Filem kenegaraan 'Tanda Putera' yang ditangguhkan penayanganya kepada umum sebelum ini, akan mula ditayangkan 29 Ogos depan, kata Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Raja Rozaimie Dalnish Shah.
Beliau berkata tarikh itu juga tarikh sebenar yang dimohon pihak penerbit filem berkenaan.
"Finas telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa (Wajib Tayang) yang dipengerusikan Datuk Mustapha Maarof (pengerusi jawatankuasa itu), dan keputusan yang dibuat jawatankuasa itu ialah filem 'Tanda Putera' akan ditayangkan 29 Ogos ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas lawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ke Finas, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.
Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas itu memaparkan kisah perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman untuk memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.
Filem yang diterbitkan pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13 itu, sepatutnya menemui penonton mulai 15 November 2012, bagaimanapun Jemaah Menteri membuat keputusan menangguhkan filem itu berikutan terdapat babak yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik dalam masyarakat.
Sementara itu, Ahmad Shabery pada sidang media sama menjelaskan filem 'Tanda Putera' telah ditangguh penayangannya kerana terdapat beberapa perkara yang boleh menimbulkan kontroversi pada waktu itu sehingga Kabinet memutuskan penangguhannya buat sementara waktu.
Katanya, filem genre sejarah itu sepatutnya boleh ditayangkan setelah kontroversi mengenainya berakhir dan selesai pilihan raya umum, serta ia tidak akan memberi kesan kepada orang ramai.
"Saya kira 'Tanda Putera' satu lagi hasil karyawan filem kita yang patut dilihat dari perspektif seninya, tentang soal bagaimana orang melihat perspektif itu adalah berdasarkan tafsiran masing-masing.
"Yang pentingnya, kita nak lebih banyak filem tempatan ditayangkan di negara ini dan jika boleh dipasarkan di luar negara," katanya.

-bernama.