat sedikit 'online research' tentang latar belakang DAWAMA dan mendapati syarikat ini ditubuhkan pada 14 Oktober 1999 dan telah memulakan operasinya sepenuhnya pada 1 September 2002. Syarikat ini mendapat kontrak 12 tahun dengan Kementerian Pelajaran dan dijangka berakhir dalam terdekat tahun ini (2014) . DAWAMA diwujudkan dengan tujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera sebanyak tiga puluh peratus (30%) . Kalau dilihat dalam laman sesawang syarikat itu pun, nama-nama untuk jawatan tertinggi yang disandang pun memang nama Melayu , cuma masalah sekarang ialah satu syarikat Melayu ini 'melingkupkan' berpuluh-puluh lagi syarikat Melayu yang lain .

Dalam laman web syarikat itu (DAWAMA) tertara pernyataan seperti berikut ;

"Dawama juga telah menjalin hubungan pintar dengan syarikat-syarikat percetakan tempatan untuk mencetak buku-buku teks skim pinjaman untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah bagi memenuhi pesanan tahunan yang besar jumlahnya daripada Kementerian Pejalaran Malaysia ."
Persoalan sekarang dalam banyak-banyak syarikat percetakan tempatan yang menjalin kerjasama dengan DAWAMA berapa peratus syarikat bumiputera yang mendapat hasil dari DAWAMA yang kononnya diwujudkan untuk meningkatkan ekuiti Bumiputera sebanyak 30% ?? Dari petikan akhbar Harian Metro yang diterbitkan pada 3 Julai 2002 , Presiden Persatuan Pengusaha Percetakan Melayu Malaysia (PPPMM), Badruddin Abu Bakar berkata DAWAMA tidak hanya akan memperoleh semua kontrak percetakan buku DBP malah mempunyai hak mengagihkan tender kepada syarikat kecil yang lain.

"Saya difahamkan apabila konsesi penswastaan itu dilaksanakan sepenuhnya akhir Julai kelak, hanya 30 peratus tender percetakan diberi pada usahawan Bumiputera manakala 70 peratus lagi akan dibuka kepada mana-mana syarikat termasuk syarikat bukan Bumiputera" - Presiden PPMMI , Harian Metro, 3 Julai 2002

Dari kenyataan yang dibuat oleh Presiden PPMMI itu , ternyata fungsi DAWAMA untuk membantu pengusaha-pengusaha percetakan milik Bumiputera hanyalah omongan kosong sahaja . Adakah penubuhan syarikat ini adalah untuk kepentingan individu-individu tertentu saja ? Dan timbul juga persoalan kenapa syarikat yang diberi kontrak 12 tahun oleh DBP ini boleh rugi ? Bukannya kerja rumit macam pembinaan bangunan , jambatan dan sebagainya , mereka hanya perlu cetak dan edar, tetapi masih rugi ! Tak ke bodoh yang teramat ???

Ini berlaku pada akhir tahun 2010 , sehingga syarikat percetakan DAWAMA (yang kononnya milik Bumiputera) dijadikan bahan ketawa oleh syarikat percetakan bukan bumiputera apabila GAGAL menjalankan kerja-kerja mencetak buku teks ! Macam mana boleh GAGAL sedangkan melalui kontrak DBP ,kerja-kerja syarikat DAWAMA ni boleh mencecah sehingga RM 120 juta setahun ! Disebabkan kegagalan syarikat ini maka pada 2011, kerja2 yang sepatutnya dibuat oleh DAWAMA ini diberikan kepada syarikat2 percetakan Melayu untuk disiapkan dalam tempoh yang singkat dan ia berjaya di laksankan .

Malangnya pada tahun 2012 , selepas insiden PALING MEMALUKAN dalam sejarah syarikat bumiputera , kerja-kerja percetakan DBP telah dikembalikan semula kepada DAWAMA ??!!! Kebodohan dan kebebalan apakah ini ?? Bertambah-tambah terserlah kebebalan dan kebodohan pihak yang TIDAK menamatkan kontrak dengan DAWAMA ini , apabila syarikat itu GAGAL bayar hutang kepada pengusaha-pengusaha Melayu yang cetak dan edar buku2 syarikat itu ! Vendor-vendor teraniaya sedangkan RM120 juta dibelanjakan DBP untuk DAWAMA bagi urusan percetakan .

Hal ini penulis rungkai secara umum terlebih dahulu . Setakat ini penulis tak siasat lagi nama2 yang ada kaitan dengan DAWAMA , mungkin ia bakal menjadi lebih menarik kalau nama2 ini didedahkan . Ini bukan kerja bloggers , ini kerja SPRM . Kalau SPRM malas siasat baru bloggers akan buat pendedahan sedikit demi sedikit . Jadi untuk kes DAWAMA yang masih ada hati nak mintak sambung kontrak selepas macam-macam peristiwa kegagalan yang berlaku , elok lupakan saja . Alasan DAWAMA di bawah pengurusan baru pun tak boleh dipakai kerana hak percetakan untuk syarikat tunggal ni hanya akan tetap menguntungkan satu pihak saja . Diharapkan Kementerian Pelajaran dan DBP tidak sambung kontrak DAWAMA untuk tempoh 10 tahun lagi , biarkan urusan percetakan untuk buku-buku DBP diberikan semula pada DBP , tak perlu lah nak berkonsesi bagai.

Sumber: Be Da Man

2 comments:

  1. itu bukan kerja bodoh bro. terlalu pandai ya amat. pandai sakau duit sana sini. asal ada ruang, mesti ada duit. dawama rugi adalah keuntungan sebenarnya. temberang mesti lebat. ok admin, dedahkan siapa kepala-kepala yang ada kepentingan dalam dawama tu!!! kasi telanjang habis.

    ReplyDelete
  2. sOKONG.telanjang kan dia..

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH