Tuesday, February 19, 2013

DAP dan PKR Bunuh Sesama Sendiri Di Johor?



Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa.  Antaranya, isu Kalimah Allah, jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu.  Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.

Walaupun PAS pada hakikatnya, akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi ‘pertelingkahan mulut’ di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah.  Namun, ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR.

DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa.  Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata, secara dasarnya, Pakatan Rakyat kini telah retak seribu, dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.

Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor, Datuk Dr. Chua Jui Meng.  Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP negeri.   Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah ‘membuat serangan hebat’ terhadap DAP Johor secara bawah tanah, sejak beberapa bulan lalu.

Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu.  Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.

Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12, kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630.   Dalam pilihanraya kali ini, PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ.  Justeru, tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal.

Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR.  Walaubagaimanapun, tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama.

Oleh itu, Dr. Boo terpaksa ‘menyeru’ Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR, Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.

Pelik sekali, apabila Anwar terpaksa ‘diseru’ untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu, Anwar akan masuk campur secara suka rela.  Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi ‘menggaul rata’ sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat ‘tidak begitu setia’ atau tidak memberi keuntungan kepadanya.

Selain itu, bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.

Berdasarkan hakikat ini, mungkin Karpal, Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula ‘seruan’ mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.

Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari ‘campur tangan Anwar’?

Sesungguhnya, amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa ‘perang’ di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan.  Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.

Maka, senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan.  DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang, dan sembunyi tangan juga.  PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas.   PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata, disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.

Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS ‘berbunuhan’ sesama sendiri, Pakatan Rakyat mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja, tanpa BN perlu melancarkan serangan.

-House PK

Sunday, February 10, 2013

Mahathir Mahu BN Bekerja Keras Kalau Nak Menang Majoriti 2/3


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) perlu berusaha keras untuk mendapatkan semula majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang, sekali gus menghakis ancaman perpecahan sesama Melayu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, BN juga bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan demi masa depan bangsa dan negara dan sehubungan itu penting bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN membariskan calon yang betul.

"Pentadbiran harus membariskan calon 'winnable' (boleh menang) di kawasan-kawasan yang mereka paling sesuai. Sebagai contoh, salah untuk meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti Melayu kerana Umno tidak akan mendapat sokongan dari orang bukan Melayu," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum bertajuk 'Perlembagaan Negara dan Masa Depan Keselamatan Negara' di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.

Jelas beliau, penempatan calon di sesuatu kawasan perlulah bijak supaya pengundi akan mengundi BN.

"Inilah yang bermakna kongsi. Barisan Nasional ialah satu coalition (satu perkongsian). Bukan macam Pakatan Rakyat (PR). Pakatan bukan kongsi, bukan coalition. Ia cuma pakat. Macam pakat nak bunuh orang. Jadi lepas pakat, nak buat kerajaan macam mana.

"Pas tarik sebelah sana, DAP pula sebelah sini. Yang Datuk Seri Anwar (Ibrahim) konon nak jadi Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, sesetengah pemimpin Umno telah tergelincir daripada perjuangan asal parti, iaitu untuk menegakkan bangsa Melayu.

"Kini, beberapa ahli politik berjuang untuk datang ke kuasa dan mengekalkan ia, dan sanggup untuk sabotaj antara satu sama lain bagi maksud itu," katanya.

Ditanya sama ada orang Melayu sudah kehilangan kuasa, Dr Mahathir berkata, "orang Melayu hilang kuasa kerana berpecah."
"Dalam sebuah demokrasi, jumlah terbesar ialah yang kuasai keadaan. Bila dia berpecah dan melawan sesama sendiri, mana boleh berkuasa," katanya.

"Sekiranya orang Melayu suka hilang kuasa, mereka boleh 'give up'. Ada orang Melayu yang tidak suka melihat orang Melayu berkuasa, sebab dia sudah dapat semua, biasiswa, kerja dan lain-lain, apa peduli orang lain", katanya lagi.

Ditanya sama ada perlu untuk BN menang majoriti dua pertiga, Dr Mahathir berkata, kemenangan dua pertiga amat perlu sekiranya ingin meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Kalau tidak ada kemenangan dua pertiga, maka ia menunjukkan kerajaan yang lemah, yang akan ditekan oleh parti lawan," terang beliau.

Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Mahathir mengingatkan rakyat Malaysia menggunakan akal fikiran ketika membuat keputusan untuk mengundi parti mana dan tidak semata-mata berpandu kepada emosi bagi menentukan masa depan negara.

Beliau berkata, emosi dan perasaan mungkin akan mendorong rakyat buat keputusan yang salah dan sebab itu perlu disokong pemikiran waras agar mampu membuat penilaian bijak.

Katanya jika rakyat mahu sentiasa dihormati dan disegani, mereka perlu bertindak secara bijak dan tidak mudah terpengaruh agar urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.

"Saya harap rakyat sedar dan boleh berfikir, harap mereka tidak terbawa-bawa dengan emosi dan perasaan. Oleh itu, penggunaan akal fikiran serta merancang strategi akan menentukan masa depan negara," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata Perlembagaan Negara mesti dipelihara dan dipertahankan pada setiap masa oleh seluruh rakyat Malaysia.

-Bernama

Saturday, February 9, 2013

Panas! Neelofa dan Tasha Shilla Berteguran?!


Pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd. Noor kini lega kerana sudah bertegur sapa dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun bersengketa.

Menurut Neelofa, dia berkesempatan bertemu dengan Tasha secara kebetulan di TV3 sewaktu artis itu menjadi tetamu undangan sebuah program dan dia pula ada rakaman di stesen tersebut, Rabu lalu.

“Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.

“Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini semalam.

Kemelut antara mereka terjadi apabila Neelofa secara terbuka memberi komen tentang kemenangan Tasha dalam satu anugerah pada tahun lalu.

Friday, February 8, 2013

Panas! Gambar MB Kedah dengan PM pula tersebar!


Haritu gambar Ustaz Nasha dengan PM di gaza tersebar, Ustaz Nasha terus dipecat oleh Pas. Laa ni, Gambar Azizan dengan PM pula. Agak-agak bila lah Azizan nak kena tendang dengan Pas eh? he he he

Video Tahun Baru Cina Najib Razak Yang Membuatkan Anwar Tak Senang Duduk!

Thursday, February 7, 2013

Demi Karpal dan Dap, Pas Sanggup Maki Hamun Penyokong Sendiri


Marah betul Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, kepada ahli-ahli PAS yang bangkit marah mempertikaikan hubungan parti mereka dengan DAP dan PKR yang dikatakan tidak menghormati kesucian kalimah “Allah” sebagaimana yang ditetapkan Majlis Syura parti itu.

Dalam kenyataannya kepada media semalam, Idris Ahmad menegaskan bahawa ahli-ahli PAS yang marahkan DAP dan PKR itu merupakan “sisa-sisa toksin” yang bakal dinyahkan!

Idris Ahmad berkata, para penyokong PAS itu hanya diperlukan dan hanya laku pada sebelum PRU ke-13 dan selepas berakhir PRU nanti mereka-mereka ini akan dilihat sebagai “sisa-sisa toksin” oleh PAS…

Amboi-amboi… Sedap betul Idris Ahmad maki ahli-ahli PAS. Sesedap rasa! Apa? “Sisa toksin”?

Saya tertanya-tanya, salahkah ahli-ahli PAS itu marah pada DAP dan PKR sambil menggesa pucuk pimpinan parti mereka bermufaraqah dengan golongan yang jelas menghina serta cuba memperlekeh kalimah “Allah” di negara ini?

Saya yakin bahawa ahli-ahli PAS yang disifatkan sebagai “sisa toksin” oleh Idris Ahmad itu membayar yuran keahlian setiap tahun, malah ada di antara mereka yang merupakan “ahli PAS seumur hidup”, setaraf dengan Abby Abadi!

Jadi, mereka memiliki hak yang jelas untuk bersuara, mendesak atau mempertikaikan mana-mana dasar dan keputusan pucuk pimpinan yang dilihat merugikan Islam dan perjuangan parti.

Apahal pula Idris Ahmad nak gelar mereka sebagai “sisa toksin”? Salahkah mereka berkata yang benar? Dan berdosakah mereka mempertahankan keputusan Majlis Syura yang dipertikaikan oleh DAP dan PKR?

Karpal Singh dan Anwar Ibrahim pertikai keputusan Majlis Syura, boleh? Ahli-ahli PAS pertikai kehendak Guan Eng, Karpal dan Anwar Ibrahim, tak boleh pula? Baik punya taktik Idris Ahmad, nak jadi calon PRU ke-13 ke?

Idris Ahmad selaku pemimpin PAS sepatutnya mengutamakan kehendak Islam berbanding kehendak “parti chauvinis ultra kiasu” dan “agen rejim Zionis Yahudi Israel” itu. Dan sekiranya Islam dicabar mereka, Idris Ahmad perlu berdiri teguh di bawah panji-panji Islam.

Kalau betul pun Idris Ahmad nak jadi calon PRU, sepatutnya dia menggunakan kaedah yang berhemah dan bermaruah.

Apa jenis pemimpinlah yang PAS ada? Inikah sifat pemimpin sebuah parti yang kononnya mempertahankan Islam dan kepentingan ummah di negara ini?

Meskipun MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen BN yang lain tidak menganut agama Islam, mereka tidak sedikit pun menyokong kehendak DAP dan PKR. Malah mereka sedar tentang kepentingan hak dan kedudukan eksklusif kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Tapi, Idris Ahmad pula yang lebih-lebih. Idris Ahmad sanggup membela pihak yang mencabar serta membuat provokasi melampau terhadap Islam, dan sanggup pula memaki hamun serta menggelar ahli-ahli PAS yang mempertahankan kalimah “Allah”!

Begitulah PAS kini. Parti itu sudah bertukar wajah dan berpusing 360 darjah sejak bersahabat dengan petualang negara.

Parti seperti inikah yang diharap dapat membela dan mengimarahkan Islam sekiranya berkuasa?

Jangan haraplah…

Panas! Adakah nasib Azizan sama seperti Nasha?


Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.
Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.

Malah beberapa blog tempatan ‘menyerang’ Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.

Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.

Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.

“Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.

“Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.

“Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah,” katanya.

Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.

“Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul isu dan tak wajar dijadikan isu,” katanya.

Tuesday, February 5, 2013

Panas! Khalid Gagap Kantoi Salah Guna Kuasa di Selangor!



Penyalahgunaan kuasa dan penipuan yang dilakukan oleh Tan Sri Khalid semasa pembentangan kertas putih berkaitan transaksi penyelesaian hutang Talam akhirnya dibongkar dan didedahkan oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad, anak syarikat tersenarai negeri Selangor sendiri.

Kertas putih yang dibentang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akhirnya memerangkan dan membuka pintu untuk siasatan lanjut yang boleh meletakkan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim di dalam keadaan yang serius berikutan dari penyalahgunaan kuasa beliau sebagai menteri besar di dalam penyelesaian isu hutang Talam yang melibatkan aset dan wang milik kerajaan negeri (WANG RAKYAT) berjumlah lebih daripada RM600 juta.

Penyalahgunaan kuasa dan penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih penyelesaian hutang Talam ini disahkan sendiri oleh anak syarikat kerajaan negeri Selangor, syarikat tersenarai Kumpulan Hartanah Selangor Berhad kepada Bursa Saham pada 28 November 2012.

Pengumuman kepada bursa saham oleh anak syarikat milik negeri Selangor jelas memperlihatkan dengan nyata bahawa anak syarikat kerajaan negeri Selangor sendiri tidak dapat menanggung dosa dan bersekongkol dengan menteri besar dalam penyalahgunaan kuasa dan manipulasi harta serta wang rakyat Selangor.

Kesalahan dan penipuan yang dilakukan oleh menteri besar businessman ini tidak lagi dapat dirahsiakan lagi oleh Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan mengumumkan penyiasatan awal kepada bursa Malaysia untuk pengetahuan pemegang-pemegang saham KHSB.

Kumpulan hartanah Selangor telahpun melantik juruaudit bebas kononya AKN Arif yang merupakan sabahat kepada Raja Idris dan penyokong kuat PAS untuk mengaudit transaksi penyelesaian hutang Talam yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Businessman. Daripada siasatan awal juruaudit bebas dan seperti yang diumumkan oleh KHSB, terdapat banyak keraguan dan pelanggaran undang-undang dalam transaksi tersebut. Lebih memeranjatkan, laporan juruaudit AKN Arif adalah bertentangan dengan pengesahan dan endorsement oleh KPMG yang dilantik oleh Menteri Besar Businessman sendiri untuk mengaburi mata rakyat Selangor yang kini didapati menyesal menukar kerajaan pada tahun 2008 di dalam penyalahgunaan kuasa beliau di dalam penyelesaian isu hutang Talam ini.

Rumusan daripada laporan yang bertentangan dengan juruaudit bebas yang diantik oleh KHSB, Menteri Besar Businessman serta juruaidt KHSB iaitu Ernst & Young, pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Sekuriti dan SPRM telah memulakan siasatan menyeluruh untuk mendapatkan fakta dan bukti-bukti sahih bagi mengambil tindakan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi melindungi kepentingan pemegang saham KHSB serta harta dan wang rakyat Selangor yang melebihi RM 600 juta.

Penipuan fakta semasa membentangkan kertas putih tersebut adalah sesuatu yang dijangka oleh banyak pihak bagi melindungi PENYALAHGUNAAN KUASA beliau sebagai Menteri Besar Businessman dalam isu penyelesaian hutang Talam ini tetapi lebih memeranjatkan, fakta siasatan awal AKN Arif yang mengesahkan penipuan dan penyalahgunaan kuasa beliau di dalam transaksi ini diumumkan untuk pengetahuan rakyat oleh KHSB sendiri. Mereka telah memanipulasikan elemen teknikal dan perakaunan bagi mengelirukan rakyat.

Kebodohan Menteri Besar Businessman semakin terserlah, walaupun kertas putih tersebut adalah sampah Menteri Besar Businessman tetap membentangkan sampah kepada rakyat bagi membodohkan rakyat. Timbul persoalan di sini sama ada Menteri Besar Businessman itu faham isi kandungan kertas putih tersebut ataupun sebaliknya. Mungkin juga Menteri Besar Businessman dipaksa untuk membaca dan membentangkan kertas putih tersebut oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan mungkin PAS mungkin DAP? Siapa sabotaj Menteri Besar Businessman ini? Tunggu pendedahan seterusnya …..

Sumber - JejariKami

Monday, February 4, 2013

Panas! MB Kedah sertai Umno?!




Hmmm. Apa pula yang akan dibuat oleh PAS lepas ni? Ustaz Nasha ikut PM ke Gaza dipecat, yang ini pula macam mana? Adakah nasib Azizan sama seperti Nasha? ...


Itu diaaaa macai murahan Pas sudah bunyi.. Macam Ini Pas didik macai dia? Selamba mak bapak dia je nak sial dan celaka kan orang. Ni baru seekor, belum lagi pencacai tegar Pas. Kalau pencacai tegar Pas macam mana pula eh? Tah apa pula yang dia akan meroyan nanti.

Sunday, February 3, 2013

Inilah Harapan Sebenar Pakatan Rakyat!


Belum lagi harga kereta turun dia dah ada 4 biji kereta. Tengoklah tu bukan calang-calang punya kereta tu beb. Semua kereta mahal-mahal tu. Kuat wayang betul pemimpin-pemimpin pakatan ni semua. Ye dok? Kahkahkah!

Terkini! Pas Didesak Keluar Pakatan!


Elok pun.. Pok Nik pun dah nyanyok, Apa dia cakap pun dia taktahu. Mula-mula bukan main lagi sokong Kalimah Allah boleh digunakan oleh Kristian untuk bible versi bahasa, Tetiba-tiba dia pusing cerita kata tak boleh. Itu pun lepas ramai orang yang membantah. Kalau tak dia ikut ja kata si kapiak. Ye dok? 

Saturday, February 2, 2013

Lagakan Tun M dan Najib, Bukti Pakatan dalam Ketakutan



Walaupun puak pembangkang berterusan menghentam mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad (Tun M) namun, mereka tidak dapat menafikan yang ‘aura’ beliau begitu kuat dan masih menghantui mereka, dan juga musuh-musuhnya.

Biarpun beliau sudah bersara dan hanya menjadi pemerhati kepada perjalanan politik negara sambil sekali sekala memberi pandangan dan pendapat, namun pandangan beliau tetap dianggap sebagai pemantauan dan pendapat beliau dituduh sebagai arahan.

Tun Mahathir adalah seorang yang berterus-terang dan rasanya tiada seorang pun yang mengenalinya secara langsung atau sekadar melalui media, yang dapat menafikannya.  Apabila beliau merasakan masa sudah tiba bagi Tun Abdullah berundur, beliau menyatakannya tanpa selindung-selindung.   Ini kerana beliau yang kita kenali, tidak terikat kepada budaya Melayu iaitu ‘pukul anak sindir menantu’ kerana beliau percaya kepada pentingnya berkata benar biarpun pahit.

Menyedari ‘aura’ Tun M mampu mempengaruhi perjalanan politik Malaysia, maka pembangkang cuba menukar ‘aura’ itu agar memberi keuntungan kepada mereka.   Oleh itu, dalam pada mereka meneruskan kutukan dan cacian terhadap Tun M, mereka cuba membayangkan yang Tun M turut bersetuju dengan mereka berkenaan ‘kelemahan’ kerajaan BN dan Perdana Menteri.  Harapan mereka agar aura Tun M akan dapat mempengaruhi rakyat untuk turut melihat kelemahan kerajaan BN.

Maka, dari situlah timbulnya kisah kononnya Tun M bersekongkol dengan Tan Sri Muhyiddin untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib yang digebangkan di Malaysia Chronicle.

Dan semalam, timbul pula kisah kononnya Tun M ‘menyuruh’ Dato’ Seri Najib meletak jawatan jika BN gagal menang besar dalam PRU kali ini.   Penjelasan Tun M bahawa perletakan jawatan apabila gagal mencapai sasaran merupakan amalan biasa sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman iaitu bergantung kepada kehendak ahli, telah ‘diperkecilkan’ di dalam laporan media pembangkang.   Dalam kenyataan yang sama juga, Tun M ada mengakui bahawa Dato’ Seri Najib mewarisi BN dalam keadaan lemah, tetapi pihak pembangkang telah membayangkan seolah-olah beliau berkata yang kerajaan Najib lemah.

Bayangan-bayangan dan kisah-kisah seperti ini dimainkan dengan giat di portal-portal pembangkang terutama yang berbahasa Inggeris di mana sasaran pembacanya ialah mereka-mereka yang lebih rasional.  Ianya kelihatan semakin rancak apabila PRU semakin dekat.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah Tun M memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib.  Beliau juga telah menyatakan bahawa beliau akan turun membantu secara sukarela sekiranya didapati ada keperluan untuk berbuat demikian.

Dan seperti yang kita tahu, jika Tun M merasakan yang Dato’ Seri Najib tidak layak maka beliau pasti tidak akan teragak-agak untuk menyatakannya secara terus-terang dan tidak akan sekali-kali berselindung di sebalik bahasa-bahasa manis sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa kerana itulah sifat beliau, dan rakyat semua sudah memakluminya.

Dan inilah yang amat ditakuti oleh PR iaitu Tun M memberi sepenuh sokongan kepada Dato’ Seri Najib dan BN.   Sedangkan, apa yang dapat dilihat kini ialah aura Dato’ Seri Najib seorang sahaja sudah cukup untuk menenggelamkan Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang.   Sekiranya Tun M pula menambah lagi sinaran aura di belakang Dato’ Seri Najib, apalah daya pembangkang untuk melawan BN nanti.  

Justeru, percubaan melaga-lagakan kedua-dua tokoh ini terus dilakukan walaupun setakat ini kelihatannya langsung tidak berjaya.   Ini bukan sahaja kerana rakyat sudah mengenali sikap Tun M yang akan berterus terang tetapi lebih-lebih lagi ialah kerana rakyat juga sudah mula mengenali dan menyayangi Dato’ Seri Najib.

Oleh itu, pembangkang tidak perlulah bersusah payah menjatuhkan maruah sendiri dengan cuba meraih sokongan melalui aura Tun M.  Nampak sangat, para pemimpin pembangkang tidak punya ketokohan sendiri untuk menambat hati rakyat agar meyakini dan menyayangi mereka, sehinggakan terpaksa menumpang ketokohan musuh ketat mereka pula.

Artis Ganti Ulama? Hebatlah PAS...


Ulama dipecat, Artis tak berilmu disimpan.... Ini parti Islam? Puihhhhhhhhhhhh!

Friday, February 1, 2013

Senarai Kegagalan Kerajaan Khalid Gagap!


Masa janji bukan main lagi, Tang buat? Ga..ga..gap! Opsss! Silap! Gagal! Kahkahkah!