Saturday, February 9, 2013

Panas! Neelofa dan Tasha Shilla Berteguran?!


Pelakon dan pengacara Noor Neelofa Mohd. Noor kini lega kerana sudah bertegur sapa dengan Tasha Shilla selepas hampir setahun bersengketa.

Menurut Neelofa, dia berkesempatan bertemu dengan Tasha secara kebetulan di TV3 sewaktu artis itu menjadi tetamu undangan sebuah program dan dia pula ada rakaman di stesen tersebut, Rabu lalu.

“Secara kebetulan bertemu dan sempatlah bertegur sapa. Nak sembang lama tidak boleh sebab kami ada urusan. Pada kesempatan itu juga, Lofa sempat minta maaf atas komen yang diberi terhadapnya sebelum ini.

“Lofa hormatlah dengan Tasha, sebab dia bukan seorang pendendam. Dia terima kemaafan Lofa. Sekarang ini dada rasa lapang dan fikiran tenang sebab kemelut dengan Tasha sudah selesai,” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadinya yang ke-24 di sini semalam.

Kemelut antara mereka terjadi apabila Neelofa secara terbuka memberi komen tentang kemenangan Tasha dalam satu anugerah pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH