Friday, August 2, 2013

Panas! Pembunuhan dan Tembak-Menembak adalah rancangan Kerajaan?


Kalau dah namanya pecacai Pakatan Rakyat, taraf dan tahap otak serta daya fikir mereka cukup daif dan miskin. Semenjak Anwar Ibrahim memperkenalkan konsep KONSPIRASI untuk menghalalkan perbuatannya meliwat dan berseksual di luar tabie pada tahun 1998, sehinggalah sekarang, segala perkara yang gagal mereka jelaskan atau cuba lari daripada bertanggungjawab, akan dikatakan sebagai KONSPIRASI.

Jenayah tembak-menembak yang sedang berleluasa sekarang, sebenarnya lebih banyak melibatkan media. Media tertarik untuk mendedahkan kes-kes berkaitan dengan kesan daripada penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat. Lebih banyak pendedahan yang dibuat oleh media, tidak bermakna berlakunya peningkatan kes berkenaan, sebaliknya menunjukkan penghapusan undang-undang tersebut, menambahkan lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat negara ini.

Bagaimanapun, para pecacai Pakatan Rakyat tidak faham. Mereka fikir, kalau media dedahkan, barulah wujud kes berkenaan. Kalau media tidak dedahkan, maknanya kes tidak wujud.

Pakatan Rakyat dan NGO-NGO yang beria-ia berhujah kononnya, undang-undang pencegahan adalah undang-undang kejam, sekarang ini sibuk pula menyalahkan kerajaan kerana mengikut cakap mereka. Paling menakjubkan ialah apabila mereka yang begitu pinar mencari alasan untuk menentang, tiba-tiba pula bersetuju sewaktu pembentangan usul memansuhkan Ordinan Darurat dan ISA dibuat di Parlimen untuk digantikan dengan dua undang-undang baru.

Malah pada ketika, kerajaan yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak mencadangkan agar undang-undang baru untuk menggantikan kedua-dua kanun berkenaan, lebih ketat, Pakatan Rakyat jugalah yang paling kuat memekak dan menjerit.

Dan sekarang, apabila kesan daripada perbuatan mereka itu menunjukkan bahawa tahap keselamatan rakyat dan penduduk negara ini tidak terjaga, mereka segera mencari jalan menyalahkan pihak lain, bukan mereka sendiri yang mencetuskan huru-hara hanya untuk memastikan undang-undang pencegahan dihapuskan tidak lama dahulu.

Sekarang, mereka sudah dapat melihat kesan daripada perbuatan mereka. Mereka sedar, dengan janji Najib Abdul Razak bahawa undang-undang pencegahan baru akan diusulkan untuk menamatkan sayembara jenayah keganasan bersenjata api, matlamat mereka untuk menunjukkan kononnya Pakatan Rakyat lebih bijak dan lebih terus mata berbanding Barisan Nasional akan lenyap begitu sahaja.

Justeru, para pecacai Pakatan Rakyat sudah mula digerakkan untuk memberikan gambaran kononnya segala kejadian jenayah berkenaan adalah rancangan pementasan kerajaan sepertimana yang mereka tuduhkan dalam tragedi serangan lanun Sulu di Sabah bulan Mac lalu. Kata mereka, kejadian jenayah itu sengaja dirancang dan dibuat oleh kerajaan dengan bantuan polis agar undang-undang pencegahan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat akan dikembalikan untuk dikuatkuasa.

Seharusnya, mereka menyalahkan diri sendiri dengan jenayah tembak-menembak yang sedang berleluasa sekarang ini. Apatah lagi dengan pembebasan lebih 2000 orang penjenayah kelas pertama di bawah Ordinan Darurat mulai memberikan kesan kepada keselamatan rakyat.

Sepatutnya juga, Pakatan Rakyat bekerjasama dengan kerajaan dan polis untuk mengembalikan keamanan dan kepercayaan pelabur luar kepada keselamatan negara ini, bukannya terus berpolitik dan menyalahkan Perdana Menteri.

Sebabnya mudah, mereka yang beria-ia mendesak dan melakukan tekanan agar undang-undang pencegahan dihapuskan. Sekalipun telah diberitahu bahawa tindakan dan keputusan menghapuskan undang-undang pencegahan itu akan memburukkan lagi tahap keselamatan, namun Pakatan Rakyat banyak helah dan alasan untuk menghalalkan perbuatan mereka.

Nah, sekarang masanya untuk membuktikan yang mereka benar-benar bertanggungjawab. Seharusnya mereka yang terlebih dahulu menggunakan kuasa yang ada untuk mengembalikan apa yang perjuangkan untuk dihapuskan sebelum ini. Tak perlulah terus menyalahkan Najib Abdul Razak atau polis sebaliknya salahkan diri sendiri kerana gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap majoriti rakyat yang membenci penjenayah.

Dan terlebih penting, tak perlulah mencipta lawak dengan menyatakan segala permasalahan adalah pementasan dan drama kerajaan kerana ianya benar-benar berlaku dan kerjasama semua pihak di negara ini diperlukan untuk memastikan negara ini terus aman dan sentosa.

16 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Kami memohon jasa baik agar dapat linkkan Rakyat News di blog anda.

    Sekian, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.


    Ikhlas dari,

    Rakyat News

    http://www.rakyatnews.my/

    ReplyDelete
  2. Najib ah Gib Gor tak namapak kah , Nak jatuhkan Sesebuah Kerajaan jatuihkan Polis.. Bila rakyat Benci Polis meka akan benci Kerjaan.. Keselamatan dan keamana kini tidak ada, Di man KPI yg Idris Jalang katakan itu.. Bangga dgn statistik atas kertas, Yang kena rompak ramai yg buat repot sikit sebab rakyat da tak yaikin dgn sistem perundangan kita, Polis dan Peguam Negera dan Kerajaan 1 Malaysia yg gagal..

    ReplyDelete
  3. INILAH MASALAHNYA SIKAP ORG2 KITA DULU BUKAN MAIN LAGI SURUH NAJIB BATALKAN ISA DAN EO. SEKARANG BILA DAH BERLAKU MCM INI SALAHKAN KERAJAAN JUGA. MMG KRG NI JENIS YG TAK RETI NAK CKP BENDA YG BERNAS KAN. KEJAP MANSUH KEJAP ADAKAN BALIK IGT INI BISKUT CHIPSMORE KE. BILA POLIS BERKASAR SIKIT DGN ORG AWAM MULALAH TUDUH POLIS NI MCM PENGANAS. MMG SUSAH NAK FAHAM APA YG SEBENARNYA KRG NAK KAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang suruh batalkan ISA dan E.O. Mira Edora? Yang menyuruh batalkan undang-undang itu adalah Pakatan Rakyat, ramai ahli akar umbi UMNO dan NGO bumiputera menentang pemansuhan ISA dan E.O., tapi apakan daya, Najib lebih mengutamakan Pakatan Rakyat berbanding dengan ahli akar umbi sendiri.

      Sila kamu semak kembali yang melalak di jalan raya minta E.O. dan ISA dimansuhkan adalah Pakatan Rakyat, ahli akar umbi UMNO tak pernah minta itu semua, jadi janganlah kerana nak membela kegagalan Najib hinggakan ahli akar umbi UMNO yang tak bersalah dijadikan kambing hitam pula.

      Kepada Najib, lebih sertai DAP atau PKR sajalahlah kerana selama ini permintaan DAP dan PKR dipenuhi dengan susah payah oleh Najib sedangkan permintaan ahli akar umbi UMNO tak ada pun Najib nak ambil peduli.

      Sedarlah ahli UMNO sekalian, pemilihan UMNO hujung tahun ini kita perlu tumbangkan Najib dan kuncu-kuncunya iaitu Hishammuddin, Khairy, dan Nazri Aziz untuk memulihkan UMNO, jika masih lagi pilih Najib, maka sedarlah itu semua ibarat mencurahkan petrol ke atas rumah yang sedang terbakar, akhirnya UMNO boleh punah dan hancur begitu sahaja jika masih membiarkan Najib berkuasa kerana bumiputera akan disingkirkan hingga merempat di negara sendiri, masalah ekonomi akan makin bertambah serius, masalah keselamatan akan jadi bertambah dahsyat, negara ini boleh punah ranah dengan dasar-dasar tongong Najib dan kuncu-kuncunya itu.

      Oleh itu sedarlah semua.

      Sekian, terima kasih.

      Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Encik Mohamad.
      Nasionalis Melayu

      Delete
  4. lawak gila kot tahap pemikiran yg sgt bodoh dan kolot oleh pembangkang yg kejadian jenayah itu sengaja dirancang dan dibuat oleh kerajaan dengan bantuan polis agar undang-undang pencegahan iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Ordinan Darurat akan dikembalikan untuk dikuatkuasa.banyak lagi kerja kerajaan dan Polis utk dilakukan takde masa nak buat benda2 bodoh ni semualah.

    ReplyDelete
  5. bersyukurlah kita kerana Polislah kita masih dok dlm keadaan aman dan damai kat negara kita ini dan bukannya mcm pelarian seperti negara islam yg lain.

    ReplyDelete
  6. tak hbs2 dgn memfitnah kerajaan yg bkn2 puak2 pakatan ni kan sedangkan kerajaan yg selalu membantu rakyat dlm segala hal yg berkaitan dgn keselamatan negara di mana polis di negara kita lebih bagus berbanding dgn polis di negara luar.

    ReplyDelete
  7. aq rasa kena jentik telur sekor puak pembangkang ini nanti baru ada akal utk berfikir cara waras sebab sekarang ni asyik dok melalak aje menyalahkan kerajaan dan menuduh bkn2 pada kerajaan sedangkan kerajaan dah buat yg terbaik utk kita semua selama ini demi menjaga kesejanteraan negara kita.

    ReplyDelete
  8. Dulu penyokong pembangkang kata penyokong kerajaan ni bodoh.......tetapi situasi sekarang membuktikan bahawa sebenarnya penyokong pembangkanglah yang paling tersangat-sangat bodoh bebal bangang dan tolol.....apa kamu rasa? oren?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang bijak tetap aku .

      Delete
  9. Aku rasa sekarang ni penyokong kerajaan yang bodoh.Sebab pembangkang boleh minta apa saja tapi siapa yang tunaikan?Adakah Anwar atau Kit Siang?Tidakkan.Yang tunaikan adalah PM yang nama Melayu-Najib Razak tapi malu nak guna nama melayu maka ditukar ke nama cina Ah Jib Gor.Tak pernah aku lihat PM paling bodoh dalam sejarah Malaysia. Memang confirm lingkup negara kita ada orang macam ni.

    ReplyDelete
  10. pak lah n Bajib @ Ah Jib Gor = Memang Bodoh. Kalau PM ikut desakan Pembangkang Apa guna Jadi PM tak ada pendirian, No Hope for This Ah Gib Gor Nama pun sanggup tukar demi Undi Cina yang Tak Dapat PUN..Najib BN menang sebab kita orang tak mahu Nuar Brahim tau Lim Kit Siang Bukannya Sokong Najib 1 Malaysia Yang Gagal itu

    ReplyDelete
  11. Pkr mmg busuk hati buruk sangka (sbb hati mereka yg sudah hitam gelegam) berhasad dan penjenayah kpd bangsa sendiri agama dan negara. Otak pon berfikir seperti longkang penoh dgn najis berdengki tidak tulus tidak ikhlas tidak jujur untok mengendali negara. Dgn Allah pon membangkang tidak boleh menerima kenyataan tidak meredhai ketentuanNYA. Dan sanggup meliwat agama sendiri menjadi munafiq.
    Tempat mu? Di neraka jahanam di kerak paling bawah skali. ALlah akan hapuskan kau in sya Allah . Demi Masa.

    ReplyDelete
  12. "Dato Azeez Rahim Chairman Tabung Haji Keling Penyamun Duit Umat Islam.

    Bagaimana seorang yang kaki SPA boleh diangkat untuk menjadi Chairman lembaga Tabung Haji? Mengapa Azeez Rahim yang memang cukup terkenal dengan kegiatan Conman dipilih untuk menerajui satu badan yang cukup sensitif dengan umat Islam?

    Sudah tidak ada lagi mereka yang layak didalam Malaysia ini sehinggakan kaki melanggan pelacur ditempatkan dikerusi yang sepatutnya bersih imej nya. Dalam bergelar chairam Tabung Haji Azeez Rahim masih melanggan pelacur dengan meletakkan moral yang rendah serta mencalar imej tabung Haji.

    Siapa pilih Azeez Rahim menjawat jawatan terpenting didalam Tabung Haji? Makan gaji buta nampaknya Jamil Khir Baharom menteri Agama bila meletakkan penyamun tarbus di tabung haji. Pecat Jamil Khir yang bodoh dan makan Gaji buta. Azzez Rahim dipilih Jamil Khir nampaknya jamil ni takde otak jual agama agaknya.

    Chairam Tabung Haji Azeez Rahim mamak keling penipu, curi duit cina dan sapu pelacur untuk hidup mewah. Curi duit tauke cina meniaga haram lepas tu beli tilam dan basikal konon nak tunjuk duit dia. Dasar penyamun tarbus Azeez Keling. Lepas ni habis duit tabung haji keling ni samun.

    Azeez Rahim Chairman Tabung Haji perguna nama Tun Mahathir untuk diletakkan di Tabung Haji. Jangan jual nama Tun M, keling macam Azeez Rahim penyamun tak sama dengan Tun Mahathir. Lingkup lah tabung haji kalau dibiarkan Azeez Rahim terajui Tabung Haji.

    Sejak bila syarikat GLC dipaksa menyalurkan sumbangan secara paksa kepada Tabung Haji? Azeez Rahim tak fikir dan ambil kira duit derma tu halal atau haram? Syarikat glC bagi derma secara paksa kepada tabung haji tapi si Keling Azeez Rahim curi separuh duit derma.

    Pilih lah orang lain jangan pilih aziz. Jamil khir takde otak pilih kaki langgan pelacur jadi ceo tabung haji.

    Dah berapa banyak org bagi duit bayar azez nak dapat projek. Kalau aziz kena tangkap dalam lokap sah akan ada 50 lagi report pasal aziz pasal ramai geran aziz ambik duit. Ramai yang tunggu nak buat laporan pasal Azeez Rahim Keling." ---@ betul ke ni? nilaikan lah

    ReplyDelete
  13. Yang nak ikut sangat kehendak pembangkang..kenapa.....adesssss

    ReplyDelete
  14. Azeez Rahim a.k.a pengerusi tabung haji kalau dok buat perangai songlap, ambik komisen 10% untuk memang nak kena cop 'makahai' . Dah lama orang bercerita Tabung Haji ni tempat menternak kroni-kroni, tukang kaut percentage untuk macam-macam projek, malah masa zaman Azeez Rahim jadi one the CEO lagi , mustahil buaya nak tolak bangkai kalau dah terhidang depan mata . SPRM kena siasat unsur-unsur rasuah dan kronisma dalam TH ni , kita risau bila Azeez Rahim naik jadi pengerusi makin buruk imej Tabung Haji. Bukan semua orang boleh terpedaya dengan lakonan baik, alim dan warak yang ditunjuk oleh Azeez, cerita belakang tabir ramai dah terkena . Malah sketsa Mr Ten Persen dah ditulis semula oleh seorang blogger berdasarkan pengalaman beliau berurusan dengan Azeez Rahim , nak tau apa ceritanya tolong baca link ni http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/08/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_7790.html

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH