Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu
kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat
keterlanjurannya sendiri, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil
keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.
Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan
berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai
sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut
jawapan konkrit.
Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang
agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan
mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat. Dengan kata
lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.
Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa &
Associates pada 23 November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR
itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.
Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik
balik tuduhan fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau
tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki.
Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal
mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan
keterlanjuran mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali.
Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika
ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman? Mengapa portal berita yang bias
kepada PR iaitu Malaysiakini terkecuali dari tindakan?
Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan
kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang
Melayu ialah portal Malaysiakini yang pro pembangkang.
Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di
bawah tajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith"
menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan
perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".
Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud
bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata
lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan
murtad.
Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu
ditakrifkan wajib beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya
Islam, itu hakikat dan itu realiti. Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur
dengan tebing.
Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila
Malaysiakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh
portal itu adalah benar, tidak begitu?
Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala
Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman
kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard.
Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan,
bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang
sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja.
Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam
samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba
menipu rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar
belitkan kisah sebenar.
lalalala....tunggu pembalasan PRU13..Anwar & The Gang akan lenyap dari politik malaysia..
ReplyDeleteAda satu cerita...teka teki
ReplyDeleteSeorang pelacur di sebuah lorong kotor ( somewhere dipinggir bandaraya) telah didatangi seorang pelanggan yang selalu melangganinya ( Namanya Mkini, nama Awang Hitam). Tapi disebabkan malam tersebut pertengahan bulan, dia tidak cukup duit tapi terlalu gian untuk membalun. Pelacur tersebut kata " takper la bang malam ni saya bagi diskaun."
Selepas melempias, Mkini keluar dari bilik dan jumpa seorang kawan Awang Hitam lain bernama Utmasia,dan memberitahu malam tersebut dia dapat diskaun. Utmasia pun masuk jumpa pelacur tersebut tapi diminta bayar 2 kali ganda dari caj biasa, Utmasia bayar harga yang dikenakan.
Utmasia disaman oleh pelacur tersebut sebab membaluninya dan juga kerana membayar 2X harga biasa. Apa sebabnya??
Nurul ni dah sesat macam bapa dia... bila dah kantoi nak cover dgn saman Utusan pula... harap Utusan akan saman balik nurul tu..
ReplyDelete