Perjuangan asas PAS sudah terkeluar dari landasan sebenarnya dan semakin terpesong kerana sanggup memperdagangkan agama dengan mendoakan kehancuran berlaku terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam solat hajat sempena Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu, semalam.
Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, parti tersebut sebaiknya mendoakan sesuatu yang baik tetapi bukanlah mendoakan kehancuran berlaku ke atas sesebuah parti politik.
Katanya, sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai prinsip asas, PAS sewajarnya mengetahui prinsip ketika memanjatkan doa.
“Apabila kita berdoa, kita doakan yang baik-baik jadi macam mana sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai asas simbol parti boleh doakan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun.
Ahmad Husni berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan Nik Razi Nik Mat yang juga adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendoakan kehancuran kerajaan BN dan UMNO ketika mengimamkan solat hajat sempena Muktamar Tahunan PAS ke-58 di Kota Bharu, semalam.
Tindakan PAS yang mahu UMNO dan BN hancur sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab turut mendapat kecaman daripada masyarakat.
Idris Mat Nor, 56, ketika ditemui Peraktoday.com meluahkan rasa kesal dengan tindakan imam tersebut yang begitu taksub terhadap kuasa politik hingga mendoakan kehancuran berlaku ke atas sedara seagama Islam.
Menurutnya, adalah lebih baik doa yang dipanjatkan itu meminta semua umat Islam terus bersatu padu supaya terus hidup dalam keadaan aman tanpa berlaku pecah belah.
“Saya terkejut apabila mendengar doa imam itu dan berasa sungguh sedih melihatkan seorang individu yang mempunyai ilmu agama yang tinggi sanggup mendoakan sedemikian rupa,” katanya.
Bagi Ahmad Zahid Rosli, 27, tindakan itu dilihat begitu keterlaluan dan bercanggah dengan prinsip yang dilaungkan pemimpin parti yang menggalakkan perpaduan ummah.
“Walaupun tidak suka tetapi janganlah doakan UMNO dan BN sampai jadi begitu…ia memang keterlaluan,” ujarnya.
PAS DAH BAGI BOLA TANGGONG !!!
ReplyDeleteKEPADA PERWAKILAN UMNO YG.BAKAL BERSIDANG MINGGU DEPAN,PASTIKAN KITA RERAMAI BANGUN BERDOA 'YA ALLAH,KO SELAMATKANLAH SAUDARA KAMI DARI PAS..BERILAH MEREKA TAUFIK DAN HIDAYAH AGAR BERTAUBAT..KO BUKA LAH JALAN PERDAMAIAN DIHATI MEREKA AGAR UMAT ISLAM DI NEGARA INI DAPAT BERSATU'' AMIINNNN
P/S; API LAWAN AIR..pasti rakyat dapat melihat mana satu intan dan mana satu kaca.
gen2felda
Aku setuju kita doa baik-baik untuk Pas...mudah-mudahan rakyat sedar
ReplyDeleteJAKIM kena keluar fatwa mengenai kedudukan pas, sama ada sudah terpesong atau sebalik nya, sebab ramai sangat 'ulama' bagi fatwa dalam blog ni.
ReplyDelete