Saturday, January 18, 2014

DAP oh DAP, Apa salah RoS?


Kecaman demi kecaman dilemparkan pada RoS, malah yang terbaru, RoS diugut akan berdepan dengan tindakan mahkamah sekiranya RoS masih tidak mahu mengikhtiraf Jawatankuasa Eksekutif (CEC) yang dipilih pada September 2013.

Lucu apabila DAP terus menyalahkan RoS sedangkan permasalahan ini berlanjutan atas kedegilan pemimpin-pemimpin DAP sendiri. Adakah terlalu sukar bagi Lim Guan Eng dan nama-nama besar dalam DAP untuk memperbetulkan ‘kesilapan’ mereka?

Sekiranya aduan yang diterima RoS datang dari pihak luar, mungkin DAP boleh terus main wayang, tetapi semua adalah dari dalam parti sendiri. Tindakan ini menjadi bukti bahawa ahli-ahli parti mahukan parti kembali mengikut perlembagaan yang betul dan bukan perlembagaan ciptaan Lim Guan Eng.

Mengakui bahawa DAP yang kini sudah berubah dan jauh menyimpang, Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik merasakan memang tempatnya RoS campurtangan bagi mengelakkan perkara yang berlaku pada DAP Kedah berulang di tempat lain.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH