Thursday, September 27, 2012

Ngeh Koo Ham harus letak jawatan



Kenyataan kontroversi Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mempersoalkan penentangan filem Innocence of Muslims baru-baru ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan umat Islam tetapi juga masyarakat India dan Cina di negara ini.

Buktinya, lebih 30 masyarakat Cina dan India dari sekitar Jalong dan Karai mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan wakil rakyat Sitiawan itu yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.
Sebahagian daripada mereka membawa sepanduk tertera perkataan ‘Ngeh Koo Ham Perlu Bertanggungjawab’, Mohon Maaf Bukan Satu Jalan Penyelesaian dan ‘Ngeh Koo Ham Perlu Letak Jawatan’ sebagai bantahan keras terhadap tindakan wakil rakyat pembangkang itu yang juga merupakan Ahli Parlimen Beruas.
Salah seorang daripadanya, Ng Eng Hock, 50, dari Karai, berkata Koo Ham perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kenyataannya yang membangkitkan kemarahan umat Islam, sekaligus menjejaskan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini.
Tambah beliau lagi, keadaan negara yang aman akan menjadi kacau bilau apabila ada pihak menyentuh sensitiviti agama yang dianuti rakyat.
“Kita ingin menasihatkan beliau (Koo Ham) supaya tidak mengulangi kenyataannya sebelum ini yang boleh mencetuskan kacau bilau di negara ini.
“Sebagai pemimpin, mereka perlu bercakap perkara yang benar dan tidak berbohong bagi memastikan semua kaum di negara ini tidak kira kira Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan aman tanpa kacau bilau,” katanya lagi.
Sementara itu, K Samyvellu, dari Karai pula berkata, adalah tidak mustahil jika pemimpin DAP itu akan menyentuh isu agama kaum lain di negara ini jika tiada tindakan tegas diambil terhadapnya.
Tindakan biadap Koo Ham itu katanya, wajar menjadi pengajaran kepada pemimpin politik lain supaya tidak menyentuh sensitiviti agama yang diamalkan rakyat di negara ini.
“Beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya dengan meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Perak di atas kenyataannya yang mempersoalkan penentangan terhadap filem Innonce of Muslims oleh umat Islam di negara ini,” tegasnya lagi.

Sumber : Perak Today

5 comments:

  1. paling kuat cina ni hanya akan seNGEH je. tanda terkejut sepupunya akan terngaNGA...

    ReplyDelete
  2. Melayu/Islam yg menyokong NGEH ini mmg tergolong dlm golongang yg NGANG, NGOK dan NGONG.....

    ReplyDelete
  3. Wajib kita semua boikot Old Town White Coffee kerana company tu Ngeh Koo Ham punya !!! Sila baca..lancarkan gerakan BOIKOT BESAR-BESARAN SELURUH MALAYSIA !!!

    http://riziqin.blogspot.com/2012/09/respect-islam-rakyat-wajib-boikot-old.html

    ReplyDelete
  4. Ngok ni mmg ngok bodoh nak mampus... Tp ada melayu yg lg ngok dr dia blh sokong dia plak... Eee tension aq dgn drg ni rasa nk hentik je telur sekor2 termasuk dgn ngeh ni

    ReplyDelete
  5. Ngeh mempergunakan melayu tp melayu tak nampak benda ni

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH