Tuesday, September 25, 2012

Ngeh Koo Ham dihentam Parti sendiri!

Kekecohan yang berlaku pada Konvensyen  DAP Perak ke-17 yang berlangsung semalam, menimbulkan tanda tanya apakah parti itu sedang bergelut dengan masalah dalaman parti yang kronik.
Kebijaksanaan pemimpin tertinggi yang cuba menyembunyikan sengketa yang berlaku ternyata gagal apabila konvensyen tersebut bertukar panas dan menjadi medan kepada ahlinya untuk mengkritik Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham.
Koo Ham menjadi sasaran oleh ahlinya sendiri berikutan beberapa kontroversi yang dicetuskannya termasuklah tindakan terbarunya yang mempersoalkan tindakan umat Islam menentang penayangan filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.
Platform yang sepatutnya menjadi medan membincangkan isu berkaitan negeri dan nasional bertukar menjadi ruang untuk perwakilan melontarkan peluru mengutuk kepimpinan DAP negeri yang diterajui oleh Koo Ham.
Suasana mula panas apabila Koo Ham didakwa menggunakan akhbar Cina mengkritik ahli parti yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa.
Koo Ham dilihat semakin tidak senang duduk apabila Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O.P Syed Ibrahim mempersoalkan kepimpinan negeri yang didakwa menggunakan media untuk kepentingan politik.
Beberapa perkara lagi telah dibangkitkan oleh perwakilan termasuklah mengkritik kenyataannya yang membangkitkan isu agama Islam di laman twitter yang telah mendapat kecaman ramai pihak.
Rata-rata ahli DAP tidak berpuas hati dengan tindakan Koo Ham yang dilihat telah mematahkan usaha parti itu untuk menarik sokongan bukan Cina untuk menyertai DAP.
Ternyata, apa yang berlaku pada konvensyen itu bukanlah sesuatu yang dijangka oleh Koo Ham apabila satu demi satu tindakannya dikritik hebat perwakilan.
Nampaknya, cita-cita untuk mengembalikan kuasa pembangkang di Perak kini tinggal angan-angan memandangkan pemimpinnya sendiri membunuh segala penat lelah dan gerak kerja yang dilakukan ahli di peringkat bawahan.
Ketaksuban dan keghairahan pemimpin tertinggi parti itu untuk menawan Putrajaya kini terjejas dengan tindak-tanduk terbaru Koo Ham itu yang membuka mata umat Islam betapa bencinya DAP dengan Islam, apatah lagi membenarkan PAS untuk memperkenalkan hukum hudud di negara ini.
Selain itu, pemimpin PAS negeri juga hanya berdiam diri apabila Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan tindakan umat Islam menentang filem itu, seolah-olah mulut mereka sudah dikunci rapat dan tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu.
Anehnya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan PAS Johor tampil menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan Koo Ham itu, sebaliknya pemimpin PAS Perak hanya diam membisu.
Rakyat Perak pastinya ingin tahu di manakah pendirian PAS Perak dalam hal ini kerana tindakan Koo Ham itu yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam di negara ini.

Perak Today

3 comments:

  1. apa nak dibisingkan terhadap komen ngeh tuu... lg pun dia dah minta maaf atas kesilapannya......

    Rasul sendiri bersikap terbuka terhadap mereka2 yg caci maki dan khianatinya semasa hidupnya.... baginda sendiri memaafkan terhadap musyrikin mekah bila dihari kemenangan menguasai kota mekah..

    Banyak kisah2 kehalusan budi Nabi yg dihina oleh kafir & munafik itu...

    Sikap berjiwa besar dan tolenrasi tinggi Rasul SAW ni... akhirnya seluruh kafir quraish terima Islam...

    mengapa kita tolak sunnah Nabi ni?

    melayu, manusia mulia keran Islam!

    ReplyDelete
  2. Oit ano 10.33 apa mslh ko ha... Jgn nak main cr lembut plak lah klu kita asik bg cina pijak kepala kita lama2 kita akan drg jdkan kuli bt kita mcm anjing... Nk maafkan org n bt baik dgn org pun mesti lh bertempat ngok

    ReplyDelete
  3. Cina dah over tak reti nak respek org lah... Senang2 dia hina nabi lps tu mintak maaf plak.. Klu mcm tu hr2 dia bt hr2 dia mintak maaf cina mcm ni jgn bg muka... Tak reti hormat agama org mcm mana nk jd pemimpin

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH