Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya kepada media pada 13 Oktober 2012 yang lalu mengakui hasil bersekedudukan dengan DAP telah memberi pelbagai keuntungan kepada PAS, antaranya termasuklah membolehkan PAS menguasai Perak.
Beliau juga mengesahkan kejayaan PAS menawan Kedah dan
Kelantan dalam PRU 12 yang lepas adalah berkat adanya kerjasama politik dengan
DAP. Kelihatannya seperti Hadi memperakui tanpa bantuan DAP, PAS tidak mungkin
menawan Kedah dan sukar untuk mengekalkan Kelantan.
Jelas dari kenyataannya itu, Hadi memperakui hasil kerjasama
dengan DAP hanya menguntungkan PAS dan tidak pula beliau menyatakan bahawa
hasil kerjasama songsang itu telah memberi manfaat pada Islam dan umatnya atau
sebaliknya.
Menguntungkan PAS tidak bermakna ia menguntungkan Islam.
Bukan begitu?
Memang benar kata Hadi bahawa hasil hubungan terlarang parti
pimpinannya dengan DAP telah memberi nikmat keuntungan duniawi buat memuaskan
hati dan mengisi tembolok pemimpin PAS.
Dari segi keuntungan diri sendiri, memang ramai pemimpin PAS
yang memperolehi manfaat termasuklah secara tiba-tiba menjadi orang kaya baru
serentak dengan perlantikan sebagai Yang Berhormat.
Masing-masing berpeluang menyandang jawatan berprestij dalam
agensi dan jabatan negeri dengan gaji yang lumayan dan berkali ganda lebih
besar berbanding kerjaya sebelumnya.
Kereta MB dan exconya pula bertukar ganti dan rumah wakil
rakyat pula berubah dari kecil menjadi sebesar-besarnya. Di masa yang sama ada
juga yang berpeluang menikmati pendapatan tambahan melalui komisyen dari
pelbagai projek dan tender kerajaan.
Namun dari segi manfaat untuk umat dan agama Islam itu
sendiri, hakikatnya telah banyak yang tercabar, tercalar dan terjejas dek
kerana PAS terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam.
Sejak 4 tahun lalu, para pemimpin DAP semakin berani
mempertikaikan pelbagai hak dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam
kerana yakin mereka telah berjaya menundukkan PAS tambahan pula dikalangan
pemimpin PAS sendiri terlalu kerap tunduk patuh pada semua tuntutan DAP.
Gara-gara keterlanjuran PAS terlalu mahu menjaga hati
pemimpin DAP, impaknya menyebabkan kalimah Allah s.w.t tercabar kesuciannya
malah sengaja digadaikan oleh pemimpin PAS demi untuk memenuhi tuntutan DAP
yang mahukan kalimah tersebut diguna sama oleh pendakwah kristian.
Laungan azan dan bacaan ayat suci Al-Quran sementara menanti
masuknya waktu Subuh kini kian dipertikaikan oleh rakan sepakatan PAS, semuanya
atas dasar hak asasi manusia manakala di pihak PAS pula tanpa berselindung
terus saja tunduk memperlahankan laungan azan dan bacaan Al-Quran.
Manakala itu, tradisi perarakan Maulidur Rasul yang sudah
berpuluh tahun tidak pernah dicuit atau dipertikaikan, tiba-tiba sahaja
dipersoalkan oleh rakan sekedudukannya kemudian tak semena-mena dibatalkan
tanpa sedikitpun dipertahankan oleh pemimpin PAS.
Pendakwah Kristian dan pemimpin politik Cina DAP juga
semakin berani mendekati orang Melayu Islam sambil menawarkan bantuan kebajikan
sambil menerap nila-nilai Kristianiti, kesannya masalah murtad yang suatu
ketika dulu pernah menjadi musuh utama PAS kini bagai dipandang sepi saja.
Tidak cukup dengan cabaran-cabaran sedemikian, PAS juga
gagal ke depan mempertahankan dasar dan polisinya berkaitan hukum hudud dan
negara Islam. Demi kerana DAP, kedua-duanya tak mampu disenaraikan dalam buku
jingga malah dalam bajet 2013 pakatan pembangkang juga perihal agama Islam
bagaikan tercampak ke tepi.
Jika beberapa senario di atas masih dianggap oleh Hadi amat
menguntungkan PAS, benarlah kata-kata itu kerana ia memang menguntungkan PAS
dari segi untuk kepentingan diri pemimpinnya, namun di masa yang sama
hakikatnya Islam dan umatnya sejak 4 tahun lalu terus menerus mengalami
kerugian.
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH