Thursday, August 2, 2012

Cili Hangat! Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Aidilfitri Kepada ATM!















Presiden BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor melihat barang-barang yang terdapat di dalam kotak sumbangan Aidilfitri kepada ATM.

  
Semua pihak perlu menghargai sumbangan perajurit dalam mempertahankan serta menjaga keamanan negara kerana pengorbanan golongan itu merupakan sebahagian daripada sejarah negara.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberitahu jasa perajurit yang melaksanakan tanggungjawab sama ada sebagai pengaman mahupun pemerhati di peringkat antarabangsa haruslah sentiasa dikenang melalui pemberian sumbangan Aidilfitri yang diadakan setiap tahun.
Katanya lagi, selain mempertahankan kedaulatan negara, pasukan keselamatan diiktiraf di arena antarabangsa kerana penglibatan dalam tugas sebagai pengaman di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di beberapa negara.
“Benarlah bahawa Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan keselamatan merupakan tulang kepada negara yang ternyata pengorbanan mereka yang tidak terbatas kepada memerangi petualang negara malah di waktu aman.
Beliau yang juga Presiden BAKTI berkata, usaha menghargai golongan berkenaan terutama pada Aidilfitri telah dilakukan pertubuhan itu semenjak tahun 1985 lagi.
“Ini adalah cara BAKTI dalam mengenang jasa parajurit yang melaksanakan tugas getir setiap hari… ia hanya satu sumbangan yang kecil jika dibandingkan dengan pengorbanan mereka terhadap negara.
Katanya, BAKTI semestinya kagum dengan kesiapsiagan para perajurit tanpa mengira waktu dan tempat dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan semangat patriotik.
Malah, Rosmah menambah jasa dan pengorbanan mereka yang bertugas di perbatasan dan perantauan sewajarnya mendapat pujian dan pengiktirafan yang tinggi daripada masyarakat.
“Pada hari ini, sebanyak RM1.56 juta sumbangan kewangan diterima daripada 44 buah syarikat manakala 15 syarikat termasuk BAKTI telah memberi sumbangan dalam bentuk barangan.
“Daripada jumlah sumbangan kewangan yang diterima, sebanyak RM1.54 juta telah dibelanjakan untuk pembelian beg galas, tuala mandi, kain pelikat serta kuih raya.
“Sumbangan berbentuk barangan keseluruhannya bernilai lebih RM500,000,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri kepada ATM di Wisma Kementerian Pertahanan.
Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH