Friday, March 15, 2013

Kematian Bala Peringatan Tuhan Untuk Anwar



P Balasubramaniam (PI Bala) yang menjadi antara watak utama dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu diberitakan telah meninggal dunia kerana mengalami serangan jantung kedua.

Serangan pertama adalah pada 5 Mac lalu iaitu sehari sebelum beliau dijadual berucap dalam ceramah di Parit Sulong, Johor dan dimasukkan ke Unit Rawatan Jantung (CCU) selama empat hari.  Beliau kemudian dirujuk ke Institut Jantung Negara dan dijadualkan menjalani pembedahan dalam masa terdekat.

Sebelum itu, ketika progam di Bachok, Kelantan beliau dikatakan telah mengadu sakit dada dan gastrik.

PI Bala baru saja ‘dipulangkan’ dari luar negara oleh pihak PR bagi membantu dalam PRU-13.  Beliau sebelum ini telah melarikan diri keluar negara kononnya kerana ‘diancam’ oleh pihak yang bertanggungjawab membunuh Altantuya.

PR yang terkenal dengan sikap suka mempolitikkan nyawa orang, nampaknya tidak sabar-sabar untuk mempolitikkan kematian Bala.  Ini terbukti apabila sejurus selepas serangan jantung pertama, pihak PR telah pun membuat kenyataan yang membayangkan Bala telah disihir.

Kredibiliti Bala menjadi persoalan penting dalam kes Altantuya memandangkan beliau bukan sahaja telah membuat dua Akuan Bersumpah yang bertentangan tetapi juga didapati mempunyai rekod jenayah ketika bertugas sebagai polis.   Antara jenayah yang dilakukannya turut tertakluk di bawah Akta Penculikan.  Beliau telah diarahkan meletakkan dalam masa jawatan 24 jam.

Bala menggambarkan dirinya sebagai orang tengah dalam kedua-dua Akuan Bersumpah tetapi mengubah ‘watak penting’ iaitu yang menyampaikan arahan kepadanya.   Satu-satunya kisah yang masuk akal dan kekal dalam kedua-dua Akuan Bersumpah Bala ialah hubungan Razak Baginda dengan Altantuya serta wang yang diminta oleh Altantuya.

Bala dikhabarkan telah menerima amanah dari Razak Baginda untuk menyampaikan sejumlah wang RM50,000 kepada Altantuya.   Versi yang lain pula mengkhabarkan jumlah USD500,000 iaitu komisen pembelian scorpene.

Memandangkan kes scorpene telah terbukti tidak wujud dan Altantuya juga bukan seorang penterjemah dan tidak pernah ke Perancis dalam waktu urusniaga berjalan maka secara automatik kisah komisen tersebut tidak boleh digunapakai lagi.

Justeru, kita kini berpegang kepada kisah RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak kepada Bala untuk disampaikan kepada Altantuya.  Jika benar Altantuya menerima wang tersebut, kenapakah beliau perlu membuat kecoh di pejabat dan rumah Razak?   Ia hanya masuk akal jika Altantuya sebenarnya tidak menerima wang tersebut.  Jika ini benar, maka hanya Bala yang mampu mengesahkannya.

Maka tidak mustahil, inilah yang menyebabkan cerita Bala berpusing-pusing dan berbelit-belit.  Dan tidak mustahil ini juga yang menyebabkan Bala diserang sakit jantung setelah dipanggil pulang ke Malaysia bagi membantu PR.

Ini kerana, Bala tahu apa yang benar apa yang tidak.  Dan kita tahu bukan senang untuk menyorok kebenaran dan menyebarkan penipuan secara berterusan, terutama apabila melibatkan nyawa.  Lebih dahsyat lagi jika diri sendiri yang melakukan kesalahan tersebut.

Seluruh dunia tahu bahawa Bala tinggal di luar negara atas saraan pihak yang memusuhi kerajaan.   Ini kerana, Raja Petra yang turut lari ke luar negara telah memuatnaik gambarnya bersama Bala, bergembira bersama peguam-peguam mereka sambil mengutuk dan mengetawakan kerajaan.  

Jika benar Bala diancam oleh pihak di dalam kerajaan, dan jika benar kerajaan begitu korup lagi berkuasa dan kejam sehingga mampu mengawal keputusan mahkamah serta membunuh, bukankah lebih logik jika Bala juga menerima nasib yang sama dengan Altantuya?  Dan kenapa beliau berani pulang ke Malaysia dan berkempen untuk PR?  Malah, ketika meninggal dunia, beliau berada di rumah bersama isteri, dan bukannya bersembunyi kerana bimbangkan ancaman pihak berkuasa yang korup dan kejam seperti yang dituduhnya?

Jelaslah, bahawa kerajaan tidak terlibat dalam apa jua mainan atau drama yang diceritakan oleh Bala.  Tidak mustahil Bala sendiri yang menjadi kunci semua kekusutan ini.  Altantuya mungkin tidak akan mati jika benar RM50,000 itu sampai ke tangannya.  

Apapun, Raja Petra telah membuat pengakuan bahawa semuanya hanyalah rekaan.  Zulkefli Noordin yang membela tertuduh dalam kes pembunuhan Altantuya juga telah membuat pengakuan bahawa beliau telah diarahkan oleh Anwar untuk memaksa pelanggannya itu mengaitkan nama Perdana Menteri sedangkan ia tidak benar.  Penipuan SUARAM mengenai scorpene dan Altantuya yang telah terkantoi menguatkan lagi bahawa semua ini hanyalah rekaan semata-mata.

Paling menarik, bapa Altantuya sendiri telah membuat kenyataan bahawa satu-satunya pihak yang berhubung dan cuba membelinya ialah pihak pembangkang, bukan kerajaan.

4 pihak telah mengesahkan penglibatan Anwar dan PR, maka apakah ini belum cukup untuk kita melihat kebenaran?   Patutlah Bala tidak mampu menghadapi dunia lagi.

Kita ucapkan Takziah kepada keluarga Bala.  Harapan kita agar PR tidak mempolitikkan kematiannya pula.   Biarlah dia tenang menerangkan kepada Altantuya ke mana perginya RM50,000 yang diamanahkan melaluinya.

Semoga mereka yang terlibat dalam fitnah ini insaf, bahawa ajal maut boleh tiba pada bila-bila masa dan tidak semestinya menunggu keputusan Pilihanraya.

-Beruang Biru

14 comments:

  1. Allah tak izin dia membantu PKR. Memang Allah tak izin. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. UMNO rasuah malaikat untuk cabut nyawa Bala
    Rafizi ada video dan akan buat press conference mendedahkan segalanya

    ReplyDelete
  3. Menunggu kiram III pula mati

    ReplyDelete
  4. yaaahhhh ....bagus , padan muka!! si Bala sudah kojol, dah mati !!

    lepas ni giliran anuar pula ..kah kah kah

    ReplyDelete
  5. Bala da d maka sumpah sendiri dgn kitab suci hindu..Power tu..Semua org ada kepercayaan so jika bersumpah dan x berkata benar Tuhan meka akan jahanamkan meka ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan percaya dengan sumpah agama lain selain Islam kerana boleh rosak akidah

      Delete
  6. Syukur dia dh kojol....kalau tak ntah apa apa lagi isu diungkit..harap harap anu war sedar diri.....awak tu dah tua..taubat taubat la....rumah kata pergi kubur kata mari....

    ReplyDelete
  7. Lega rasanya dia dah mampos. Aku rasa nak kencing saja kubur dia. Tapi rupanya dia tak ada kubur sebab akan dibakar. Bakar ka panggang ka grill ka apa aku pedulik dengan tukang fitnah ni. So jimat sikit air kencing aku nanti boleh pancut atas muka nuar

    ReplyDelete
  8. mohon doa moga KIRAM 3 juga menyusul seperti si polan berkenaan.. menyusah dan sanggup menfitnah orang lain utk kepentingan tembolok sendiri... tiada keamanan dalam kehidupan mereka... KIRAM 3 jahanam tu pun tak lama lagi je tu..

    ReplyDelete
  9. TANYA SAMA ANU...LEPAS NI SIAPA PULA???

    BERKAT SOLAT HAJAT HAMBA RAKYAT YANG MENOLAK KEMUNGKARAN DAN CINTAKAN KEDAMAIAN.

    ReplyDelete
  10. Kepada seluruh rakyat Malaysia, Jangan la kita ungkit lagi cerita Mendiang Bala. Beliau telah tiada lagi di dunia. Jangan la kita mempolitikan lagi tentang diri beliau. Jika kita ada pegangan agama biar apa jua agama yang kita anuti, kita kena hormat pada roh simati. Segala urusan dunia telah terputus bilamana seorang manusia telah meninggal. Jangan la kita terikut ikut dengan pemimpin politik Malaysia yang langsung tak menghormati orang yang telah mati. Apakah kita nak letak diri kita sama gan Tian Chua yang gila babi tu. Fikir fikiran la.

    ReplyDelete
  11. Puak puak ini tidak tak akan ambil pengajaran dari apa yang berlaku. Ugama mereka ajar mereka kalau mati habis cerita...tak ada soal jawab kubur, tidak ada syorga nereaka..inilah ugama Puralisme dan Liberalisme yang dibawa oleh Anwar kerana itu mereka bermaharajalela buat dosa.

    ReplyDelete
  12. Kita yang ada otak ni janganlah jadi macam golongan yang saperti Pluralisme dan Liberalisme ini.mereka ini memang tidak boleh diajar lagi kerana sudah terlalu bodoh tetapi terlalu sombong dan angkuh untuk mengakui kebodohan mereka.Betul kata Tun Daim, Allah masih sayangkan Malaysia, jadi janganlah kita lupa untuk selalu sembahyang dan berdoa agar diberikan pemerintah Islam yang terbaiknya untuk Malaysia.Percayalah,Allah tidak akan siasiakan doa manusia yang ikhlas nakkan yang terbaik.

    ReplyDelete
  13. Roh Bala akan tuntut balasan kepada Anwar.
    Anwar dalam ketakutan dan tak dapat tidur lena
    Tak tahu cara macam mana di mampus
    Islam dia boleh dipertikaikan ,sekiranya masih menyokong
    Ambiga LGBT,plurallisme,Penggunaan Kalimah ALLAH, dan
    masaalah moral dan byk lagi
    Insyallah kita tunggu dan lihat cara dia mampos

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH