Friday, August 31, 2012

Pakatan Rakyat habiskan duit untuk bas



















“Mengata Dulang, Paku Serpih, Mengata Orang, Dia Yang Lebih”.

Perumpamaan yang cukup sesuai untuk menggambarkan sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini tidak habis-habis membuat onar terhadap Barisan Nasional (BN).

Jika sebelum ini, pernah timbul isu berkaitan ‘Bas Mewah’ yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya ia menggunakan kos ribuan ringgit.

Namun hari ini lihatlah siapa pula yang sedang bermewah-mewahan dengan wang rakyat Selangor.

Di saat-saat rakyat Selangor sengsara dengan krisis air selain masalah kewangan yang berlaku pada Unisel, namun pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat sedang asyik meraikan kejayaan mereka mendapatkan sebuah bas mewah bagi tujuan parti itu berkempen sempena pilihanraya akan datang.

Bas dua tingkat itu, jika dilihat dari luar sememangnya tampak mewah, apatah lagi di bahagian dalamnya.
Difahamkan bas itu mempunyai pelbagai jenis kelengkapan dan apa yang lebih menarik adalah dua buah kerusi urut jenama Gintel turut disediakan.

Jadi dari manakah Pakatan Rakyat Selangor mendapatkan dana untuk memberli bas yang semewah itu?
Sudah itu ia datangnya daripada wang kerajaan negeri.

Difahamkan juga, Pakatan Rakyat kini sedang merangka perancangan untuk mewujudkan sebuah treler bagi tujuan yang sama.

Kos untuk sebuah bas pun sudah pasti menggunakan kos ribuan ringgit, apatah lagi pemimpin pembangkang ingin mewujudkan treler pula.

Apa yang lebih baik sebenarnya, pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya selesaikan dulu krisis yang berlaku di Selangor.

Isu air dan masalah di Unisel sendiri pun telah tertangguh dan dibiarkan terlalu lama, namun kini pemimpin kerajaan negeri boleh pula berlagak riang gembira dengan mewujudkan sebuah bas mewah.

Ternyata mereka ini golongan yang suka bergembira dengan harta orang lain.


Cili Padi : Bukan main cakap PM habiskan duit rakyat tapi dia? ....

Panas! Anwar liwat peserta Janji Bersih?












Wednesday, August 29, 2012

Khalid Gagap cabar rakyat Selangor!

Rosmah dapat penganugerahan Selempang Tun Teja?!





















Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mendapat penganugerahan Selempang Tun Teja oleh Pertubuhan Seni Silat Gayung Helang Putih Malaysia.

Anugerah itu adalah yang pertama kali dikurniakan dan juga merupakan satu pengiktirafan terulung dari pertubuhan itu.

Berdasarkan keprihatinan Rosmah dalam memperjuangkan martabat kaum wanita dan menjaga keperibadian mulia merupakan antara faktor penyebab beliau dipilih sebagai penerima anugerah terbabit.

Rosmah, dalam ucapannya di majlis itu memberitahu anugerah itu dianggap sebagai pengiktirafan kepada usaha beliau dalam memartabatkan kaum wanita selain membangunkan pendidikan awal kanak-kanak.

“Sejak dahulu lagi, ilmu persilatan diamalkan dan dilatih bukan sahaja dikalangan pahlawan melayu yang gagah perkasa malahan juga dikalangan pahlawan melayu yang cantik jelita.

“Justeru saya menganggap bahawa pemilihan nama Tun Teja bagi penganugerahan pada hari ini adalah bersempena dengan penglibatan beliau di bidang persilatan.

“Anugerah ini menjadi simbolik bahawa kaum wanita berupaya memainkan peranan yang tidak kurang di dalam sesebuah organisasi mahupun negara,” katanya.

Rosmah yang juga Penaung Kehormat pertubuhan terbabit turut mengharapkan bahawa pengiktirafan itu dapat menyemarakkan lagi semangat keperwiraan di hati rakyat Malaysia terutama dikalangan kaum wanita.

Malah katanya, dengan wujudnya anugerah seperti itu penglibatan kaum wanita dalam seni pertahankan diri dapat ditingkatkan dan sekaligus membawa seni dan budaya tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

Sumber : Perak Today 

Cili Padi: Tahniah Datin Seri Rosmah! Teruskan usahamu perjuangankan martabat kaum wanita dan membangunkan pendidikan awal kanak-kanak!




'Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam' - Tun M




KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas.

"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
  
Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran.
  
"Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.
  
Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya.
  
"Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya.

Bernama