Dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah
Alam Convention Centre baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
telah mengumumkan bahawa 20 pemimpin kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri
Kerajaan Pusat sekiranya parti tersebut berjaya menawan Putrajaya dalam PRU-13
nanti.
Walaubagaimanapun, senarai nama mereka yang dijangka
dilantik tidak disebut tetapi menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi
Shafiei, sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan
timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan
politik tanah air, di samping memberi peluang kepada anggota parti yang
berpotensi.
Pengumuman ini, seperti dijangka, telah ditempelak DAP
kerana ianya tidak pernah dibincangkan langsung dalam mana-mana mesyuarat
Pakatan Rakyat.
Mana tidaknya kerana DAP sendiri telah pun menyenaraikan 30
pemimpin dan anggota parti itu bagi mengisi jawatan Menteri dan Timbalan
Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.
Namun, perkara ini belum dibawa ke mesyuarat PR memandangkan Anwar belum
menetapkan agenda khas untuk membincangkannya setakat ini.
Lebih menarik lagi, sumber-sumber dalaman parti PAS juga
memberitahu bahawa PAS sendiri telah menyediakan senarai nama 30 orang pemimpin
dan anggota parti itu untuk dikemukakan ke mesyuarat PR sebagai bakal Menteri
dan Timbalan Menteri jika berjaya menawan Putrajaya.
Nampaknya, parti-parti sekutu PR masing-masing ‘menyimpan’
sendiri nama-nama bakal Menteri dan Timbalan Menteri yang akan mereka lantik
tanpa mendedah atau berkongsi maklumat walaupun sesama sendiri. Kerana itu, PR masih gagal mengenalpasti
‘bayang-bayang’ mereka yang boleh disenaraikan dalam Kabinet Bayangan sehingga
kini.
Bagi sebuah parti yang begitu kemaruk, tidak sabar dan tidak
tertahan-tahan lagi untuk menjadi pemerintah, kegagalan PR mengumumkan Kabinet
Bayangan sehingga ke saat ini amatlah pelik.
Sedangkan mereka cukup maklum bahawa Pilihanraya akan diadakan bila-bila
masa saja dalam waktu terdekat ini.
Sebenarnuya, masalah PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan
bukan hanya terletak kepada kesukaran untuk mencari calon yang layak dan
sesuai, tetapi yang lebih kritikal ialah untuk mendapatkan persetujuan semua
pihak dari semua parti sekutu dari segi calon dan juga jumlah wakil dari setiap
parti.
Anwar sebagai PM tidak mungkin boleh mengumumkan tiga
kabinet berasingan kerana ia akan menyebabkan memerintah dan mentadbir negara
menjadi sesuatu yang mustahil. Justeru,
Anwar tidak ada pilihan selain dari mempertimbangkan semua nama-nama yang
disenaraikan oleh kesemua parti untuk jawatan kabinet.
Jika ini berlaku, maka kabinet PR pastinya akan tercatat
dalam sejarah sebagai kabinet paling besar dengan sekurang-kurangnya 80 Menteri
dan Timbalan Menteri. Ia juga pasti akan direkodkan sebagai yang paling
membazir dalam sejarah.
Dengan begitu ramai Menteri, Anwar mungkin boleh
‘merekacipta’ berbagai portfolio baru atau memecahkan satu-satu portfolio
kepada beberapa bahagian. Contohnya,
tiada lagi Menteri Pengangkutan secara umum, tetapi akan diwujudkan Menteri
Kereta, Menteri Kapal Terbang, Menteri Motorsikal atau Menteri Jet
Peribadi.
Mungkin ini saja penyelesaian yang logik bagi Anwar untuk
memastikan pakatan pembangkang tidak bertelagah apabila memerintah.
Namun begitu, di sebalik kesukaran PR untuk menyediakan
Kabinet Bayangan, satu perkara yang tidak kurang kritikalnya bagi parti itu
ialah sikap bakal Perdana Menteri mereka sendiri, iaitu Anwar Ibrahim, yang
cenderung menjadi kuku besi.
Perhatikan bagaimana Anwar dengan selamba telah mengumumkan
20 orang Menteri dari parti PKR tanpa meminta pandangan atau berbincang dengan
DAP mahupun PAS. Anwar seolah-olah
‘terlupa’ akan tanggungjawabnya untuk mendapatkan persetujuan semua.
Belum pun menjadi Perdana Menteri, sudah terserlah sikap
kuku besi Anwar. Bayangkan jika beliau
menjadi Perdana Menteri nanti. PAS
mungkin tidak punya pilihan selain dari mengangguk dan mengiakan segala
perintah Anwar kerana kepimpinan parti tersebut telah 90% dipengaruhi puak
Anwarinas.
Tetapi, bagaimana dengan DAP yang begitu yakin bahawa Anwar
berada dalam genggaman mereka?
Apakah DAP pasti yang mereka mampu menguasai Anwar
nanti? Apakah DAP pasti yang segala
rahsia gelap Anwar yang ada dalam tangan mereka mampu mengikat Anwar? Tidakkah DAP sedar bahawa segala rahsia gelap
Anwar sudah pun menjadi rahsia umum seluruh dunia? Oleh itu, apakah rahsia tersebut masih
mempunyai nilai peras-ugut?
Hakikatnya, kesukaran PR untuk menyediakan Kabinet Bayangan
ini telah membantu memudahkan rakyat untuk membayangkan keadaan negara di bawah
pemerintahan mereka; iaitu kacau bilau dan huru-hara dengan begitu ramai
Menteri dan begitu ramai pula yang berperanan sebagai dalang kepada Perdana
Menteri yang kuku besi.
blogger ni lupa satu portfolio menteri pengangkutan laut!
ReplyDelete