Monday, April 8, 2013

Panas! Umno Perlis Asyik Gaduh Je, Nak Menang Ke Tak Ni?


Perlis Indera Kayangan adalah sebuah negeri yang paling kecil dan paling utara kedudukannya di atas peta Semenanjung Malaysia. Tatkala tsunami politik melanda negara pada tahun 2008 yang menyaksikan 5 buah negeri di semenanjung jatuh ke tangan pakatan pembangkang, Perlis kekal dimiliki oleh kerajaan Barisan Nasional. Itu adalah merupakan satu pencapaian yang luar biasa bagi BN di bawah pimpinan Datuk Seri Shahidan Kassim, Pengerusi BN negeri Perlis ketika itu. 

Tsunami politik tidak berakhir dengan begitu sahaja. Ia menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan negara daripada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) kepada Dato’ Sri Najib Tun Razak. Pak Lah mengambil tanggungjawab di atas kekalahan terbesar Barisan Nasional dalam sejarah Pilihanraya Umum negara . Perlis juga tidak terkecuali. Sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila pihak Istana Arau mahukan Menteri Besar baru menggantikan Dato’ Seri Shahidan sekalipun beliau telah berjaya memastikan kemenangan Barisan Nasional negeri. Akhirnya, naiklah Dato’ Seri Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis setelah Raja Perlis memberi perkenan atas perlantikannya.

Kecil-kecil cili padi, walaupun kecil tetapi berapi. Begitulah negeri Perlis ini. Tidak padan dengan saiznya yang kecil, politik di dalam negeri tersebut begitu rancak dengan pelbagai kem-kem politik yang terhasil sejak sekian lama. Ini mungkin disebabkan Perlis telah melahirkan begitu ramai pemimpin-pemimpin yang bergiat aktif di pentas politik nasional dan negeri seperti Dato' Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad , Dato' Seri Azmi bin Khalid , Dato’ Seri Shahidan Kassim dan juga terbaru Dato’ Seri Md Isa Sabu. Masalah di Perlis adalah pemimpinnya ramai tetapi kerusi Dun dan Parlimennya tidak banyak. Hanya ada 3 kerusi Parlimen iaitu Arau, Padang Besar dan Kangar yang menjadi rebutan para pemimpin Perlis untuk beraksi di pentas nasional. Rakyat Perlis rata-rata mengetahui akan kewujudan politik berpuak ala-ala ‘warlords’ di Perlis yang sentiasa melobi dan menikam satu sama lain demi kelangsungan politik mereka untuk sekian lama.

Cuma, permusuhan yang disangka akan selesai rupanya menjadi semakin parah bagaikan retak menanti belah. Masing-masing mahukan orang-orang mereka menjadi calon hinggakan calon yang neutral kerap menjadi mangsa. Ini sebenarnya merugikan UMNO! Dakwaan-dakwaan pelbagai kedengaran seperti ada dua senarai nama yang dihantar kepada Perdana Menteri sebagai calon pilihanraya umum ke-13 oleh pimpinan negeri Perlis bagi menaikkan calon-calon dari kem masing-masing. Perpecahan semakin jelas kelihatan. Ini amat tidak kondusif untuk kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. Pembangkang melihat semua ini dengan gelojak nafsu dan harapan rakus yang membuak-buak kerana perpecahan dan lemahnya UMNO Perlis. Ini merupakan resepi terbaik untuk mereka merampas Perlis dari pangkuan UMNO.

Sejarah telah membuktikan bahawa semasa PRU ke-12 pada tahun 2008, UMNO tewas kepada pembangkang bukan atas kekuatan dan kredibiliti pembangkang tetapi kerana orang UMNO sendiri mensabotaj UMNO. Mereka yang tidak berpuas hati kerana tidak terpilih menjadi calon pilihanraya bertindak mensabotaj jentera pilihanraya sehingga lumpuh, malah ada yang mengundi calon pembangkang sebagai tanda protes. UMNO tewas bukan disebabkan kelemahannya tetapi tewas kerana mainan politik melampau di dalamnya.

Dengan mainan politik yang melampau-lampau dan terlalu berpuak-puak, rakyat akan muak dan akhirnya akan mengundi pembangkang. Masalah di Perlis sudah terlalu kronik hingga menjadi bahan lawak jenaka dalam kempen–kempen pembangkang. Tidak dapat dinafikan, kesemua pemimpin UMNO Perlis sudah banyak berjasa kepada negara dan bangsa. UMNO menghargai segala sumbangan mereka sekian lama. Akan tetapi, sebagai pejuang dan panglima UMNO, mereka harus ingat bahawa kepentingan Parti mengatasi segalanya. Tidak ada gunanya jika mereka menang sorak namun kampung tergadai.

Pembangkang sentiasa merangka strategi untuk menjatuhkan UMNO. Mereka meletakkan calon-calon yang berwibawa dan baru bagi menawan hati rakyat. Ada ura-ura yang mengatakan bahawa bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin enggan menyertai pilihanraya kali ini akibat daripada permainan politik melampau ini. Malah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya secara terang-terangan kelihatan lebih berminat menyertai PKR berbanding UMNO! Malah Dr Juanda dikatakan akan diletakkan di kerusi Parlimen Kangar menentang calon UMNO. Jika benar perkara tersebut, maka Perlis akan mencatatkan sejarah yang tersendiri bilamana akan berlaku pertandingan yang melibatkan calon-calon ulama yang popular! PAS telah menyatakan akan meletakkan Timbalan Mursyidul Amnya Dato’ Dr Haron Din sebagai calon di Arau dan PKR mempertaruhkan Dr Juanda Jaya! Sebagai strategi balas, UMNO dikhabarkan akan meletakkan Pengerusi Ulama Muda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahaya bertanding di Parlimen Kangar bagi mengimbangi calon ‘heavyweight’ ulama dari Pakatan Pembangkang.

Rakyat Perlis dan di seluruh negara berasa amat teruja melihat perkembangan ini. Ayah Dr. Fathul Bari, Datuk Mat Jahaya Hussin adalah merupakan bekas Mufti kerajaan negeri Perlis sebelum Dr MAZA. Malah beliau merupakan besan kepada Dato’ Seri Shahidan Kassim. Walaupun Dato’ Seri Shahidan Kassim dilihat lebih rapat dan menggemari Dr MAZA sebagai pelapisnya serta kerap menyokong Dr MAZA berbanding Fathul Bari, namun air yang dicincang mana mungkin putus?

Begitu juga Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang mana merupakan pemimpin berjiwa besar yang merupakan sahabat lama kepada ayahanda Fathul Bari serta kenalan keluarga yang amat rapat sejak kecil. Seharusnya pemilihan Fathul Bari sebagai calon adalah tepat, harmoni dan menepati citarasa semua. Adalah merupakan sesuatu yang amat merugikan seandainya Fathul Bari tidak dinaikkan sebagai calon kerana beliau telah menunjukkan bakat yang amat besar dalam membantu UMNO di peringkat nasional.

Buat pertama kali, UMNO dilihat mendominasi isu-isu agama yang dimainkan sentimennya oleh PAS selama ini. Kehebatannya dalam berpidato secara berakhlak serta pengetahuan mendalamnya dalam ilmu agama kerap membuatkan PAS tertunduk.

Malangnya, kini mula kedengaran bahawa pencalonan seorang calon neutral dan ‘winnable candidate’ seperti Fathul Bari pun mendapat tentangan dari pemimpin-pemimpin UMNO Perlis yang berseteru sesama sendiri! Fathul Bari bakal menjadi mangsa dan digugurkan.

Rakyat Perlis sudah jemu dengan semua ini. Sepatutnya semua pemimpin UMNO Perlis sedar dan setia kepada Presiden UMNO Dato’ Sri Najib Tun Razak. Mereka sewajarnya berlapang dada dan menyerahkan kepada kebijaksanaan Presiden untuk membuat keputusan akhir tentang siapakah calon-calon pilihanraya terbaik bagi negeri Perlis.

Janganlah ada perbuatan cah keting dalam UMNO sekali lagi seperti tahun 2008 yang natijahnya amat buruk untuk negara. Biarlah Presiden UMNO memilih winnable candidate yang difikirkannya sesuai. Siapapun yang beliau pilih, maka UMNO harus bersatu di belakang calon tersebut dan menggempur PRU kali ini dengan langkah pendekar!

Dato’ Seri Shahidan, Dato’ Seri Radzi Sheikh Ahmad, Dato’ Seri Azmi Khalid dan kem-kem UMNO Perlis mesti bersatu dibawah panji-panji UMNO yang dijulang oleh Presiden UMNO sekalipun mereka atau calon-calon pilihan mereka tidak terpilih. Sekalipun kita mati, biarlah kita mati berjuang. Bukan mati dengan tikaman harakiri yang cukup memalukan apatah lagi tikaman dari belakang. Janganlah pula berlaku tatkala negeri-negeri yang lain, UMNO cemerlang dan menang dalam keputusan pilihanraya, kita pula undur ke belakang, kalah menjadi pembangkang!

Ahmad Ridzuan Abdul Majid
Kangar

24 comments:

  1. Ni misti org2 Shahidan Kasim. Gua org UMNO, gua pernah tinggal di Perlis, Nampak Shahidan Kasim suka main politik kotor, samseng dgn bertopengkan sedekah, derma duit ringgit, dapur gas, etc pada org2 Perlis. Tak percaya? Tanya la staf2 UNIMAP! Berambus la Shahidan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro...takat lu dok perlis 2-3 tahun pastu sembang mcm lu dh kenal lama dgn DSSK...aku ni dok perlis dr kecik aku tau mcm DSSK.dia byk tlg org melayu sampai dia sendiri buka yayasan pok kassim..org2 ssh suma pegi jumpa dia klu kesempitan kewangan or ada masalah lain..DSSK x penah nk lokek duit mcm pemimpin umno di negeri perlis..walaupon dia x jd MB tp semangat kepimpinan dia bt rakyat senang dgn DSSK...x mcm mat isa...kami mangsa banjir ni brapa kali mat isa dtg melawat?klu dia nk dtg pon time air dh surut..DSSK klu tahu tempat banjir,dia direct pegi lawat kawasan tu sampai org umno dlm kawasan tu pon mrh kt dia...lu xtahu jgn byk bunyi...lu tau idea UNImap tu idea sapa??lu x tahu jgn byk bunyi...tu sb org UNImap kenang budi DSSK..adanya unimap ni,byk menjana ekonomi org melayu dgn berniaga....lu pegi tnya org perlis samada cina,india,siam or melayu,suma nk DSSK jd MB..

      Delete
  2. Anak muda guar sanjiApril 8, 2013 at 8:13 PM

    Aku pon naik pening ni, tengok macam cerdik pemimpin kita ni tapi buat kerja macam budak tadika.Shahidan ni dah lama dah pegang PERleh ,bagi la laluan kat oghang lain pulak,
    Minta tok jib kita calon muka baru la kali ni, tak yah dok kigha depa nak ugut itu ini,
    baik kita jaga PARTI dari jaga pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Masa utk depa yg tua2 tu dah lepas...bagi la laluan kat org lain pulak...

    ReplyDelete
  4. Hang jangan cakap banyak la. Jasa Shahidan banyak ooo..

    ReplyDelete
  5. Untuk keluar dari masalah ini amat mudah sekali. Biaq pi oghang-oghang yang bulok kuasa tu buat peghangai, biak d pi depa mampuih beragan. Yang penting, kita pengundi teghak BN pangkah calon yang diwatikahkan oleh Dato PM. Selesai kes. Biak yang lapak snagnat tu mati beragan!

    ReplyDelete
  6. kita pakat sokong calon bn. tak kiralah siapa. jgn bagi musuh peluru utk serang kita. yg penting bn menang 2/3. selamat berjuang.

    ReplyDelete
  7. Visit Freemalaysiakini2.com No subscription needed.

    ReplyDelete
  8. Pemimpin melaungkan KESETIAN, KETAATAN kepada ahli...bagaimana pula KESETIAN dan KETAATAN dalam kalangan pemimpin.....lain yang dilaungkan lain pula tindakannya...Jasa DSSK bukannya hendak dinafikan, tetapi apakah Perlis tidak mampu digerakkan tanpa DSSK...kepimpinan perlu bertukar kepada generasi baru yang mempunyai perspektif baru dalam memperkasakan Perlis. Fathul Bari tidak perlu bergerak sebagai politikus...beliau boleh menabur jasa tanpa melalui pertarungan di pilihanraya. Ketengahkan beliau melalui saluran lain, lantik sebagai senator atau lain-lain jawatan bagi membolehkannya berkhidmat di peringkat pusat...Barisan kepimpinan baru Perlis perlu mentranformasi ekonomi negeri daripada negeri transit dan pertanian kepada negeri yang berteraskan ekonomi perkhidmatan...UMNO Perlis perlu menyusun pelapis kepimpinan dengan mengetengahkan individu berpotensi keperingkat pusat dalam masa yg sama diberi tempat dalam JK umno bahagian2, supaya mempunyai pengalaman dan hubungan yang mampu menjayakan masa depan Perlis. Umumnya golongan pertengahan di Perlis dah penat melihat gelagat politik perlis yg tiada perubahan...kata UMNO nak jadi lebih inklusif..

    ReplyDelete
  9. rakyat Perlis.inikalilah tukar

    ReplyDelete
  10. perlis mcd pun xdak nk tukaq apa..huhu

    ReplyDelete
  11. KEBOLEHPERCAYAAN... Seandainya Pakatan Pembangkang... Menang Dengan MAJORITI TIPIS... 112...!!! Daripada 222 KERUSI PARLIMEN...!!!
    ADAKAH... Pakatan Pembangkang... AKAN PATRIOTIK DAN MEMERINTAH DENGAN MAJORITI TIPIS TERSEBUT...???
    ADAKAH PAKATAN PEMBANGKANG BOLEH DIPERCAYAI... TIDAK AKAN MEMBENTANG KARPET MERAH MENGALU ALUKAN KEMASUKKAN SEMULA JIRAN DISEBERANG TAMBAK YANG MENGUASAI 81 DRPD 87 KERUSI...!!!
    JIKA DICAMPUR... KERUSI PARLIMEN MALAYSIA 222 + SEBERANG TAMBAK 87 = 309 KERUSI KESELURUHAN...
    JIKA PAKATAN PEMBANGKANG DGN 112 + 81 = 193 / 309...!!!
    DAN ITU ADALAH MAJORITI YANG KUAT DAN GAGAH... UTK MENEBUK NEBUK MENGUBAH PERLEMBAGAAN NEGARA...???!!! BOLEHKAH DIBERIKAN KEBOLEHPERCAYAAN KEPADA PAKATAN PEMBANGKANG MEMEGANG STRUKTUR SISTEM KENEGARAAN INI...!!!
    DEMOKRASI ADALAH PERTANDINGAN KEPADA ANGKA...!!! SIAPA BANYAK... DIALAH YG MENANG...!!! TIADA ISTILAH NAIB JUARA...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiyaaa, ni pakai main congak tak hengat. Lu punya cerita ni sudah main 10 kali PRU ke belakang. Lagi baik perintah cara kuku besi tak payah pilihanraya. Lu sorang2 duk bawah tempurung udahlerr..... Ko ingat Singaporean kelapaq dengan Malaysia> Ko ingat semudah itu mengadaptasikan cerita pak pandir ke alam realiti???

      Delete
  12. Salam perjuangan..Mohon tuan pautkan blog saya di http://metromalaya.blogspot.com/Blog tuan telah saya pautkan,t.kasih..

    ReplyDelete
  13. Hahaha(Northern Version)...Perlis ni mmg lagu tu...Negeri besaq gelemboi(mean kecil) ja tapi semua politician yang sedia ada pakat nak tunjuk tera(berpengaruh)..Mcm lalat perak buih(syok sendiri)..Perlis satu-satunya negeri kat Malaysia yang banyak dok perabih duit rakyat pembayar cukai satu malaysia..manakan tidak,kalau tgk kat sana, tak ada apa sangat income generator yang menyumbang kepada pendapatan negara paling besar kilang industry pun kilang simen dan kilang sarung tangan ja,nk kata hasil pertanian banyak mana ja tp bab nak perabih duit rakya(buat projek sana sini)belambak-lambak...klau hampa(korang) pi perlis tgk jalan sudahla, projek buat jalan baru belambak2 walau pun jalan sedia ada sudah ada,ditambah lg buat jalan baru,sekali tgk xpraktikal langsung..Contohnya pi tengok jalan baru yg dibuat antara jalan Bangunan TNB dengan Belakang kilang sarung tangan (SXXXXXXruraber) ..klau jalan tersebut dibuat atas perkiraan bg menyelesaikan kesesakan hahaha (ini bukan KL maa)..Byk lagi jalan seumpama ini..

    Nasib baik kat negeri perlis ada (universiti mlysia Pxrlis,Unimxp) yang berselerak (boleh Nampak dimana saja signboard unimap kalau pi perlis sampai buat orang keliru yg mana satu kampus mereka) boleh juga org kampung berniaga kecil-kecilan di kawasan sekitar yang berselerak tu.

    Dengar kata kampus tetap dia di Pauh and dengar kata lagi tak siap2 lagi, lama sungguh nk siapkan pun,dah tujuh lapan tahun xsiap2 lagi,bukannya apa tu selagimana kampus tu tak siap, org berkepentingan yang dok ada ni boleh la dok generate duit dengan supply transports(bas) utk student ulang alik ke pusat pengajian..Klau dilihat university ini sendiri banyak memperabihkan duit rakyat dengan membuat projek atas nama pengajian akademik yang tidak ekonomik and perabih duit kita pembayar cukai..Contohnya kalau kita pergi ke langkawi melalui jeti kuala perlis, kat situ terdapat masjid terapung yang cantik, memang cantik bagus utk org ramai..td bila kita tgk dalam compaun masjid tu terdapat dua kincir angin yang digunakan utk generate electric kepunyaan Universiti ni..nampak gempak ja..apa yg lecenya,ianya bakal jadi projek gajah putih,masakan tidak dikatakan begitu kalau kita pusing2 di kawasan jeti tu dgn 99 kali pusingan(jalan kat situ one way), belum tentu lagi kincir tu berpusing 3 kali..Pemasangan yang dilakukan dgn tidak membuat study yang cukup ttg angin kat Malaysia ni..Paling kurang utk 1 kincir tu aku rasa around rm200K above..Bakal jadi projek gajah putih unimxp... Byk lagi kepincangan university ni yg boleh didedahkan..

    Another story plak (dgr kata syarikat biXtoXg yg dok taja jersi pasukan bola sepak perlis tu) yang dapat kontrak dgn unimap..toke syarikat ni bekas pengurus bola perlis dlu very close to dato seri Shaxxdan .Dato seri ni juga pandai dok atur strategi memenangi hati org kampung dgn membuat program kemasyarakatan yang ditanggung kebanyakkannya oleh syarikat tersebut…Sbb tu org kmpung nmpk dato seri bayak berjasa (jasa yg boleh dianggap budi yang perlu dibayar hehe).xkisahlah janji org kampung suka, org xmarah,utk org kampung juga..Tp ada geng yg cemburu….end (klau ada org request baru aku sambung lg) ..

    ReplyDelete
  14. aku dah lama tingaikan perlis. sekali sekala balik xdak apa yang menarik. shahidan cukup2lah tu. bagi org lain pulak develop perlis.

    ReplyDelete
  15. Cukup-cukuplah, syukurlah, beri peluang pada muka baru yang boleh atau banyak idea bagaimana untuk menjana pendapatan untuk negeri Perlis.

    ReplyDelete
  16. UMNO DAN BN TETAP LAGI DI BERI AMANAHKAN UNTUK MENGURUS NEGARA MALAYSIA YANG BERTUAH MAJU DAN MAKMUR...

    INI BERLAKU DI ATAS SIKAP LEMAH PEMBANGKANG KERANA... PEMBANGKANG MELAKUKAN KESILAPAN YANG AMAT KETARA...

    1.. KEGAGALAN MEREKA MEMBUKTIKAN BAHAWA KETUA MEREKA DI FITNAH.. SALAH LAKU SEX SONSANG(undang undang malaysia).

    2...PEMBANGKANG TERLUPA YANG MEREKA MAKI HAMUN SETIAP HARI ADALAH PENGAWAI KERAJAAN YANG MEMBUAT KEPUTUSAN..DAN MEREKA MEMUSUHI PDRM DAN SELURUH KAKITANGAN AWAM...
    SIAPA TEMPAT MEREKA NAK BERLINDUNG KALAU BUKAN PDRM DAN ATM.. INI TERBUKTI SIKAP KURANG CERDIK MEREKA SPIN ISU LAHAT DATU..
    ABG SAUDARA SAYA TERCABUT NYAWA DARI BADAN..MEMPERTAHANKAN MARAUH KITA ORANG MALAYSIA....

    SAYA AMAT YAKIN.. JIKA MEREKA PEMBANGKANG TAK DAPAT MEMBUKTIKAN SALAH LAKU SEX ITU SATU FITNAH...

    ""MAKA PESAN TOK KEPADA SAYA... 8 tahun..yang berlalu." NON... JIKA PEMIMPIN KITA LAKU DOSA... SATU MALAYSIA AKAN TERIMA AZAB BENCANA"

    MOGA MAHA SUCI ALLAH PILIHARAKAN MALAYSIA

    ReplyDelete
  17. Hari ahad malam isnin yang lepas DSAI mai Kuala Perlis (Seberang Ramai)..Dia mai dgn treler n bas dia la..Ramai org pi dengar dlm 3000 ke 5000..polis jgn kata la,bersepah dimana-mana kat Kola Perlis ni..Dia dok kempen la suruh undi depa(PR)..Habis DSAI berucap org ramai pakat belah balik walaupun ada lg geng2 lain nk berucap..Mlm tu juga satu2nya wakil Dun penbangkang dlm dewan iaitu Ustaz Hashim Jasin telah mengumumkan utk menarik diri dr bertanding PRU-13 ni..Xtau pasai apa,dia xckp..Ramai org yg hadir tp kebanyakkannya bukan dari kawasan sekitar Kuala Perlis ni..Org luar yg byk..Klau tgk dari sambutan tu boleh tahan,nanti kita tgk road tour BN plak nanti,sambutan mcm mna plak baru boleh buat congak2..Klau Perlis ni jatuh ke tgn PR teruklah..sat lg Kedah dpt BN balik,Png, Perak dpt blik BN mampus perlis..jenuh nak majukan negeri..dah la kecik,income kurang...mudah2han xjadi camtu..Tp aku rasa mcm Parlimen Arau nk dpt kat PAS ja..Yg lain tu depa(PR) mcm xboleh makan..

    ReplyDelete
  18. Kepala butuh depa, ingat UMNO harta pesaka, Dato Sri Najib perlu ikut perancangan....jangan bagi muka...berj peluang dan sokong pelapis...

    ReplyDelete
  19. Pemimpin yang dah jatuh tidak guna diangkat, beri peluang generasi baru dan pejuang ysng tiada tempat.

    ReplyDelete
  20. mat isa sabu berapa kali ja masuk tv?? aktif la sikit

    ReplyDelete
  21. hidup umno..hidup BN..selesaikan semua masaalah secara baik demi kebaikan negeri perlis..sapa jd calon kita pangkah..

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH