Sunday, September 30, 2012
Bajet 2013 gembirakan majoriti rakyat Malaysia
Bajet 2013 gembirakan majoriti rakyat Malaysia...Hanya pihak pembangkang yang berduka...Begitu banyak pengumuman daripada RM251.6 billion yang dibentang YAB PM itu... Pemberian tunai RM100 anak sekolah, RM250 orangg bujang pendapatan bawah RM2,000, RM250 baucer buku, RM200 rebate handphone, RM500 BR1M 2.0 serampang 2 mata iaitu ringankan beban rakyat & menjana ekonomi setempat... Ini langkah bijaksana, kata Datuk Ahmad Maslan dalam program di Kampung Gunung Pulai, Johor semalam.
Saturday, September 29, 2012
Kaum India jangan jadi bodoh percaya apa sahaja kata Pembangkang
Masyarakat India dinasihatkan supaya tidak menjadi bodoh dengan hanya mendengar provokasi serta fitnah yang disuntik oleh penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, masyarakat kaum tersebut perlulah lebih berusaha untuk bertanya, meminta atau mendengar sendiri segala bantuan atau perancangan yang telah direncanakan bagi membangunkan golongan itu.
Menerusi satu wawancara khas bersama, Penasihat Khas, Barisan Bersatu Nambikkai, Ramesh Rao, permasalahan yang sering membelenggu masyarakat kaum India akan dirungkai.
Ketika mengulas mengenai sejauh mana keperitan rakyat bangsa India di Malaysia, menurut Ramesh perkara itu bukanlah seteruk seperti yang diperkatakan oleh kepimpinan
Pakatan Rakyat. Malah katanya, permasalahan besar bagi masyarakat kaum India adalah golongan tersebut kurang berusaha untuk melihat, mendengar dan meminta sendiri apa jua yang diperlukan dalam membantu membangunkan diri sendiri, keluarga.
Thursday, September 27, 2012
Fuh! Tokeh Old Town White Coffee hina Islam! Jom Boikot!
Sebarkan mesej ni kepada semua rakyat Malaysia yang tercinta! Pemilik Old Town White Coffee adalah orang yang menghina Islam! Takkan kita nak makan tempat orang menghina Agama kita? Tah halal ke tidak tempat tu... Banyak lagi tempat boleh makan! Jadi moh kite ke tempat lain!
Boikot Old Town White Coffee! Boikot Ngeh Koo Ham! Boikot DAP!
Ngeh Koo Ham harus letak jawatan
Kenyataan kontroversi Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan penentangan filem Innocence of Muslims baru-baru ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan umat Islam tetapi juga masyarakat India dan Cina di negara ini.
Buktinya, lebih 30 masyarakat Cina dan India dari sekitar Jalong dan Karai mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan wakil rakyat Sitiawan itu yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.
Sebahagian daripada mereka membawa sepanduk tertera perkataan ‘Ngeh Koo Ham Perlu Bertanggungjawab’, Mohon Maaf Bukan Satu Jalan Penyelesaian dan ‘Ngeh Koo Ham Perlu Letak Jawatan’ sebagai bantahan keras terhadap tindakan wakil rakyat pembangkang itu yang juga merupakan Ahli Parlimen Beruas.
Salah seorang daripadanya, Ng Eng Hock, 50, dari Karai, berkata Koo Ham perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kenyataannya yang membangkitkan kemarahan umat Islam, sekaligus menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
Tambah beliau lagi, keadaan negara yang aman akan menjadi kacau bilau apabila ada pihak menyentuh sensitiviti agama yang dianuti rakyat.
“Kita ingin menasihatkan beliau (Koo Ham) supaya tidak mengulangi kenyataannya sebelum ini yang boleh mencetuskan kacau bilau di negara ini.
“Sebagai pemimpin, mereka perlu bercakap perkara yang benar dan tidak berbohong bagi memastikan semua kaum di negara ini tidak kira kira Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan aman tanpa kacau bilau,” katanya lagi.
Sementara itu, K Samyvellu, dari Karai pula berkata, adalah tidak mustahil jika pemimpin DAP itu akan menyentuh isu agama kaum lain di negara ini jika tiada tindakan tegas diambil terhadapnya.
Tindakan biadap Koo Ham itu katanya, wajar menjadi pengajaran kepada pemimpin politik lain supaya tidak menyentuh sensitiviti agama yang diamalkan rakyat di negara ini.
“Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya dengan meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Perak di atas kenyataannya yang mempersoalkan penentangan terhadap filem Innonce of Muslims oleh umat Islam di negara ini,” tegasnya lagi.
Sumber : Perak Today
Sumber : Perak Today
Wednesday, September 26, 2012
Fuhh! Khalid beli bas mewah guna duit rakyat Selangor?!
Seperti yang telah
diketahui umum, awal tahun 2012 Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh MB
dari parti PKR telah menamatkan khidmat syarikat Alam Flora untuk kerja-kerja
pengurusan kutipan sampah di negeri Selangor.
Alasan yang
diberikan untuk menjimatkan kos. Itu yang tersurat. Tidak ramai yang tahu apa
yang tersirat di sebalik tindakan tersebut.
Yang tersirat yang
kami maksudkan adalah syarikat-syarikat yang dipilih untuk menggantikan Alam
Flora adalah syarikat-syarikat kroni PKR yang mana syarikat-syarikat tersebut
perlu ‘menyumbang’ kepada PKR diatas apa yang dibayar oleh kerajaan negeri
kepada syarikat terpilih.
Umum telah
mengetahui ‘by hook by crook’ PKR perlu menumbangkan BN pada
PRU 13 untuk memastikan mereka dapat memerintah negara. Untuk mencapai
cita-cita tersebut ia memerlukan dana yang besar bagi menggerakan jentera
pilihan raya yang kuat serta berkesan.
Selain mendapat
bantuan dana asing, Kerajaan Selangor pimpinan PKR menjadi bank untuk
membekalkan wang kepada PKR di seluruh negara.
Atas sebab-sebab
itulah mereka beriya-iya menamatkan khidmat Alam Flora dan sedang berusaha
bersungguh-sungguh untuk menamatkan khidmat Syabas selaku pembekal air di
Selangor. Semuanya untuk diberikan kepada syarikat kroni-kroni mereka.
Sebaik sahaja
menamatkan Khidmat Alam Flora, Kerajaan Selangor membuat pengumuman untuk
membeli 50 unit lori kompaktor yang berharga RM 14.5 juta bagi disewakan kepada
kroni-kroni mereka yang mendapat kontrak mengutip sampah.
Dari sini rakyat
Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya boleh menilai
kontraktor-kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Selangor.
Mereka bukannya
peniaga tulen yang menjalankan perniagaan berkenaan. Jika mereka peniaga tulen
, adalah sesuatu yang tidak munasabah mereka tidak mempunyai peralatan utama
untuk menjalankan perniagaan teras mereka ?
Lori-lori kompaktor
yang dibeli Kerajaan Selangor dipesan dari negara China secara pemasangan
komponen terurai (CKD) dan dipasang di sebuah kilang di Rawang Selangor –
Intercoach Sdn Bhd. Lori kompaktor yang dibeli berjenama Dong Feng.
Dalam masa yang
sama bas dua tingkat PKR yang dilancarkan oleh Anwar Ibrahim pada 31 Ogos yang
lepas juga dipasang dan diubahsuai di kilang yang sama. Bas tersebut juga dari
jenama Dong Feng , pengeluar yang sama dengan lori kompaktor yang dibeli
Kerajaan Selangor.
Kami turut
difahamkan sebuah trak kontena serbaguna milik PKR juga sedang diubahsuai di
kilang berkenaan.
Setelah mendapat
maklumat dari pihak dalaman PKR yang menyatakan berlaku penyelewengan dan salah
guna kuasa lori kompaktor dengan bas dan trak PKR, pihak sel13.com menjalankan
sedikit penyiasatan berhubung perkara berkenaan bagi memastikan kesahihan
maklumat.
Setelah mendapati
maklumat berkenaan ada asasnya pihak kami mendapatkan bantuan seorang rakyat
Malaysia yang sering berulang alik ke negara China untuk urusan perniagaan bagi
mendapatkan info yang lebih kuat.
Sementara kami
mendapat info dari negara China pihak kami juga menjalankan beberapa siasatan
di negara ini.
Akhirnya dari
segala info yang kami dapat dan siasatan yang kami jalankan, kami dapati benar
terdapat penyelewengan dalam hal ini.
Siasatan kami
mendapati bas dan trak yang diterima PKR adalah sebagai balasan kepada
pembelian 50 lori kompaktor oleh Kerajaan Selangor.
Manakala
kerja-kerja pengubahsuaian bas dan trak pula sebagai balasan kepada pemasangan
50 lori kompaktor di kilang dalam negara.
Di sini telah wujud
unsur salah guna kuasa dan penyelewengan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bukan sahaja
melakukan penyelewengan, malah dalam hal ini Tan Sri Khalid Ibrahim juga telah
membohongi rakyat Selangor dan rakyat Malaysia.
Tan Sri Khalid
melalui satu kenyatan akhbar pada 30 Ogos 2012 telah mengeluarkan kenyataan
seperti berikut.
KENYATAAN AKHBAR
30 OGOS 2012
Saya ingin
menegaskan bahawa kos sewaan bas dua tingkat yang akan digunakan Pakatan Rakyat
sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak menggunakan wang Kerajaan
Negeri Selangor.
Bas berkenaan yang disewa untuk
tempoh enam bulan dibiayai sepenuhnya oleh saya tanpa melibatkan satu sen pun
wang rakyat dan wang kerajaan negeri.
Semua kos
melibatkan bayaran kepada pemandu dan bantuan teknikal dimasukkan dalam kos
sewaan itu tanpa melibatkan seorang pun kakitangan kerajaan negeri.
Justeru, saya
menasihatkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah dan
tohmahan jahat yang menuduh bas berkenaan disewa menggunakan wang Kerajaan
Selangor dan wang rakyat.
Bas dua tingkat ini
yang telah diubahsuai dengan dilengkapi platform untuk berceramah dan sistem
bunyi akan memulakan siri jelajah ke Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Perlis
bermula esok sehingga 2 September diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
TAN SRI ABDUL
KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Kenyataan akhbar di
atas dipetik dari http://anwaribrahimblog.com
Juga turut
disiarkan di Laman Rasmi MB Selangor http://mb.selangorku.com
Mengikut maklumat
dalaman PKR bas tersebut bukannya disewa oleh Tan Sri Khalid, sebaliknya bas
tersebut adalah miliknya.
Salinan kad
pendaftaran bas tersebut telah ditunjukkan kepada kami oleh pemberi maklumat.
Namun kami tidak dapat menyiarkan di sini kerana menghormati permintaan pemberi
maklumat.
Didapati bas
tersebut telah didaftarkan seperti berikut.
No Pendaftaran :
BLU 8779
No Enjin :
M61HA800001
Pembuat : Dong Feng
Tarikh Daftar : 03
September 2012
Kegunaan :
Persendirian
Pemilik : Abdul
Khalid Bin Ibrahim
Di Malaysia kita
semua telah biasa dengan sistem penyewaan, samada sewa pejabat, sewa rumah ,
sewa kereta atau sewa lain-lain.
Barang yang disewa
kebiasaanya didaftarkan diatas nama pemilik dan penyewa akan menandatangan satu
perjanjian dengan pemilik. Belum wujud lagi di negara kita barang yang
disewa didaftarkan atas nama penyewa.
Jika benar bas PKR
yang disewa kepada Tan Sri Khalid dan pemilik yang sebenar bersetuju
untuk mendaftarkan bas tersebut atas nama Tan Sri Khalid, ini bermakna pemilik
itu orang yang sungguh luar biasa baiknya dan mempunyai kepercayaan yang amat
tinggi kepada Tan Sri Khalid.
Kebiasaannya orang
yang begitu adalah orang yang telah termakan budi yang besar atau mempunyai
kepentingan dengan Tan Sri Khalid. Jika ini berlaku bermakna sekali lagi telah
berlaku penyelewengan dan salah guna kuasa dalam hal ini.
Semoga pendedahan
kami ini mendapat perhatian serius pihak berkuasa.
Tuesday, September 25, 2012
Ngeh Koo Ham dihentam Parti sendiri!
Kekecohan yang berlaku pada Konvensyen DAP Perak ke-17 yang berlangsung semalam, menimbulkan tanda tanya apakah parti itu sedang bergelut dengan masalah dalaman parti yang kronik.
Kebijaksanaan pemimpin tertinggi yang cuba menyembunyikan sengketa yang berlaku ternyata gagal apabila konvensyen tersebut bertukar panas dan menjadi medan kepada ahlinya untuk mengkritik Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham.
Koo Ham menjadi sasaran oleh ahlinya sendiri berikutan beberapa kontroversi yang dicetuskannya termasuklah tindakan terbarunya yang mempersoalkan tindakan umat Islam menentang penayangan filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.
Platform yang sepatutnya menjadi medan membincangkan isu berkaitan negeri dan nasional bertukar menjadi ruang untuk perwakilan melontarkan peluru mengutuk kepimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Koo Ham.
Suasana mula panas apabila Koo Ham didakwa menggunakan akhbar Cina mengkritik ahli parti yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa.
Koo Ham dilihat semakin tidak senang duduk apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O.P Syed Ibrahim mempersoalkan kepimpinan negeri yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik.
Beberapa perkara lagi telah dibangkitkan oleh perwakilan termasuklah mengkritik kenyataannya yang membangkitkan isu agama Islam di laman twitter yang telah mendapat kecaman ramai pihak.
Rata-rata ahli DAP tidak berpuas hati dengan tindakan Koo Ham yang dilihat telah mematahkan usaha parti itu untuk menarik sokongan bukan Cina untuk menyertai DAP.
Ternyata, apa yang berlaku pada konvensyen itu bukanlah sesuatu yang dijangka oleh Koo Ham apabila satu demi satu tindakannya dikritik hebat perwakilan.
Nampaknya, cita-cita untuk mengembalikan kuasa pembangkang di Perak kini tinggal angan-angan memandangkan pemimpinnya sendiri membunuh segala penat lelah dan gerak kerja yang dilakukan ahli di peringkat bawahan.
Ketaksuban dan keghairahan pemimpin tertinggi parti itu untuk menawan Putrajaya kini terjejas dengan tindak-tanduk terbaru Koo Ham itu yang membuka mata umat Islam betapa bencinya DAP dengan Islam, apatah lagi membenarkan PAS untuk memperkenalkan hukum hudud di negara ini.
Selain itu, pemimpin PAS negeri juga hanya berdiam diri apabila Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan tindakan umat Islam menentang filem itu, seolah-olah mulut mereka sudah dikunci rapat dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Anehnya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan PAS Johor tampil menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Koo Ham itu, sebaliknya pemimpin PAS Perak hanya diam membisu.
Rakyat Perak pastinya ingin tahu di manakah pendirian PAS Perak dalam hal ini kerana tindakan Koo Ham itu yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam di negara ini.
Perak Today
Perak Today
Monday, September 24, 2012
'Pakatan Rakyat angkat bendera putih'
SHAH ALAM – Cabaran PKR meminta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) seolah-olah bakal mengangkat ‘bendera putih’ daripada negeri itu kelak.
Ketua Puteri Umno Negeri, Suhaila M Zin berkata, ini kerana, tindakan Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin membuat cabaran itu jelas menunjukkan ‘tanda-tanda’ itu kerana beliau mempersoalkan siapa calon Menteri Besar Selangor daripada BN sendiri.
“Saya cukup tertarik dengan kenyataan YB (Yang Berhormat) Zuraida yang minta TPM (Timbalan Perdana Menteri) mendedahkan calon Menteri Besar daripada BN. Mereka (PR) sudah kalah ke? Kenapa persoalkan MB dari kalangan pemimpin BN?
“Pada pendapat saya, PKR akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti sebab mereka sendiri yang minta (persoalkan) siapa MB Selangor daripada BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung cabaran dibuat Zuraidah kepada Muhyiddin supaya mendedahkan bakal Menteri Besar Selangor kerana dakwaan Menteri Pelajaran itu sendiri yang sebelum ini mendakwa Umno sudah mempunyai ramuan lengkap untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Suhaila mendakwa, dalam Mesyuarat Umno atau BN di peringkat Bahagian mahupun Negeri, soal siapa calon Menteri Besar tidak pernah dibincangkan, malah mereka lebih menumpukan perhatian kepada strategi memenangi PRU13, sekali gus merampas Selangor daripada PR.
“Kita tidak pernah bincang perkara ini (soal bakal Menteri Besar). Kita hendak kemenangan dulu baru bincang perkara ini. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) yang akan menilai siapa calon yang layak dilantik menjadi MB.
“Sesiapa pun (pemimpin BN) boleh menerajui negeri (Selangor) jika kita (BN) menang PRU13 nanti,” katanya.
Menurutnya, sepanjang dua tahun ini, Puteri Umno banyak menjalankan aktiviti turun padang mendekati golongan wanita berusia di bawah 40 tahun dan pada masa sama golongan mahasiswi juga tidak ketinggalan walaupun mereka belum cukup umur untuk mengundi.
“Kita hendak beritahu mesej kita dan buktikan bahawa Kerajaan BN mampu memerintah,” katanya.
Sinar Harian
Sunday, September 23, 2012
Pembangunan Pulau Pinang bukan kerana Lim Guan Eng
Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.
"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.
Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.
Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.
Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.
"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.
Mengulas mengenai situasi di Pulau Pinang, beliau berkata, ketika negari itu berkembang dalam tempoh empat tahun lalu, ia dibangunkan kerana mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan bukan kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng.
"Sebaliknya, nenek moyang anda yang membina kejayaan ini," katanya.
Menurut beliau, Lim merupakan seorang ahli politik yang 'terjun' ke Pulau Pinang kerana tidak berkemampuan di Melaka.
Friday, September 21, 2012
'Kerosakan' telah berlaku - TPM
NANNING, China - Tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf berhubung kenyataannya mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslims tidak berupaya memperbetulkan 'kerosakan' yang ditimbulkan olehnya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan Koo
Ham itu menggambarkan sikapnya yang tidak sensitif dan tidak menghormati Islam.
"Kerosakan sudah berlaku. Sepatutnya dia orang Malaysia, katanya
parti dia iaitu DAP untuk semua kaum, tapi dia tak faham sensitiviti agama
kerana hal yang berbangkit itu dekat pada orang Islam.
"Bila ada pihak menghina Islam, patutnya DAP kalau nak berjuang untuk
Islam dan Malaysia, dia harus memahami yang perkara ini tidak boleh dipandang
ringan," katanya selepas merasmikan Pavilion Malaysia pada Ekspo
China-ASEAN Ke-9 di sini hari ini.
Menurutnya, jika ada pihak yang mahu membuat demonstrasi kerana marah
berikutan kenyataan Koo Ham itu, ia adalah reaksi semula jadi.
Ini kerana jelasnya, pemimpin DAP itu langsung tidak memberi pertimbangan
kepada hati dan perasaan umat Islam.
"Saya tak tahu sama ada itu gambaran sikap DAP atau Koo Ham
sebenarnya. Ia amat mendukacitakan kita. Dia dah tarik balik tapi kerosakan
sudah berlaku, jadi kita tahu tembelang dia," katanya.
Utusan
Thursday, September 20, 2012
Fuhhh! Pas "dijemput" oleh Nabi untuk berdemo?!
Menurut Nasrudin, beliau tidak melihat wujud perkara yang boleh dipolemikkan dan menegaskan ia tidak sepatutnya dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu memandangkan ianya melibatkan penghinaan kepada umat Islam.
Katanya lagi, isu sama ada Pemuda PAS dijemput oleh Pemuda Umno juga tidak wujud memandangkan pihaknya lebih awal membuat pengumuman untuk berdemo iaitu sebelum jemputan diterima.
“Kami telah umumkan kepada media program itu sejak Rabu 12 sept yang lalu. So (Jadi) apa polemiknya ?
“Tiba-tiba Isnin lepas (17 Sept) saya dimaklumkan bahawa Pemuda Umno ada mengajak Pemuda PAS untuk turun demo sekali. Itupun saya hanya tahu melalui media. Terima kasihlah jemput kami. Kalau tiada jemputan pun, kami memang akan turun pada 21 September ini, kerana kami terlebih awal telah di"jemput" oleh Nabi kami saw untuk turun menunjuk sikap dan mempertahankan kemuliaan Nabi kami saw. yang dihina sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam.
“Kalau 17 September baru nak jemput kami, memang terlalu lambat lah sebab kami dah setup (membuat perancangan) segalanya lebih awal,” katanya.
Tindakan mempolemikkan perkara ini menurut Nasrudin menggambarkan cubaan pihak tertentu yang mahu mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka.
“Saya pun hairan kenapa isu ini dipolemikkan sehingga mengalih pandangan umum daripada isu sebenar atau mereka sengaja mahu mencari ‘political millage’ dan nak tunjuk hero kepada masyarakat ?
“Kalau nak demo turun saja lah, tidak perlu buat bising. Apakah mereka bergantung kepada keputusan Pemuda PAS baru nak turun demo? Ini bukan isu politik antara parti Umno dan PAS, ini isu penghinaan ke atas Nabi saw,” tegas beliau.
Mengulas mengenai demonstrasi aman yang akan dianjurkan Jumaat ini, Nasrudin menjelaskan ia akan bermula selepas solat Jumaat dan peserta akan berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat daripada Masjid Tabung Haji.
Demonstrasi itu katanya bertujuan mengecam penerbitan filem Innocence of Muslims oleh karyawan Amerika Syarikat yang didakwa menghina Nabi Muhammad sehingga mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Cili Padi: kan aku dah cakap dorang ni memang dah sesat jauh... Apa saja boleh dibuat asalkan dapat 'Undi'... Apa saja boleh dibuat asalkan dapat capai impian mereka nak 'Tawan' Putrajaya... Kalau ya pun dah terdesak agak-agaklah der...Janganlah persendakan Nabi pula... Apa yang Pas nak tunjukkan? Dorang hebat sebab boleh berkomunikasi dengan Nabi? Macam tu ke der? Dah gila kuasa sangat ke der? Puiihhhhh!
Wednesday, September 19, 2012
DAP Dianjingkan oleh Noh Omar!
SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar membuktikan beliau tidak gentar berhadapan dengan pemimpin pembangkang terutama DAP bagi memberi penjelasan sebenar berkaitan isu industri burung walit kepada rakyat.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, beliau diberitahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim akan membawa sekumpulan pengusaha burung walit untuk membuat demonstrasi pada majlis hari raya yang dihadirinya di Tanjong Karang.
Beliau berkata, beliau sanggup menunggu dan bertemu dengan kumpulan tersebut walaupun pada waktu yang sama perlu menghadiri majlis yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan merasmikan satu mesyuarat perwakilan Umno di Jengka.
"Saya bukan seperti Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak berani berdialog dengan rakyat bagi menjelaskan isu Talamgate. Saya sanggup berhadapan dengan kumpulan tersebut bagi membuktikan pemimpin BN tidak gentar dengan provokasi pemimpin pembangkang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden sekumpulan 100 pengusaha yang terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Industri Sarang Burung Walit dari seluruh negeri menyerahkan memorandum pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Pejabat Ahli Parlimen Tanjong Karang itu.
Selain Suee Lim, demonstrasi itu turut disertai Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Permatang, Yahya Shahri.
Noh turut menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan selepas memorandum tersebut dibacakan Pengerusi Gabungan Persatuan-persatuan Perniagaan Sarang Burung Walit SeMalaysia, Lim Lai Soon.
Antara kandungan yang terdapat dalam memorandum tersebut ialah mereka mendakwa bahawa pihak kementerian mengenakan syarat memaksa agar setiap penternak memasang Radio Frequency Identification (RFID) untuk mengaut keuntungan sendiri.
“Saya telah berbincang dengan kerajaan China bahawa kita tidak mahu RFID dan telah dipersetujui tetapi kenapa isu ini masih dipersoalkan? Telah berulang kali saya beritahu bahawa RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, pengusaha rumah burung walit hanya perlu mendaftarkan rumah tersebut dengan pusat vaterinar.
"Mereka (pengusaha) tidak faham mengenai isu ini, sebab itu timbulkan isu yang sudah mendapat kata putus dari Kabinet,” katanya.
Beliau turut menyifatkan isu yang dibangkitkan oleh pemimpin pembangkang itu sebagai 'ketinggalan zaman' kerana kementeriannya sudah menyelesaikan kebanyakan isu berbangkit terutama membabitkan masalah dengan negara China.
Noh berkata, kementeriannya akan menandatangani satu protokol dengan pihak China 20 September ini yang merupakan langkah penting untuk membolehkan sarang burung walit dari Malaysia dieksport ke negara itu.
"Kementerian sudah memberi penjelasan dalam pertemuan hampir 6 jam dengan pengusaha burung walit dari seluruh negara pada 30 Ogos lalu. Semua masalah sudah diselesaikan sejak awal. DAP yang tidak tahu menahu tentang isu ini tiba-tiba mahu menjadi hero," katanya.
Tambah Noh lagi, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan tidak mengambil berat mengenai rakyat adalah tidak benar kerana kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dan menepati janji.
“Kerajaan tidak mahu harga sarang burung walit terus merudum. Dahulu harga mencecah RM6, 000 bagi 1 kilogram, sekarang jatuh sehingga RM1, 500. Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700 sahaja," katanya.
Ini bukan pertama kali Noh berdepan dengan pemimpin DAP kerana sebelum ini beliau pernah berdebat dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu untuk mempertahankan isu setinggan kaum Cina di Pasir Penambang.

Subscribe to:
Posts (Atom)