Ini SMS yang sedang menjalar bertalu-talu di dalam telefon Cucu Tok Wan! Semuanya mempunyai ayat yang sama atau dengan kata lain, dari satu sumber....
Blogger Pro Pakatan Milo Suam telah ditahan oleh pihak berkuasa sebentar tadi kerana disyaki terlibat dengan insiden AMOK Pedang Samurai Jaya Negara di JPM Putrajaya.
Benarkah seperti yang dikhabarkan oleh SMS-SMS berkenaan?
Harap-harap tidak ada blogger yang terbabit dalam kegiatan subversif sebegini rupa. Cukuplah blogger sebagai tukang tulis dan tukang propaganda, bukannya menjadi kagum dengan idealistik di hujung jari masing-masing.
Mana-mana pihak yang mencabar undang-undang seharusnya perlu menerima akibatnya biarpun dia hanya seorang blogger. Dan seharusnya sebagai seorang blogger, kita patut lebih ke hadapan berbanding orang lain yang tidak menulis, tak gitu?
Cuma kalau ke hadapan sekalipun, bukannya dengan memperjudikan kehidupan orang lain dan keselamatan negara. Kalau negara dah tak selamat, jangankan menulis, nak bercakap pun dah tak boleh.
Apatah lagi, mana-mana kepimpinan yang cuba mewujudkan UTOPIA dan SHANGRI-LA, semuanya berakhir dengan kekejaman sepertimana yang dilakukan oleh Rejim Pol Pot di Kampuchea, atau Baby Doc Duvalier di Haiti. Hanya kerana mengejar UTOPIA dan SHANGRI-LA atau idealistiknya pemerintahan negara, yang terkorban adalah jutaan rakyat sendiri!!!
Tolong jangan jadikan Malaysia sebegitu rupa. Perbezaan akidah politik tidak seharusnya diterjemahkan dengan menghuru-harakan negara dan menyusahkan kehidupan rakyat majoriti!
HARAP-HARAP SMS YANG DITERIMA SEMENJAK PAGI TADI, BUKANLAH SESUATU YANG BENAR DAN HANYA BERSIFAT KHABAR-KHABAR ANGIN!!!
Sumber : The Flying Kick
Petikan dari blog Jaya Negara yang ternyata menyanjungi Mantan PM.:
ReplyDelete"Dr Mahathir pernah dikafirkan semasa mengusulkan pendapat supaya Alquran diubahkan kepada banyak bahasa supaya mudah dipelajari. Hariini cuma ada terjemahan kebahasa-bahasa lain. Terjemahan tidak sama. Itu bukan yang Dr Mahathir maksudkan. Ia berbeza dengan kitab Injil telah lama diubah dan Wal hasilnya Kristian dianuti lebih dari 2.2 bilion penduduk Dunia. Penat orang tua ni menjawap. Dr Mahathir satu-satunya manusia berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju."