Tuesday, January 15, 2013

KL112 Diadakan Kerana Pembangkang Tahu Mereka Tidak Boleh Menang di PRU-13 - Tun M


Perhimpunan di Stadium Merdeka Sabtu lepas cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan sedia ada, kerana penganjur merasakan ia tidak boleh menang pilihan raya umum nanti, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.

“Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi…jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi,” katanya kepada pemberita di sini selepas menghadiri taklimat perkembangan pembangunan Cyberjaya oleh Kumpulan Emkay pada Isnin.

Shamsidar ialah isteri timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali yang akan menjadi saksi kes saman fitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap anggota Dewan Negara Datuk S.Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.

Tun Dr Mahathir berkata, perhimpunan anjuran parti pembangkang itu mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga ketenteraman awam.

“Bila pihak berkuasa ambil tindakan akan dituduh bertindak kasar jika tidak mengambil sebarang tindakan juga tetap diperkatakan,” katanya.

2 comments:

  1. Aku setuju beno dengan Tun.

    Sekarang ni pun ramai pengikut Tun dari orang cina,melayu dan india telah balik ke pangkuan BN.

    Nak cakap apa pun cakap lah.Yg pasti Tun akan kembalikan kegemilangan BN...Tunguuuuuuuu.

    ReplyDelete
  2. SIAPA CAKAP, PAKAR EKONOMI BANK ISLAM KATA BN AKAN BUNGKUS..TERSUNGKUR..MANA SATU BETUL

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH