Sunday, January 6, 2013

Panas! Bukti Portal Pro-Pembangkang Pengecut!


Semua pihak sudah sedia maklum perihal sikap pengecut dan berselindung di sebalik insan lain di kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Daripada Ketua Umumnya hinggalah di kalangan ‘Anak-anak Ikan’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seterusnya di peringkat bawahan, hampir kesemuanya hanya pandai melontarkan fitnah, membuat kekecohan dan kemudiannya menyorok di sebalik nama kononnya menuntut keadilan.

Macam-macam kes yang melibatkan situasi begini telah berlaku dan terbaru, isu yang mengaitkan Peniaga Karpet, Deepak Jaikishan yang kini telah dimanipulasikan oleh sesetengah pihak atau lebih tepat pemimpin PKR.

Bermulanya kekecohan mengenai Deepak, macam-macam kontroversi, spekulasi dan kenyataan timbul sehinggakan rakyat tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Apa yang lebih teruk, dek kerana sudah terbiasa dengan sindrom fitnah memfitnah antara satu sama lain, maka dalam segala isu ada sahaja idea pihak pembangkang untuk mengaitkan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kontroversi yang tercetus.

Sampaikan perlancaran buku yang berjudul ‘Black Rose’ yang entah siapa penerbitnya juga telah dijadikan medium politik PKR untuk meneruskan agenda fitnah terhadap Najib dan Rosmah.

Difahamkan buku berkenaan yang dilancarkan beberapa hari lalu kononnya menceritakan perihal Najib dan Rosmah mengenai kontroversi pembunuhan Altantuya.

Bukankah isu berkaitan kes Altantuya itu sudah basi, tetapi hairan, mengapa ia ditimbulkan semula oleh puak-puak jahil PKR ini.

Mungkin kerana terdesak dengan pilihanraya umum yang semakin hampir, maka segala isu-isu lama mereka korek-korek semula dan cuba memutar belitkan supaya rakyat terus terkeliru.

Bercakap mengenai perlancaran buku ‘Black Rose’, dua hari lepas MalaysiaKini telah melaporkan berita yang menyatakan Deepak melancarkan buku dalam bentuk ceritera.

Rujuk sini

“The Black Rose – satu siri buku yang dijanjikan oleh ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan yang mengisahkan persengketaan beliau dengan keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya muncul di ruang siber. Siri pertama – Black Rose 1.0 – telah diedarkan kepada media malam ini dalam bentuk e-buku setebal 26 halaman dengan pengarangnya dinyatakan sebagai ‘Spirit of Altantuya’.

Buku ini tidak menyebut mana-mana personaliti tertentu dengan nama, tetapi jalan ceritanya hampir dengan kisah hidup Deepak sendiri.”

Berita mengenai kononnya Deepak yang menerbitkan buku itu kini telah tersebar dengan luasnya setelah puak-puak PKR melaksanakan perang saraf iaitu untuk memastikan perkara itu mendapat perhatian umum.

Perihal kekecohan berkaitan penyebaran ‘Black Rose’ yang kononnya menceritakan tentang Najib dan Rosmah selain mengaitkan Deepak, maka ahli perniagaan itu merasakan ada pihak yang sedang menjalankan operasi tertentu.

Lantas, Deepak telah menafikan pelancaran buku tersebut dikeluarkan olehnya melalui SMS kepada semua media dan meminta namanya dikeluarkan. Rujuk keratan SMS di bawah:

Tetapi apa yang peliknya adalah, sehingga kini Malaysiakini masih belum mengeluarkan kenyataan penafian Deepak serta mengeluarkan namanya.

Tindakan dan kedegilan Malaysiakini ini telah mencetuskan satu tanggapan mengenai adakah media pro pembangkang itu mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah.

Apa tidaknya, sudah beberapa hari Deepak telah menghantar kiriman SMS kepada media termasuk Malaysiakini, namun sampai sekarang tidak ada apa yang berlaku.

Persoalannya, dalam buku terbabit mengapa watak-watak dalam buku tersebut menggunakan nama samaran?

Jika benar ia menceritakan tentang Najib dan Rosmah dalam isu Altantuya, gunakan sahajalah nama sebenar tidak perlu berselindung menggunakan nama samaran.

Mengapa takut untuk letakkan nama sebenar jika kandungannya benar?

Dokumen dalam buku tersebut sama seperti yang ditunjukkan oleh ‘Toy Boy’ Anwar, iaitu Rafizi beberapa hari lepas.

Mengapa perkara itu terjadi?

Sedangkan Deepak, dalam sidang medianya sebelum ini menafikan dia pernah melihat dokumen yang dipertontonkan oleh Rafizi.

Jadi, sebagai rakyat yang berfikiran matang dan rasional, kita boleh simpulkan siapa punya kerja yang keluarkan buku berkenaan.

Sumber : PERAK TODAY 

12 comments:

  1. ala dah terang2 anwr tu peliwat tp pembangkang saja buat2 buta ak nampak konon yg anwar tu babai..skrg ni klu drg senyap bt bodoh lg aku tak tau nak kata apa kat drg selain dr drgyg sokong anwar tu lembu cucuk hidung

    ReplyDelete
  2. aq rasa mcm nak jentik je telur anwar yg busuk tu srh dk diam2 dah borong lah dgn benda2 basi dan bodoh yg dia buat semua..at last terkantoi jugak

    ReplyDelete
  3. "Tindakan dan kedegilan Malaysiakini ini telah mencetuskan satu tanggapan mengenai adakah media pro pembangkang itu mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah."
    ...haduii!!! sudah tahu lagi mau tanya ka. bila masanya malaysiakini tidak bercita-cita untuk menjatuhkan najib? mereka sanggup makan taik, sedut kudis dan nanah, jilat bontot anwar yg penuh najis semata-mata nk bagi najib jatuh. realitinya begitu kan!!!!!

    ReplyDelete
  4. deepak dah keterlaluan ni agak-agaklah kalau nak menipu pun janganlah ikutkan sanggat perangai anwar dia tu mmg dah dasar pembohong pun...

    ReplyDelete
  5. mmg dasar penipu malaysiakini ,deepak dan anwar sama je perangai mcm haram

    ReplyDelete
  6. aku rasa sia2 je malaysiakini tu buat portal better jual nasi lemak je bagus...
    kerana tak berani nak letak kebenaran ces dasar pengecut

    ReplyDelete
  7. malaysiakini tu barua si anwar tu sbb tulah bnda mcm nie dia taknak publish!!

    ReplyDelete
  8. BRO DEPAK NI TAYAR MOTOCAR PUN TAK BAYAR ..kereta dia tersadai di sungai besi

    ReplyDelete
  9. cilipadi lama menghilang bila dtg tetiba dgn membabi buta

    ReplyDelete
  10. arrrrrghhhhhhh penipuan ar

    ReplyDelete
  11. Anwar dan temberang bagai lagu dan irama..Allah hantar menusia jenis ni pada kita semua pasti ada hikmah di
    sebaliknya salah satu daripadanya ialah kita semua dapat tahu betapa munafiqnya pas yang selama ini mengaku terlalu warak, yang kedua Anwar dah tarik keluar segala manusia bangsat yang dulunya berada didalam Umno sebab apa yang kita nampak mereka2 ini tidak mengira halal atau haram dan sanggup lakukan apa sahaja demi kepuasan hawa nafsu juga kesenangan dunia

    ReplyDelete
  12. Politik Malaysia ini adalah pada peringkat bawah. Low level. Terutamanya orqng Melayu. Penipuan terkantoi tapi penyokong masih ssokong. Ianya politik berkelahi. Bukan betul-betul nak berjuang nak membangunkan negara. Dalam perbalahan semuanya halal kerana nak menegakkan benang basah sehingga sanggup menjadi munafik. Lihatlah pada pemimpin walaupun telah terbukti melakukan kesilapan tapi masih tak nak mengaku. Melayu ilmu tahap kedai kopi dah nak cakap pasal pemerintahan dan ekonomi. Yang tua asyik nak subsidi yang muda nak belajar universiti percuma. Akhir sekali minta masuk university walaupun result rendah.

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH