Sunday, July 28, 2013

Kenapa Filem 'The New Village' boleh ditayangkan tapi Filem 'Tanda Putera' tak boleh?


Tiba-tiba sahaja muncul kontroversi filem The New Village arahan Wong Kew-Lit. Kontroversi ini berkisar kepada dakwaan bahawa filem ini cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat. The New Village khabarnya dirancangkan sebagai sebuah filem berbentuk epik – yakni rakaman sejarah negara.

Malangnya permulaan filem ini jelas menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Berdasarkan video klip pembukaan ini jelas Pengarah Filem mempunyai niat mengangkat martabat perjuangan komunis daripada perjuangan idelogi kepada perjuangan kemerdekaan.


The New Village
Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.
Klasifikasi: NA
Genre: Sejarah
Tarikh Tayangan: 22 Ogos 2013
Bahasa: Mandarin
Pengedar: GSC MOVIES
Pengarah: Wong Kew-Lit
Pelakon: Lenna Lim, Kevin Soo, Teh Young, Kevin Soo, Jeff Chin, Khor Ewe Pin, Sam Chong, Bernard Hiew, Hui Mei

Filem ini sepatutnya dibuat berlandaskan sejarah. Ia sepatutnya menjadi satu titik penting dalam memberi maklum kepada generasi muda cina mengenai kejahatan ideologi komunis dan sikap tentera komunis sendiri yang sebenarnya lebih kejam daripada tentera British.


Pengarah The New Village tidak faham antara perjuangan kemerdekaan iaitu membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan dengan perjuangan menegakkan ideologi komunis di Tanah Melayu. Penduduk peribumi Tanah Melayu tidak pernah merestui perjuangan menegakkan ideologi komunis yang berkiblatkan Peking. Tapi apa hendak buat, Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia pun anggap komunis pejuang kemerdekaan. Malangnya tiada siapa persoalkan apakah kelulusan Mat sabu untuk membuat tafsiran sedemikian.

Komunis bukan pejuang kemerdekaan kerana majoriti pejuangnya adalah dari Tanah Besar China bukannya penduduk asal atau pribumi Tanah Melayu. Hakikat bahawa majoriti orang Melayu sendiri ketika itu menolak komunis menunjukkan mereka tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.


Malangnya, filem ini dibuat bagi menyusup minda penonton secara halus bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara. Niat tersebut bukan sahaja jelas pada intro filem ini sahaja. Penggunaan bahasa Mandarin bukannya bahasa kebangsaan dalam filem ini juga mengukuhkan lagi prasangka orang ramai kepada filem ini.

Ini filem orang Cina Malaysia untuk mengangkat kaum cina yang menjadi tentera komunis di Tanah Melayu.

Sejarah Kampung Baru

Mengikut sejarah, KAMPUNG BARU dibuka semasa Darurat dari 1948 hingga 1960 sebagai strategi ketenteraan menentang Komunis di bawah Rancangan Briggs. Pada zaman Komunis bermaharajalela di Tanah Melayu mereka mendapat banya bantuan makanan dan perubatan daripada orang Cina yang tinggal di kampung-kampung, pinggir bandar dan berhampiran hutan.

Ada antara orang Cina ini merupakan simpati kepada perjuangan komunis atas dasar negara asal. Ada pula yang terpaksa membantu komunis kerana takut diseksa dan dibunuh.

Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Ini merupakan tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai Persekutuan.

Antara tindakan yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru. Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cina dari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.

Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan elektrik dan air paip.

Jumlah penduduk yang
 terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan menempatkan semula orang Cina.Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis.

Perak adalah negeri dengan bilangan terbanyak Kampung Baru Cina iaitu 134 buah berbanding negeri lain seperti Johor (84 buah) dan Pahang (55 buah). Antara ciri struktur dan fizikal Kampung Baru Cina adalah jalan grid yang seragam dan saiz kawasan rumah yang umumnya sebesar 60 x 80 kaki persegi (18 x 24 meter persegi). Kampung itu juga ditempatkan berdekatan dengan kemudahan awam dan berjauhan dengan laluan masuk dan keluar utama.

Dari segi demografi, terdapat sekurang-kurangnya lima negeri iaitu Selangor, Pahang, Pulau Pinang, Perlis dan Terengganu dengan lebih 90 peratus penghuni kampung baru terdiri daripada masyarakat Cina.

- MyKmu.net

Cili Padi : Filem The New Village yang mengangkat komunis kononya perjuang kemerdekaan boleh ditayangkan, Tapi kenapa Filem Tanda Putera tak ditayangkan?


Bukan aku sahaja yang tertanya-tanya. Ramai yang tak puas hati dengan apa yang jadi sekarang ni. Apa yang istimewa sangat Filem The New Village berbanding Filem Tanda Putera? 

14 comments:

  1. Menteri perlencongan Ah Na Zri kan sayang orang berak tak basuh. Takkan Sabaruddin (tukang kasut) Chek nak ikut sama?

    ReplyDelete
  2. Tunggu lah satu ketika nanti mungkin kita dapat merasakan bahawa ternyata dengan provokasi begini , mampukah kerajaan menghalang berlaku kembali 13 Mei ?

    Bangkit lah kaum Melayu tanpa mengira fahaman politik menentang penyiaran new village kerana jika tanda putra boleh ditentang oleh kaum cina kenapa kita melayu tidak.
    Dan satu hal lagi kenapa dan mengapa Finas LPF terlalu yakin bahwa new villagae bukan filem perosak sejarah ...

    ReplyDelete
  3. Kami yg tidak berblog ni mengharap agar isu ini jangan hangat sehari dua,blog2 dan pihak seperti perkasa,jati dan ngo2 lain kenalah menekan dan memprotes secara besar2an tanpa henti,sedarkan seluruh bangsa Melayu atas pengkhianatan ini

    ReplyDelete
  4. Zaman Najib jadi PM ni semua bolih. Hina Melayu bolih, hina Islam bolih, hina Raja bolih, hina perlembagaan bolih, pendek kata semua bolih. Yang tak bolih hanya satu. 'Tak bolih hina Cina" itu kesalahan besar dibawah pemerintahan pimpinan Najib. Bangsa Melayu tak bernilai baginya hanya Cina yang berharga. Olih itu kematian satu nyawa Cina adalah keruggian bagi Najib kalau melayu mati..beramai-ramai lebih baik bagi kerajaan Najib..kerana..melayu hanya sampah dimata beliau..'menyemak'..faham??

    ReplyDelete
  5. Pemimpin Melayu sudah berada dalam keadaan situasi selesa......agenda tersirat pihak asing kurang diperhatikan.

    ReplyDelete
  6. Ok ape ,najib bibir merah dah bagi green light utk cina ,india ,kristian hina bangsa melayu,pijak agama islam....we love u ah jib gor....sronok sangat sampai lupa dia naik sebab siapa...dah la haji hadi takde telo,yg anwar ibrahim pulak suka laga telor,last2 malaysia ni jadi ape?ptuihhhh sama lu ah jib gor

    ReplyDelete
  7. Orang atas diUMNO kena tukar, rasa macam duduk di negara asing aje,asyik kena kutuk,tindas,fitnah dan macam-macam lagi.

    ReplyDelete
  8. Yang kontrol tu siapa, di tv pun dia kuasai, kawan baik Rais.

    ReplyDelete
  9. najib dan pemimpin umno dah lupa saiapa yang tolong dia orang....

    ReplyDelete
  10. Jangan terlalu emosi wahai semua Melayu.

    Aku juga anak melayu memang aku agak marah dan sedikit kecewa dengan apa yang terjadi.

    Harap selepas habisnya pemilihan UMNO Najib akan bangkit dan membela orang melayu.

    Ingat selagi belumhabis pemilihan UMNO maka kedudukan Najib belum terjamin danini menyukarkan sedikit pergerakan maklumlah banyak kitol dalam UMNO ni. Sanggup buat apa sahaja asalkan dapat sogokan duit.

    Mana tahu adanya pihak sebelah sana mengadu domba sehingga berlsku perebuta jawatan.

    AKU HARAP SANGGAT APABILA TERLANTIKNYA NAJIB SEBAGAI PRESIDEN UMNO SEMULA SECARA RASMI NANTI KAN ADANYA TITIK TOLAK YANG BARU.

    HARAP AMALKAN LE SEMULA CARA TUN MEMERINTAH MALAYSIA.
    JANGAN TERLALU BERLEMBUT.

    PERASAN TAK SEJAK PRU13 NAJIB SEAKAN MEMBAWA HATI YANG LUKA JARANAG SEKALI LIHAT NAJIBTERSENYUM.

    ReplyDelete
  11. Haramkan saja filem yang berkaitan sejarah yang tak betul. Takkan itu pun tak berani nak buat..

    ReplyDelete
  12. Haramkan saja filem yang berkaitan sejarah yang tak betul. Takkan itu pun tak berani nak buat..

    ReplyDelete
  13. itu nama nyer bodoh suka menuduh najib bukan2...betul apa yg ko katakan cilipadi aku stuju najib bukan menteri penerangan jd kenapa nak salahkan najib....tp biasa la para pencacai2 pakatan harami nie mmg suka menuduh orng tanpa usuk periksa,,...

    ReplyDelete
  14. Haram kan tanda putra, haramkan juga the new village, habis cite...

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH