Monday, October 15, 2012

Panas! Hadi kata untung bekerjasama dengan kafir!


KUALA TERENGGANU  - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin kerjasama dengan DAP tidak akan merugikan parti itu pada masa depan malah strategi itu memberikan harapan ke arah kemenangan lebih besar.

Menurutnya, Pas hanya mahukan sokongan dan undi kaum Cina, justeru bagi tujuan itu, Pas akan terus bekerjasama dengan DAP kerana beliau percaya kebangkitan Pas secara beransur-ansur adalah hasil usaha seumpama itu.

Katanya, sebelum ini, hasil kerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN), pengaruh Pas berkembang di semua kementerian dan pusat pengajian tinggi dan kemudiannya berjaya menguasai Kelantan melalui kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46.

"Hasil kerjasama dengan PKR dan DAP pada 1999, Pas berjaya menawan Terengganu dan kerusi Pas melonjak di Pantai Barat. Pada 2008, kita mara lagi apabila pakatan pembangkang menang di lima negeri iaitu Kelantan dipertahankan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Apa ruginya, tak ada.

"Kita nak dapat undi orang Cina," katanya sambil merujuk contoh kemenangan Dr. Mariah Mahmud di Kota Raja melawan calon MIC ketika ditemui semasa program Sepagi Bersama Presiden Pas di Ma'ahad Tahfiz Tok Jiring di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa Pas hanya membantu memperkukuhkan DAP dengan memenangi lebih banyak kerusi dan bukan sebaliknya.

Utusan

Cili Padi : "Kita nak dapat undi orang Cina,"... Agama selamba dilacurkan kerana kemaruknya undi Cina... Sanggup jadi anjing cina asalkan impian nak tawan putrajaya tercapai...

2 comments:

  1. aku org melayu islam yg berakal dan beriman jgn harap pas nak undi dari aku.

    ReplyDelete
  2. umno kawan dgn mca, mic dan gerakan di tuduh kafif dan di hina kini kawan pas dap terang terang x sokong islam di halalkan pulak...no undi for pas this time..n forever pas+ dap+ pkr= soros/ yahudi

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH