SAYA sangat sangsi dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menyatakan bahawa parti pimpinannya itu sanggup mendengar dan menerima sebarang teguran dari mana-mana pihak sekiranya berjaya merampas kuasa memerintah dari Barisan Nasional (BN).
Dalam kenyataannya semalam, Hadi berkata…
"Bahkan kalau PAS ada kuasa (memerintah) macam Umno sekarang, PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur termasuk kakitangan kerajaan,"
Saya masih ingat ketika mana ketegangan berlaku di antara Datuk Mustapa Ali atau lebih dikenali sebagai Cikgu Pa yang bertegang leher dengan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali ketika beliau masih lagi belum dipecat dari parti itu.
Ketika itu, Hasan Ali begitu keras mengkritik Anwar Ibrahim dan Cikgu Pa sehingga menyebabkan pucuk pimpinan PAS campur tangan di dalam kemelut tersebut.
Hasan Ali yang ketika itu dilihat sebagai seorang yang bercakap benar mengenai perjuangan PAS telah dipaksa untuk menutup mulutnya oleh Presiden PAS itu meskipun dia terus diserang berterusan oleh Cikgu Pa.
Bila Hadi menyatakan bahawa PAS bersedia mendengar suara mana-mana pihak yang menegur parti itu, saya sebetulnya terus terbayang wajah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan “bakal” dihukum Majlis Syura parti tersebut.
Baru-baru ini, Nasharuddin dibawa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke sebuah program di peringkat antarabangsa yang berlangsung di Makkah di mana mereka telah bertemu dengan para ulama muktabar dunia.
Di majlis tersebut, Nasharuddin dilihat begitu akrab dengan Perdana Menteri dan mereka membincangkan tentang masalah dunia Islam yang lebih global dan meluas berbanding skop yang lebih kecil di Malaysia.
Hanya kerana sekeping gambar di majlis itu, maka Nasharuddin telah dihentam bertali arus oleh para pemimpin PAS, termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang seolah-olah “menghalau” ahli jawatankuasa Majlis Syura PAS itu keluar parti.
Apatah lagi apabila Nasharuddin bertindak menegur pimpinan PAS dan menggesa agar parti itu bertindak keluar dari gabungan Pakatan Haram yang dikatakan menentang perjuangan asal PAS untuk membina Daulah Islamiyyah dan perlaksanaan hudud.
Malah menurut Nasharuddin, dia menganggap bahawa DAP merupakan sebuah parti yang anti-Islam kerana bermati-matian menentang perjuangan PAS zaman berzaman itu.
Namun, hanya kerana teguran tersebut, maka Nasharuddin kemudiaannya dihentam bertalu-talu sekali lagi termasuk dari Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi golongan “Anwarinas”.
Persoalannya, apakah ini yang dikatakan Hadi sebagai “PAS tak akan tutup mulut sesiapa yang nak tegur”?
Inikah hasil yang diperoleh oleh bekas Timbalannya yang mahu melihat PAS kembali kepada perjuangan asal parti itu yang begitu tegar mahukan sebuah negara Islam dan mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini?
Di mana hak untuk para ahli PAS bersuara dan apakah parti itu tidak mengamalkan kebebasan bersuara sebagaimana yang dinyatakan Hadi itu?
Nampaknya kata-kata Hadi itu hanyalah omongan kosong yang dilafazkan tanpa berfikir dan sebetulnya apa yang dipraktikkan oleh PAS selama ini amat bertentangan dengan apa yang diucapkan oleh Presiden parti tersebut.
Kata-kata begini tidak ubah seperti sebuah pembohongan yang jelas terhadap rakyat, khususnya umat Islam di negara ini, yang selama ini tertipu dengan “topeng” Islam yang dipakai pada nama PAS.
Sabda Rasulullah SAW di dalam salah sebuah hadis Baginda yang mafhumnya bahawa antara ciri-ciri seorang umat Islam yang munafik ialah apabila dia berkata-kata, maka dia berbohong mengenainya.
Apakah Hadi tidak malu dengan imej berserban, berjubah dan membawa jawatan tertinggi di dalam sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi dirinya begitu kaya dengan sifat munafik seperti yang diterangkan Rasulullah SAW di dalam hadis tersebut.
Jika sekadar pandai menyebut pelbagai hadis dari bibirnya namun gagal mengamalkan apa yang tersurat dan tersirat di dalam kalam Rasulullah SAW itu, rasanya Hadi wajar diam saja dari terus membuka pekung mempamerkan dirinya yang semakin hanyut di dalam pelukan DAP
belumpun mendapat kuasa tidak boleh ditegur hatta oleh org sendiri, apatah lg kalau dh berkuasa. jauh panggang dari api. dalam lilitan bakul serban ada terlindung kepalsuan yg membarah. agaknya kenapa ciri2 munafik PIS makin ditunjukkan oleh Allah sekarang?
ReplyDelete