Thursday, February 7, 2013

Demi Karpal dan Dap, Pas Sanggup Maki Hamun Penyokong Sendiri


Marah betul Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Idris Ahmad, kepada ahli-ahli PAS yang bangkit marah mempertikaikan hubungan parti mereka dengan DAP dan PKR yang dikatakan tidak menghormati kesucian kalimah “Allah” sebagaimana yang ditetapkan Majlis Syura parti itu.

Dalam kenyataannya kepada media semalam, Idris Ahmad menegaskan bahawa ahli-ahli PAS yang marahkan DAP dan PKR itu merupakan “sisa-sisa toksin” yang bakal dinyahkan!

Idris Ahmad berkata, para penyokong PAS itu hanya diperlukan dan hanya laku pada sebelum PRU ke-13 dan selepas berakhir PRU nanti mereka-mereka ini akan dilihat sebagai “sisa-sisa toksin” oleh PAS…

Amboi-amboi… Sedap betul Idris Ahmad maki ahli-ahli PAS. Sesedap rasa! Apa? “Sisa toksin”?

Saya tertanya-tanya, salahkah ahli-ahli PAS itu marah pada DAP dan PKR sambil menggesa pucuk pimpinan parti mereka bermufaraqah dengan golongan yang jelas menghina serta cuba memperlekeh kalimah “Allah” di negara ini?

Saya yakin bahawa ahli-ahli PAS yang disifatkan sebagai “sisa toksin” oleh Idris Ahmad itu membayar yuran keahlian setiap tahun, malah ada di antara mereka yang merupakan “ahli PAS seumur hidup”, setaraf dengan Abby Abadi!

Jadi, mereka memiliki hak yang jelas untuk bersuara, mendesak atau mempertikaikan mana-mana dasar dan keputusan pucuk pimpinan yang dilihat merugikan Islam dan perjuangan parti.

Apahal pula Idris Ahmad nak gelar mereka sebagai “sisa toksin”? Salahkah mereka berkata yang benar? Dan berdosakah mereka mempertahankan keputusan Majlis Syura yang dipertikaikan oleh DAP dan PKR?

Karpal Singh dan Anwar Ibrahim pertikai keputusan Majlis Syura, boleh? Ahli-ahli PAS pertikai kehendak Guan Eng, Karpal dan Anwar Ibrahim, tak boleh pula? Baik punya taktik Idris Ahmad, nak jadi calon PRU ke-13 ke?

Idris Ahmad selaku pemimpin PAS sepatutnya mengutamakan kehendak Islam berbanding kehendak “parti chauvinis ultra kiasu” dan “agen rejim Zionis Yahudi Israel” itu. Dan sekiranya Islam dicabar mereka, Idris Ahmad perlu berdiri teguh di bawah panji-panji Islam.

Kalau betul pun Idris Ahmad nak jadi calon PRU, sepatutnya dia menggunakan kaedah yang berhemah dan bermaruah.

Apa jenis pemimpinlah yang PAS ada? Inikah sifat pemimpin sebuah parti yang kononnya mempertahankan Islam dan kepentingan ummah di negara ini?

Meskipun MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti-parti komponen BN yang lain tidak menganut agama Islam, mereka tidak sedikit pun menyokong kehendak DAP dan PKR. Malah mereka sedar tentang kepentingan hak dan kedudukan eksklusif kalimah “Allah” di Semenanjung Malaysia.

Tapi, Idris Ahmad pula yang lebih-lebih. Idris Ahmad sanggup membela pihak yang mencabar serta membuat provokasi melampau terhadap Islam, dan sanggup pula memaki hamun serta menggelar ahli-ahli PAS yang mempertahankan kalimah “Allah”!

Begitulah PAS kini. Parti itu sudah bertukar wajah dan berpusing 360 darjah sejak bersahabat dengan petualang negara.

Parti seperti inikah yang diharap dapat membela dan mengimarahkan Islam sekiranya berkuasa?

Jangan haraplah…

3 comments:

  1. Semua kejadian ini adalah petanda dari Allah bahawa Amanat Haji Hadi itu kini telah terpalit kepada diri mereka juga. Nauzubillah.

    ReplyDelete
  2. sekarang siapakah yg berada dijalan yg lurus pemimpin atau penyokong parti, sebab masa kini telah ramai mat rempit mati dijalan yg lurus.jalan lurus belum tentu selamat.

    ReplyDelete
  3. Dlm pas segala isu berbangkit perlu dirujuk kpd pimpinan dr prgkt cwgn, kwsn, pusat. keputusan pimpinan tak boleh dibantah ! jika dibantah dianggap menyanggahi jamaah.

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH