Wednesday, August 1, 2012

Cili Panas! Guan Eng menipu rakyat lagi!


BALIK PULAU, 27 Julai –“Disebabkan desakan politik dan memikirkan pilihan raya umum sudah semakin hampir, Guan Eng terpaksa bersetuju untuk melepaskan Kampung Genting walau hakikatnya, sudah lama dia merancang untuk merampas tanah kampung ini.

“Sekarang dia cuba putar belit dan berlagak hero kononnya berjaya menyelesaikan masalah dan menyelamatkan tanah penduduk di sini,” ujar Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Aziaan Ariffin ketika diminta mengulas mengenai isu pembinaan Asian Women’s Leadership University (AWLU) di Kampung Genting di sini.

Selain itu menurut Azian, Guan Eng cuba membeli hati penduduk Kampung Genting terutama orang Melayu dengan lakonannya sebagai pemimpin budiman sedangkan sejak empat tahu lalu sudah ramai rakyat  yang berpendatan rendah ditindas.
“Rakyat Pulau Pinang dah tahu taktik Guan Eng. Perkara ini sudah berlarutan lama malah pejabat tanah juga telah mengeluarkan surat memanggil penduduk kampung untuk berbincang mengenai harga tanah. Namun sehari sebelum perjumpaan penduduk dengan pejabat tanah, Guan Eng membuat kenyataan media bahawa kerajaan negeri tidak jadi mengambil tanah kampung tersebut.
“Ini semua jelas menunjukkan gimik politik Guan Eng. Saya sendiri hairan sebenarnya, sebelum ini Kerajaan Negeri telah membeli tanah yang kalau tidak silap saya seluas108 ekar berhampiran Kampung Genting dan sehingga kini tanah tersebut masih kosong. Mengapa AWLU tidak dibina di tanah tersebut… Mengapa tanah kampung ini juga yang hendak diambil.
“Presiden AWLU sendiri tidak bersetuju tanah kampung ini diambil tapi Kerajaan Negeri tetapi nak ambil. Bila sudah menerima desakan melampau dan mungkin terfikir ini adalah kesempatan terbaik untuk mereka meraih undi maka akhirnya keputusan membatalkan pengambilan tanah ini terpaksa dibuat,” ujarnya lagi kepada UMNO-Online.
Tambah Azian, daripada satu sudut memang perkara ini telah selesai buat sementara waktu berdasarkan kenyataan Guan Eng baru-baru ini tetapi penduduk di kampung tersebut harus terus berhati-hati dan jangan leka dengan taktik Guan Eng.
Sekiranya DAP terus menjadi pemimpin di Pulau Pinang selepas PRU ke-13, tidak mustahil isu ini akan kembali panas dan tanah penduduk akan dirampas.
“Saya ada berjumpa dengan penduduk Kampung Genting baru-baru ini dan menasihatkan mereka agar menyimpan segala bukti yang ada agar sekiranya terjadi apa-apa pada masa akan datang, mereka telah ada persediaan awal.
“Gimik politik pembangkang memang terkenal dengan cara kotor jadi kita perlu berhati-hati agar tidak menjadi mangsa di masa akan datang,” ujarnya lagi.

BN PENANG

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH