Monday, April 29, 2013

Panas! Pelajar Dibelasah Teruk Tanpa Belas Kasihan oleh Ustaz PAS!



 Nak tahu lebih lanjut, Baca disini..

DAP dan PKR Menunjukkan Isyarat Malaysian Spring!


Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR tidak pernah menafikan bahawa mereka mahukan sebuah revolusi untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat selepas PRU13. Seawal 16 September 2008 lagi, Anwar Ibrahim sudah melakukan hasutan secara agresif agar rakyat Malaysia turun ke jalan-jalanraya dan melakukan keganasan selain memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di luar negara dengan harapan, segala bantuan untuk revolusi seperti yang berlaku di Timur Tengah, berlaku pula di Malaysia.

Gelombang ini sebenarnya sudah bermula di Eropah sehingga menjatuhkan banyak kerajaan Komunis. Kaedah yang sama telah diadaptasi di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan kukubesi sekalipun kerajaan kukubesi tersebut telah membolehkan negara-negara berkenaan dimajukan dan kestabilan diwujudkan.

Sehingga kini, gelombang kebangkitan rakyat kononnya telah menghasilkan kekacauan di negara-negara Timur Tengah tanpa sebarang tanda, keagungan yang dimitoskan akan terhasil. Libya masih bergolak. Iraq sehingga kini masih lagi menjadi medan pembunuhan. Mesir masih tidak aman. Yaman masih merupakan negara miskin dan Syria pula kekal sebagai negara yang bergolak demi memastikan Israel kekal sebagai sebuah negara haram Zionis.

Di Malaysia, perkara yang sama juga sedang berlaku. Beberapa cubaan untuk mewujudkan gelombang yang lebih besar menerusi demonstrasi dan kekacauan jalanan, tidak mendapat sambutan yang diharapkan daripada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang rata-rata hidup selesa, mudah cari makan, dengan kerja kosong membolehkan rakyat Malaysia bertukar-tukar kerja seperti menukar pakaian, keadaan aman dan membolehkan sesiapa sahaja beribadat dengan tenang dan tanpa halangan, serta kurang tekanan, menyebabkan acuman serta hasutan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kurang mendapat perhatian.

Namun itu tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim dan DAP khususnya.

Friday, April 26, 2013

Mengata orang bukan main lagi, Diri sendiri tak nampak...


Kahkahkahkahkah!

Bukan main lagi kan si Rafizi gay ni serang Rosmah sebab saman AES. Korang boleh baca diSINI

Tang orang bukan main lagi ya, Bila dah kena batang hidung sendiri?  Tahu senyap yaa! kahkahkah!

"Mengata dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih."

Wednesday, April 24, 2013

Panas! Bilik Gerakan Barisan Nasional Nibong Tebal di Bom!


Puak Pakatan Haram sudah mula menunjukkan keganasan yang melampau. Lepas satu, satu keganasan dibuat mereka.

Kira-kira jam 10.15 malam tadi, Bilik Gerakan Barisan Nasional di Nibong Tebal, Pulau Pinang dikejutkan dengan satu letupan. Letupan tersebut berlaku di belakang khemah yang mengakibatkan seorang pengiring calon BN tercedera. Insiden berlaku ketika Pengerusi Gerakan,Datuk Dr Teng Hock Nan sedang menyampaikan ceramah. Polis sedang menyiasat punca kejadian.
-Sumber


Apa terdesak sangat ke pakatan oi? Aku tahu ler korang mengelupur sebab korang nak terkubur dah, Tapi ni sudah melampau. Gua nasihatkan petugas semua kena lebih berhati-hati dengan puak pakatan ni.

Tuesday, April 23, 2013

Terkini! Husam Sudah Mula Menunjukkan Keganasan di Putrajaya!

Semalam wartawan RTM mati dipukul oleh penyokong PAS di Kelatan.

Harini pula kat putrajaya sudah berlaku banyak pergaduhan. Husam menghantar anjing-anjing gengster untuk menyerang bilik gerakan di Putrajaya.

Terbaru, Gua dapat tahu ada seorang wartawan di bilik gerakan telah didatangi oleh sebuah kereta Alphard yang berwarna hitam berhenti berhadapan bilik gerakan dan membuka tingkap. Kelihatan seorang yang bertopeng memerhati lama di bilik gerakan itu. Bila dia tengok takda laki di bilik gerakan, terus dia bela.

Kebetulan ada makcik dan seorang wartawan di sana. Makcik tu bagitahu yang sekarang ni selalu berlaku kekecohan dimana anjing-anjing Pas menyerang petugas di bilik gerakan.

Gua tahu sekarang ni husam akan mempergunakan anjing-anjing belaan nya untuk membuat kekecohan dan kekacauan di sekitar Putrjaya.

Kepada petugas di bilik gerakan, aku nasihatkan korang berhati-hati dengan si Husam bapak penganas ni. Dorang tahu dorang tak boleh menang sebab tu dorang kecoh.

Mulai harini, Gua akan cari segala kejahatan Husam! Gua akan pastikan Husam terkubur di Putrajaya!
from my BlackBerry®

Pendedahan Panas! Lagi Skandal Terlampau Pemimpin PKR!


Apa lagi.... PKR kan... Takkan tak tahu lagi kot... Dimana ada PKR, Disitu ada skandal... Kahkahkahkahkah!

Skandal terbaru ni melibatkan Pemimpin PKR yang bernama Fariz Musa.
Urm,,, encem sungguh Abang Fariz Musa,,, nak jatuh cintan Sri,,, hihihi,,,
Masa Kristmas Sri terserempak dengan Abang Fariz,,, Sri ingat nak tegur dan ambil autograf,,, tapi,,, Abang Fariz sibuk berkepit dengan INDONDOLL,,,, kesian Sri tau Abang Fariz,,,,

Di Jalan Pramuka Sri bertemu si dia Fariz Musa bersama 4 yang lain Jingga 13,,, Tapi sayangnya dirimu Abang Fariz kuciwakan Sri dan dirimu berkepit dengan INDONDOLL,,,,

Apa yang geng-geng Jingga 13 buat di Indon masa Krismas ya,,,,???? Mushkil Sri lah,,, Kepit INDONDOLL,,,
-Sumber 

Kejadian berlaku pada 25 December 2011 di Jalan Pramuka, Jakarta Timur.

Nantikan Pendedahannya seterusnya!

Sabarrnyaaaaa. hehehe

Friday, April 12, 2013

Full Video Skandal Seks Setiausaha Agong PAS Mustapha Ali!


Pakatan Oh Pakatan! Memang tak dapat dipisahkan Pakatan dengan Seks ni woi! Lepas satu, satu!

Enjoylah yaaa..

Thursday, April 11, 2013

Lagi Babak Video Seks Pemimpin PAS Mustapha Ali!







Seterusnya diSINI!!!

Panas!!! Video Seks Pemimpin PAS Pula Tersebar!!!

Pemimpin PKR Melancap Depan Laptop Akan Bertanding di Dun Merbok?


Hahhhhhhh! Apa cerita mamat melancap depan laptop ni? Aku tengok takda apa-apa tindakan pun dibuat? Aku dengar dia siap nak bertanding lagi di Dun Merbok. Apa cerita ni beb? Takkan takda apa-apa tindakan? Takkan nak biarkan Si Pelancap ni bertanding?



Kita nak ke pemimpin yang melancap depan laptop kat pejabat ni terus diangkat sebagai Adun? Pemimpin tak bermoral macam ni kita nak bagi bertanding?

Wednesday, April 10, 2013

Kalaulah Aku Dapat Budak Ni...



Ehhhh! Panas betul hati aku tengok budak ni. Dia ingat dia apa? Hebat sangat lah tu dapat belasah budak tu. Kalau aku dapat budak ni, Teman seligi-seligi kepala dia. Aku ingat sebab apa dia pukul, Rupa-rupanya sebab Handphone kena rampas je...

Bangkang Dari Longkang - Janji Tak Masuk Akal Pakatan Rakyat!

Tuesday, April 9, 2013

Panas! PAS Kantoi Curi Duit Tabung Prajurit Lahat Datu!


Pihak yang pertama melancarkan Tabung Lahad Datu adalah Media Prima. Kemudian Pas pun ikut serta.

No 1: Iklan oleh Pas dan Media Prima

No 2: Nombor akaun tabung yang dikendalikan oleh Pas dan tabung yang dikendalikan oleh Media Prima.

No 3: Paparan dari mesin cash deposit Maybank. No akaun yang diiklan oleh Media Prima atas nama TABUNG WIRA LAHAD DATU. Manakala nombor akaun yang diiklan oleh Pas atas nama parti mereka.

Baca seterusnya diSINI..

Monday, April 8, 2013

Panas! Umno Perlis Asyik Gaduh Je, Nak Menang Ke Tak Ni?


Perlis Indera Kayangan adalah sebuah negeri yang paling kecil dan paling utara kedudukannya di atas peta Semenanjung Malaysia. Tatkala tsunami politik melanda negara pada tahun 2008 yang menyaksikan 5 buah negeri di semenanjung jatuh ke tangan pakatan pembangkang, Perlis kekal dimiliki oleh kerajaan Barisan Nasional. Itu adalah merupakan satu pencapaian yang luar biasa bagi BN di bawah pimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi BN negeri Perlis ketika itu. 

Tsunami politik tidak berakhir dengan begitu sahaja. Ia menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan negara daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak. Pak Lah mengambil tanggungjawab di atas kekalahan terbesar Barisan Nasional dalam sejarah Pilihanraya Umum negara . Perlis juga tidak terkecuali. Sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila pihak Istana Arau mahukan Menteri Besar baru menggantikan Dato’ Seri Shahidan sekalipun beliau telah berjaya memastikan kemenangan Barisan Nasional negeri. Akhirnya, naiklah Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis setelah Raja Perlis memberi perkenan atas perlantikannya.

Kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tetapi berapi. Begitulah negeri Perlis ini. Tidak padan dengan saiznya yang kecil, politik di dalam negeri tersebut begitu rancak dengan pelbagai kem-kem politik yang terhasil sejak sekian lama. Ini mungkin disebabkan Perlis telah melahirkan begitu ramai pemimpin-pemimpin yang bergiat aktif di pentas politik nasional dan negeri seperti Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad , Dato' Seri Azmi bin Khalid , Dato’ Seri Shahidan Kassim dan juga terbaru Dato’ Seri Md Isa Sabu. Masalah di Perlis adalah pemimpinnya ramai tetapi kerusi Dun dan Parlimennya tidak banyak. Hanya ada 3 kerusi Parlimen iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar yang menjadi rebutan para pemimpin Perlis untuk beraksi di pentas nasional. Rakyat Perlis rata-rata mengetahui akan kewujudan politik berpuak ala-ala ‘warlords’ di Perlis yang sentiasa melobi dan menikam satu sama lain demi kelangsungan politik mereka untuk sekian lama.

Cuma, permusuhan yang disangka akan selesai rupanya menjadi semakin parah bagaikan retak menanti belah. Masing-masing mahukan orang-orang mereka menjadi calon hinggakan calon yang neutral kerap menjadi mangsa. Ini sebenarnya merugikan UMNO! Dakwaan-dakwaan pelbagai kedengaran seperti ada dua senarai nama yang dihantar kepada Perdana Menteri sebagai calon pilihanraya umum ke-13 oleh pimpinan negeri Perlis bagi menaikkan calon-calon dari kem masing-masing. Perpecahan semakin jelas kelihatan. Ini amat tidak kondusif untuk kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Pembangkang melihat semua ini dengan gelojak nafsu dan harapan rakus yang membuak-buak kerana perpecahan dan lemahnya UMNO Perlis. Ini merupakan resepi terbaik untuk mereka merampas Perlis dari pangkuan UMNO.

Sejarah telah membuktikan bahawa semasa PRU ke-12 pada tahun 2008, UMNO tewas kepada pembangkang bukan atas kekuatan dan kredibiliti pembangkang tetapi kerana orang UMNO sendiri mensabotaj UMNO. Mereka yang tidak berpuas hati kerana tidak terpilih menjadi calon pilihanraya bertindak mensabotaj jentera pilihanraya sehingga lumpuh, malah ada yang mengundi calon pembangkang sebagai tanda protes. UMNO tewas bukan disebabkan kelemahannya tetapi tewas kerana mainan politik melampau di dalamnya.

Dengan mainan politik yang melampau-lampau dan terlalu berpuak-puak, rakyat akan muak dan akhirnya akan mengundi pembangkang. Masalah di Perlis sudah terlalu kronik hingga menjadi bahan lawak jenaka dalam kempen–kempen pembangkang. Tidak dapat dinafikan, kesemua pemimpin UMNO Perlis sudah banyak berjasa kepada negara dan bangsa. UMNO menghargai segala sumbangan mereka sekian lama. Akan tetapi, sebagai pejuang dan panglima UMNO, mereka harus ingat bahawa kepentingan Parti mengatasi segalanya. Tidak ada gunanya jika mereka menang sorak namun kampung tergadai.

Pembangkang sentiasa merangka strategi untuk menjatuhkan UMNO. Mereka meletakkan calon-calon yang berwibawa dan baru bagi menawan hati rakyat. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin enggan menyertai pilihanraya kali ini akibat daripada permainan politik melampau ini. Malah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya secara terang-terangan kelihatan lebih berminat menyertai PKR berbanding UMNO! Malah Dr Juanda dikatakan akan diletakkan di kerusi Parlimen Kangar menentang calon UMNO. Jika benar perkara tersebut, maka Perlis akan mencatatkan sejarah yang tersendiri bilamana akan berlaku pertandingan yang melibatkan calon-calon ulama yang popular! PAS telah menyatakan akan meletakkan Timbalan Mursyidul Amnya Dato’ Dr Haron Din sebagai calon di Arau dan PKR mempertaruhkan Dr Juanda Jaya! Sebagai strategi balas, UMNO dikhabarkan akan meletakkan Pengerusi Ulama Muda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya bertanding di Parlimen Kangar bagi mengimbangi calon ‘heavyweight’ ulama dari Pakatan Pembangkang.

Rakyat Perlis dan di seluruh negara berasa amat teruja melihat perkembangan ini. Ayah Dr. Fathul Bari, Datuk Mat Jahaya Hussin adalah merupakan bekas Mufti kerajaan negeri Perlis sebelum Dr MAZA. Malah beliau merupakan besan kepada Dato’ Seri Shahidan Kassim. Walaupun Dato’ Seri Shahidan Kassim dilihat lebih rapat dan menggemari Dr MAZA sebagai pelapisnya serta kerap menyokong Dr MAZA berbanding Fathul Bari, namun air yang dicincang mana mungkin putus?

Begitu juga Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang mana merupakan pemimpin berjiwa besar yang merupakan sahabat lama kepada ayahanda Fathul Bari serta kenalan keluarga yang amat rapat sejak kecil. Seharusnya pemilihan Fathul Bari sebagai calon adalah tepat, harmoni dan menepati citarasa semua. Adalah merupakan sesuatu yang amat merugikan seandainya Fathul Bari tidak dinaikkan sebagai calon kerana beliau telah menunjukkan bakat yang amat besar dalam membantu UMNO di peringkat nasional.

Buat pertama kali, UMNO dilihat mendominasi isu-isu agama yang dimainkan sentimennya oleh PAS selama ini. Kehebatannya dalam berpidato secara berakhlak serta pengetahuan mendalamnya dalam ilmu agama kerap membuatkan PAS tertunduk.

Malangnya, kini mula kedengaran bahawa pencalonan seorang calon neutral dan ‘winnable candidate’ seperti Fathul Bari pun mendapat tentangan dari pemimpin-pemimpin UMNO Perlis yang berseteru sesama sendiri! Fathul Bari bakal menjadi mangsa dan digugurkan.

Rakyat Perlis sudah jemu dengan semua ini. Sepatutnya semua pemimpin UMNO Perlis sedar dan setia kepada Presiden UMNO Dato’ Sri Najib Tun Razak. Mereka sewajarnya berlapang dada dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Presiden untuk membuat keputusan akhir tentang siapakah calon-calon pilihanraya terbaik bagi negeri Perlis.

Janganlah ada perbuatan cah keting dalam UMNO sekali lagi seperti tahun 2008 yang natijahnya amat buruk untuk negara. Biarlah Presiden UMNO memilih winnable candidate yang difikirkannya sesuai. Siapapun yang beliau pilih, maka UMNO harus bersatu di belakang calon tersebut dan menggempur PRU kali ini dengan langkah pendekar!

Dato’ Seri Shahidan, Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Dato’ Seri Azmi Khalid dan kem-kem UMNO Perlis mesti bersatu dibawah panji-panji UMNO yang dijulang oleh Presiden UMNO sekalipun mereka atau calon-calon pilihan mereka tidak terpilih. Sekalipun kita mati, biarlah kita mati berjuang. Bukan mati dengan tikaman harakiri yang cukup memalukan apatah lagi tikaman dari belakang. Janganlah pula berlaku tatkala negeri-negeri yang lain, UMNO cemerlang dan menang dalam keputusan pilihanraya, kita pula undur ke belakang, kalah menjadi pembangkang!

Ahmad Ridzuan Abdul Majid
Kangar

Panas! Hadi Benarkan DAP Guna Lambang PAS?!


Pas tidak akan menarik semula persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) meskipun menimbulkan keresahan ahlinya di peringkat akar umbi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebenaran berkenaan diberikan kerana Pas dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.

“Kita bersedia beri DAP guna lambang Pas kalau DAP tidak diizinkan menggunakan lambangnya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena pelancaran manifesto PRU-13 pakatan pembangkang khusus untuk negeri ini di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang semut di Alor Setar, malam tadi.

Baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan hasrat untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU-13 jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP ekoran kesilapan pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bagaimanapun kenyataan tersebut menimbulkan keresahan ahli Pas di peringkat akar umbi malah bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha secara tegas menyatakan ahli-ahli parti akan menghukum parti itu pada PRU-13 jika benar keadaan tersebut berlaku.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa turut bersuara dalam isu berkenaan dengan meminta Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat pengumuman secara terbuka supaya semua ahli Pas tahu pendirian mereka terhadap tiga perkara utama yang menjadi dasar perjuangan Pas sebelum meneruskan hasrat menggunakan lambang parti tersebut,

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyifatkan Nasharudin sebagai seorang ahli Pas biasa yang tidak mengikuti perkembangan mengenai isu penggunaan lambang parti tersebut oleh DAP.

“Dia lama tidak hadir mesyuarat, tidak ikut perkembangan. Kita anggap beliau seorang ahli biasa yang tidak ikut perkembangan,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi dilihat cuba memanipulasi mengenai peribahasa Inggeris better the devil you know than the angel you don’t yang digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tulisannya bagi memberikan hujah dan mewajarkan tindakan Pas bekerjasama dengan parti bukan Islam.

Sedangkan maksud sebenar pepatah itu ialah lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali.

Kata Abdul Hadi, lebih baik Pas berkerjasama dengan orang bukan Islam yang dikenali daripada bekerjasama dengan syaitan yang dikenali.

Ditanya kemudiannya apakah ‘syaitan’ yang disebutnya itu merujuk kepada UMNO, Abdul Hadi berkata, soalan itu perlu ditujukan kepada Dr. Mahathir dengan mendakwa kononnya beliau hanya mengulangi ‘amanat’ bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Presiden Pas berkenaan berkata, Pas tidak bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO tidak setia dalam persefahaman mereka ekoran pengalaman dengan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan pada tahun 70-an.

Kata beliau, pernah suatu ketika Kelantan ‘dirampas’ secara pengisytiharan darurat selepas berlaku hura-hara di negeri berkenaan yang didakwa beliau ‘dilakonkan’ oleh kumpulan tertentu.

“Ini sejarah yang kita sedar, maka kita lebih baik kita berkawan dengan orang bukan Islam yang kita kenal daripada syaitan kita kenal juga,” katanya.

Beliau juga menuduh UMNO yang menerajui BN dalam pentadbiran Kerajaan Pusat tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

“Baik dengan UMNO ini, pikul biawak hidup. Baik kita buat pakatan selesaikan dengan cara kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi mendakwa, pakatan pembangkang telah memuktamadkan 99 peratus senarai calon yang akan bertanding pada PRU-13.

Sumber

Manifesto BN PRU-13 Terbaik Dalam Sejarah



Perdana Menteri telah pun melancarkan Manifesto Barisan Nasional bagi Pilihanraya Umum ke 13 semalam yang bertemakan ‘Menepati Janji, Membawa Harapan’.    Ianya disambut baik oleh semua golongan yang jelas semakin yakin dengan kerajaan.

Pada tahun 1995, manifesto BN berbunyi Berwawasan, Adil dan Efisien.  1999 pula berbunyi Malaysia Bebas, Sepadu dan Maju,  2004 - Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dan 2008 – Selamat, Aman dan Makmur.   Kesemuanya dirangka sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Walaubagaimanapun, manifesto 2013 ini  diangkat sebagai yang terbaik dalam sejarah oleh sesetengah pemerhati politik kerana sifatnya yang lengkap, padat dan yang paling penting, berasaskan senario kehidupan sebenar rakyat serta perkembangan dunia.

Manifesto BN kali ini dikatakan berpijak di bumi nyata atau realistik, namun di masa yang sama memberi keyakinan dan keazaman kepada rakyat untuk sama-sama berdiri di belakang BN dalam usaha kita membina sebuah negara yang lebih baik.   Tema ini juga dilihat sebagai gambaran keikhlasan kepimpinan, bersifat yakin tetapi merendah diri, tekad berusaha namun tetap berserah kepadaNya.

Ini kerana, realitinya, dunia telah berubah bukan sahaja dari segi landskap tetapi juga dari segi politik.  Jika dahulu kita hanya bercakap tentang dunia tanpa sempadan tetapi hari ini kita telah terpaksa berdahapan dengan kesan dari kesamaran sempadan itu.   Segalanya bukan lagi rahsia dan semuanya boleh didapati di hujung jari.   Malah, jatuh bangun sesebuah negara kini tidak lagi bergantung kepada rakyat dan kerajaannya semata-mata tetapi kedaulatan negara boleh dicerobohi tanpa perlu pun mengangkat senjata.

Hanya dengan hujung jari, kita boleh mencetuskan penghapusan etnik sepertimana yang berlaku kepada Rohingya ataupun menempah neraka sepertimana berlaku di Libya, Syria ataupun Mesir.   Kehebatan akal manusia yang diamanahkan sebagai anugerah tertinggi kepada makhlukNya teruji hampir ke tahap maksima, di mana hanya yang bijak dan menguasai ilmu sahaja yang akan menang.

Justeru, bagi negara yang penguasaan ilmu iaitu sains dan matematik berada di tahap yang sangat lemah dan semakin lemah, Malaysia berhadapan dengan cabaran mentaliti dan sikap dalam menangani berbagai asakan yang dahulunya asing bagi kita .  Antaranya, asakan terhadap jati diri, akidah, keyakinan diri, sehinggalah kepada kestabilan dan kedaulatan negara.

Alhamdulillah, kerana kepimpinan negara nampaknya begitu peka akan keadaan ini lalu meletakkan landasan baru yang lebih kukuh, sesuai dengan iklim dunia baru bagi menahan getaran dari segala asakan tersebut.   Dari situ, Manifesto BN yang dirangka menyenaraikan 17 perkara penting sebagai persediaan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi:

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi

Tanpa meminggirkan sesiapa dan mana-mana aspek kehidupan, manifesto BN dijangka mampu mengukuhkan lagi negara ini dari segi ekonomi, sosial dan politik.  Apa yang BN perlukan kini hanyalah sokongan padu rakyat untuk menjadikan ‘sebuah negara yang lebih baik’, satu realiti.

Melihat dari sambutan terhadap manifesto ini,  kita yakin bahawa sokongan padu, bukanlah satu masalah besar bagi BN.

17 Janji Terbaik Dalam Manifesto BN




Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.  

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia.

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.  

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.  Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu.

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan.   Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan.   Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.  

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong.  Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan ‘Janji Ditepati’ sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.   Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji.

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.  Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.  

Antara janji-janji BN ialah:

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.    Memperkasa Penyertaan Wanita

11.    Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi



Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M.  Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan.

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri.

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini.

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti.  Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.  

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti.  Kita pasti dengan Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji.

Wednesday, April 3, 2013

PR Merancang Penipuan Dalam Pilihan Raya!



Adalah satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia mendengar dan membaca pelbagai kenyataan negatif oleh pemimpin PR yang sering mempersendakan dan menyalahkan SPR kononnya tidak telus serta sering dituduh gagal mengendalikan proses pilihan raya dengan adil.

Bermacam perkara dijadikan pertikaian oleh PR dari hal undi pos, daftar pemilih, proses pengundian, pengiraan undi serta pelbagai lagi isu ditimbulkan, motifnya satu untuk memberi tahu umum bahawa SPR tidak adil, tidak telus dan berat sebelah.

Pendek kata bagi pembangkang, SPR hanyalah kuda tunggangan BN dan apa sahaja penambahbaikan yang dilakukannya dianggap mempunyai maksud tersirat untuk kepentingan BN.

Itu realiti pandangan yang sudah berakar umbi dalam fikiran pemimpin dan penyokong PR.

Peliknya di sebalik segala tohmahan itu, dalam masa yang sama boleh pula pemimpin PR mengwar-warkan kepada umum bahawa PRU 13 akan dimenangi oleh PR malah dengan yakin menyatakan 125 kerusi Parlimen dan 7 buah negeri bakal dikuasai mereka.

Orang yang waras akalnya tentu terdetik untuk bertanya, jika SPR adalah kuda tunggangan BN, tidak telus, tidak adil dan tidak bebas, kenapa pula pemimpin PR sibuk mahu bercakap mengenai kemenangan dan tawan negeri itu dan ini?

Yang akan mengendalikan PRU 13 tetap juga SPR, jadi ikut logik akal jika begitu buruk dan teruk kaedah pilihan raya yang dikendalikan SPR, apa gunanya lagi untuk PR berangan untuk menggapai kejayaan, bukan begitu?

Hakikatnya PR sudah lama menerima hakikat bahawa SPR sememangnya telus, adil dan saksama sedari dulu lagi. Jika SPR benar-benar pincang, tiada seorang pun pemimpin PR yang akan bertanding dalam PRU 13 dan sebelumnya.
Tentu ada agendanya maka sebab itu SPR sering dijadikan punching beg dan dijadikan sebagai kambing hitam oleh pemimpin pembangkang.

Tak mustahil agenda PR dalam isu mempersoalkan kredibiliti SPR lebih kepada untuk menutup kelemahan sendiri kerana gagal menawan hati majoriti pengundi. Itu faktor utama yang tidak boleh disangkal sama sekali.

Kemungkinan lain, ada kebarangkalian ianya untuk melindungi penipuan yang ingin dilakukan oleh PR misalnya melalui manipulasi dakwat kekal dengan mencalit dakwat itu kepada pengundi berusia konon untuk tujuan demonstrasi.

Perkara sebegini boleh berlaku bila dilihat pada modus operandi penyokong pembangkang selama ini yang pernah mengutip kad pengenalan golongan tua bagi menghalang pengundi keluar menunaikan tanggungjawab ketika hari pengundian.

Atau kemungkinan juga untuk mengelakkan tumpuan umum kepada gerakan jentera PR yang sebelum ini giat memindahkan pengundi mereka ke kawasan yang diyakini boleh dikuasai melalui kaedah tersebut seperti mana pernah dilaksanakan oleh PAS Kedah dan PAS Kelantan.

Malah semenjak SPR memperkenalkan pendaftaran pengundi yang dikenali sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP) terdiri dari agen parti-parti politik, uniknya semenjak itu berlumba-lumba PR mendedahkan 'kepincangan' daftar pemilih mempertikaikan orang itu tak layak mengundi dan orang ini datanya diragui.

SPR pernah mengumumkan seramai 332 orang penolong pendaftar pemilih ditamatkan perkhidmatan kerana cuai atau sengaja mendaftarkan pengundi dengan maklumat yang meragukan.

Sebelumnya SPR pernah menolak permohonan seramai 71,184 pengundi yang didaftarkan oleh PPP kerana pelbagai kesalahan antaranya mendaftarkan pengundi yang telah berdaftar, warganegara yang belum layak mengundi, bukan warganegara dan pelbagai lagi kecuaian.

Menariknya kebanyakan kesilapan daftar pengundi baru yang ditolak oleh SPR ini didaftarkan oleh wakil-wakil PR dan tak mustahil ada antara puluhan ribu permohonan pengundi baru yang didaftarkan oleh PR ini yang terlepas pandang oleh sistem semakan dan digunakan pula untuk memburukkan imej SPR.

Di lihat pada sejarah PR, beberapa perkara yang didedahkan di atas tak mustahil berlaku dan tidak salah untuk kita membuat spekulasi kemungkinan PR sedang merancang untuk menipu dalam pilihan raya.

Tindakan mereka mengkambing hitamkan SPR sebelum ini hanyalah strategi serampang dua mata, pertama untuk membunuh imej dan kredibiliti SPR di mata umum dan kedua untuk melindungi penipuan yang sedang PR laksanakan.

Sedangkan dalam pemilihan CEC DAP dan pengundian dalaman PKR sendiri wujud penyelewengan, dan PAS pula penah aktif memindah pengundi ke sana ke mari, jadi apa sangatlah untuk mereka merancang penipuan dalam PRU.

Apa pun jika segala kemungkinan di atas tidak menepati senario sebenar, seeloknya PR hentikan sahaja propagandanya yang memperlekeh atau mempertikaikan kesungguhan SPR dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan PRU 13 kelak berjalan lancar.

Kiranya PR masih sibuk mempertikaikan SPR, itu salah ini tak betul, lebih baik pemimpin PR cermin diri sendiri untuk melihat betapa besarnya hipokrasi dalam diri masing-masing.

Atau jika pemimpin PR masih ada harga diri, kenapa tidak untuk julung kalinya, sebagai tanda protes dan ketidakyakinan dengan SPR, maka jangan sesekali walau seorang pun pemimpin PR bertanding dalam PRU 13 ini? Ada berani?

Tuesday, April 2, 2013

Anwar Tiada Kuasa Tentukan Calon Kedah



Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat.

Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya.  Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara ‘solo’ yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu.

Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar.  PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.

Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman.  Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti.

Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti.  Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR.  Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP.  Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.  

Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi.  Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi.

Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah.  Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus.

Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim.

Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR.  Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.

Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri.  Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata.

Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR.

Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati.

Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti?  

Panas! Parlimen Dibubar Esok Pagi?!


Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan.

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

-BH

Monday, April 1, 2013

Panas! Gambar Lucah Naib Pengerusi Wanita PKR Penang Pula Tersebar!


Kan aku dah kata, Memang tak dapat dipisahkan PKR dan Seks! Dari Atas sampai bawah semuanya gila Seks! Gila babi lah betul lah puak-puak pakatan haram ni. Makin menjadi-jadi pula tu. Lepas satu, satu. Macam ni punya Parti mau kasi takbir Negara? Puihhhh!


Manifesto Bukan Janji Pakatan Haram