Monday, April 29, 2013

DAP dan PKR Menunjukkan Isyarat Malaysian Spring!


Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR tidak pernah menafikan bahawa mereka mahukan sebuah revolusi untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat selepas PRU13. Seawal 16 September 2008 lagi, Anwar Ibrahim sudah melakukan hasutan secara agresif agar rakyat Malaysia turun ke jalan-jalanraya dan melakukan keganasan selain memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di luar negara dengan harapan, segala bantuan untuk revolusi seperti yang berlaku di Timur Tengah, berlaku pula di Malaysia.

Gelombang ini sebenarnya sudah bermula di Eropah sehingga menjatuhkan banyak kerajaan Komunis. Kaedah yang sama telah diadaptasi di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan kukubesi sekalipun kerajaan kukubesi tersebut telah membolehkan negara-negara berkenaan dimajukan dan kestabilan diwujudkan.

Sehingga kini, gelombang kebangkitan rakyat kononnya telah menghasilkan kekacauan di negara-negara Timur Tengah tanpa sebarang tanda, keagungan yang dimitoskan akan terhasil. Libya masih bergolak. Iraq sehingga kini masih lagi menjadi medan pembunuhan. Mesir masih tidak aman. Yaman masih merupakan negara miskin dan Syria pula kekal sebagai negara yang bergolak demi memastikan Israel kekal sebagai sebuah negara haram Zionis.

Di Malaysia, perkara yang sama juga sedang berlaku. Beberapa cubaan untuk mewujudkan gelombang yang lebih besar menerusi demonstrasi dan kekacauan jalanan, tidak mendapat sambutan yang diharapkan daripada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang rata-rata hidup selesa, mudah cari makan, dengan kerja kosong membolehkan rakyat Malaysia bertukar-tukar kerja seperti menukar pakaian, keadaan aman dan membolehkan sesiapa sahaja beribadat dengan tenang dan tanpa halangan, serta kurang tekanan, menyebabkan acuman serta hasutan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kurang mendapat perhatian.

Namun itu tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim dan DAP khususnya.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH