Agenda Plural dan fahaman liberal yang dibawa Anwar Ibrahim
bukan lagi satu rahsia. Walaupun Anwar
masih berdolak-dalih dan tidak berterus-terang mengenainya tetapi setiap
ungkapan, ucapan dan tindakannya menyerlahkan lagi pendiriannya dalam soal ini.
Anwar yang menyukai cara hidup bebas menemui keserasian
dalam liberalisasi Yahudi Zionis yang berpegang kepada keterbukaan atau
kebebasan tanpa batasan. Bagi
mengelirukan dan memperdaya masyarakat agar melihat perjuangan mereka sebagai
sesuatu yang benar, suci dan murni maka gologan berfahaman liberal ini merujuk
agenda mereka sebagai perjuangan membela ‘hak asasi manusia’.
Bagi menepati keinginan mereka untuk hidup bebas dan
terbuka, mereka berusaha memaksa manusia sejagat menerima bahawa yang buruk itu
baik dan yang baik itu buruk. Antaranya,
amalan homoseksual, lesbian, transeksual serta gejala pondan. Begitu juga dengan seks bebas.
Kesemua amalan buruk ini terbukti membawa kepada berbagai
penyakit serta kehancuran kepada struktur keluarga dan masyarakat, tetapi
golongan ini berjuang untuk
menobatkannya sebagai hak yang asas, atau semulajadi, bagi manusia, agar
mereka boleh mengamalkannya tanpa dipandang serong atau dihukum.
Bagi memastikan mereka berjaya memaksa manusia menerima idea
ini, maka mereka wajib terlebih dahulu menggoyahkan pegangan agama manusia
sejagat, terutamanya Islam.
Walaupun secara dasarnya semua agama melihat amalan buruk di
atas sebagai dosa dan salah, tetapi jelas hanya Muslim yang bersungguh-sungguh
memeranginya.
Justeru, terbukti bahawa pegangan agama Islam adalah jauh
lebih kukuh dan teguh berbanding agama lain, sekali gus menjadi musuh utama
pejuang fahaman liberal ini. Kerana itu,
Islam menjadi sasaran mereka tidak kira di mana, sejak dari dahulu dan
selama-lamanya.
Untuk itu, agen, boneka, NGO, media dan barua atau
balaci-balaci digunakan untuk mempromosi idea ini. Anwar, sebagai salah seorang pendokong
fahaman ini, dilantik sebagai ‘barua’ dan dinamakan sebagai bakal pemimpin
boneka bagi Malaysia.
Ini bermakna, Anwar bertanggungjawab memastikan agenda ini
tercapai di Malaysia dan mungkin juga di rantau ini.
Fahaman liberal Anwar diwarisi oleh Nurul Izzah, anaknya
juga bukan satu rahsia lagi. Ini
menjelaskan kenapa pemimpin PKR berada di belakang pejuang murtad seperti
Ambiga Sreevenasen dalam isu IFC serta turut cuba menutup isu murtad di
Selangor.
Malah, kumpulan dan pemimpin yang memperjuangkan LGBT di
seluruh dunia juga secara terbuka meluahkan sokongan kepada Anwar dalam kes
liwatnya. Sokongan itu juga adalah
konsisten dengan kenyataan Anwar yang menganggap bahawa undang-undang
homoseksual adalah lapuk.
Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan dengan kenyataan
Nurul Izzah yang merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk menghalang umat Islam
yang ingin murtad. Kenyataan ‘tidak
berlapik’ ini dikecam hebat oleh beberapa pihak termasuk aktivis PAS.
Namun, kenyataan oleh aktivis PAS bagi menyangkal pandangan
Nurul Izzah adalah tidak cukup.
Sebagai parti yang menggunakan Islam sebagai namanya, dan
Ulama sebagai simbol kepimpinannya, maka teguran atau kecaman terhadap
kenyataan Nurul Izzah dilihat terlalu bersifat politik dan tidak membawa
kesan.
Ini kerana, Nurul Izzah bukanlah ketua pertubuhan mana-mana
NGO yang tiada kena mengena dengan PAS.
Bukan juga wanita pingitan yang mana kenyataannya tidak akan membawa
kesan signifikan kepada sesiapa.
Tetapi, Nurul Izzah adalah pemimpin dalam parti sekutu
PAS. Lebih dahsyat, beliau juga adalah
anak kepada bakal Perdana Menteri yang dipersetujui sendiri oleh PAS.
Ini bermakna, kenyataan Nurul Izzah bukan sahaja membawa
pengaruhnya tersendiri tetapi ia juga merupakan kenyataan bapanya, iaitu bakal
Perdana Menteri PR jika memerintah negara ini.
Maka, pastinya, kenyataan tersebut bakal dilaksanakan dalam pemerintahan
PR.
Ini adalah sesuatu yang pasti, apatah lagi dengan sokongan
tidak berbelah bagi DAP yang begitu tegar, lantang dan degil memperjuangkan
negara sekular. Tidak perlu dijelaskan
lagi bahawa fahaman liberal Anwar dengan Negara Sekular DAP mempunyai
persamaannya yang tersendiri.
Justeru, sekiranya PAS masih lagi hanya ‘mengecam’ kenyataan
Nurul Izzah, tetapi tidak mengambil
tindakan signifikan untuk menyatakan ketegasan dalam membela akidah, maka tidak
salah jika dikatakan bahawa PAS juga bersubahat dalam menjayakan perjuangan
Yahudi Zionis untuk melonggarkan pegangan agama umat Islam di Malaysia serta
menyebarkan pluralisme.
Hakikatnya, PAS hanya ada dua pilihan, iaitu terus menjadi
rakan subahat golongan ini atau meninggalkan mereka dengan keluar parti. Tiada jalan tengah lagi.
Apa salah manusia berubah agama ? Agama yang baik tak takut tiada penganut melainkan agamanya yang bermasalah ! Agama yang baik tak harus paksaan dan harus mengikut zaman bukan terlalu mengikut zaman lama. Agama adalah untuk kepercayaan individu malangnya ada agama sudah diperalatkan untuk kuasa politik menjadi dunia ini tidak aman......
ReplyDeleteorang umno mana pulak la create blog busuk nih.. lagi buat orang meluat.. puiii.. org umno sendiri pun tak nak baca blog nih.. sekali nie je aku jengah ekk.. sbb tak tahan bau blog nie busukkk.. tapi aku rasa tuan dia lagiii busukkkkkk...
ReplyDeleteNurul Izzah dalam hot soup semua orang nak tumpang semangkuk
ReplyDeleteBAGUSLAH ANAK BERANAK DAH SESAT BODOH PUNYA ORANG BAGUS LAH ORANG PERTAMA YANG AKAN TUKAR AGAMA NURUL IZZAH DAN KLUARGA NYA SEKELIAN..
ReplyDeletedahlah murtad ikut ajaran sesat mana lah nurul izzah suka hati kau je bercakap apa punya maknusialah dia ni..
ReplyDelete