Tuesday, November 6, 2012

Panas! Fazura hina Lisa Surihani?!


AKTRESS jelita, Fazura yang sinonim dengan filem serta drama terbitan Red Films seperti Gol dan Gincu dan Pisau Cukur terpaksa menolak untuk melakonkan watak Dian dalam filem terbaru syarikat itu, Istanbul Aku Datang, disebabkan ada beberapa babak yang bertentangan dengan prinsipnya.

Watak itu bertukar tangan kepada Lisa Surihani.

Umum juga sudah mengetahui bahawa Fazura tidak akan berlakon sekiranya terdapat adegan di ranjang atau babak berpelukan dengan pelakon lelaki.

“Mungkin bukan rezeki saya dan tertulis untuk Lisa (untuk watak Dian).

“Saya terpaksa menolak kerana terdapat beberapa babak yang melanggar prinsip saya,” katanya ringkas ketika ditemui baru-baru ini.

Filem arahan Bernard Chauly yang menjalani 100 peratus pengambaran di ibu negara Turki itu mempamerkan beberapa aksi romantis di antara pelakon utamanya iaitu Beto Kusyairy, Lisa dan Tomok.

Ketika ditanya mengenai desas-desus pembukaan butiknya yang kedua, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 29, menjelaskan, “(pembukaan butik) dalam planning dan masih memikirkan mengenainya.”

Kelibat Fazura kini jarang dilihat di mana-mana majlis hiburan berikutan dia semakin sibuk dan ligat dalam menguruskan perniagaan fesyen miliknya sendiri yang diberi nama House of Doll yang beroperasi di Jalan Telawi 3, Bangsar sejak Mei lalu.

Pelakon yang berasal dari Pekan, Pahang yang pernah merangkul Anugerah Aktres Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-17 ini turut diajukan soalan bila dia bakal menamatkan zaman bujang.

Ketika diajukan pertanyaan itu, Fazura menyatakan, “insya-Allah, bila jodoh saya sampai, saya akan berkahwin.”

“Saya tak mahu dengar cakap-cakap orang, bila sampai masanya saya akan berkahwin juga nanti,” katanya.

Sumber PERAK TODAY

13 comments:

  1. Kenapa dia tak berlakon kalau ada adengan berpeluk dgn lelaki? ada orang marah ke?

    ReplyDelete
  2. Mestilah ade org marah...... orang Johor yg marah tauuuu.

    ReplyDelete
  3. Aku pon marah..... Anu aku pon marah jugak hahhahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh anu kau x sesuai la dengn fazura.....ambik anu kau letak dalam laci x dak sapa pun nak tengok....by the way klau fazura tengok anu kau mesti dia lari punya....fazura bukan murahan.....you SON OF A BITCH :P

      Delete
  4. ahahaa pelik yg dia peluk lelaki boyfriend dia tak langgar prinsip agama ke? atau prinsip diri sendiri?

    Buang masa layan orang mcm ni..

    ReplyDelete
  5. bodohnya engkorang yang komen kat atas ni, dah tentulah Allah marah bila hamba dia berpeluk-pelukan sesuka hati dengan bukan muhrim

    ReplyDelete
    Replies
    1. allah marah sebab berpelukkan dgan yg bkan muhrim...tpi..klau tk tutup aurat allah tk marh la ea...sebelum ckap..please la fikir gune otak sikit..-.-''

      Delete
    2. Allah marah semua yang melanggar syariat nya. Allah marah berpeluk-pelukan dengan bukan muhrim, dia cuba hindarkan perkara itu yang mungkin akan menimbulkan fitnah di kemudian hari. Mengenai aurat tuu, kita hanya mampu berdoa agar dia berubah. Tade sape cakap tak tutup aurat tu tak berdosa :D. Dia fikir guna otak la tuh, tapi saudari komen dengan sikap aggresive :D

      Delete
  6. laa..fazura xckp mcm tu pun...ape yang fazura ckp dimanipulasi oleh pihak tertentu...nak kaut untung lebih org tgk blog die. dunia2

    ReplyDelete
  7. hina? xda hina apa2 pun. alah korang ni. kira okey lah dye ada prinsip macamtu. atleast dia berprinsip. x macam artis2 len. semua nak sentuh

    ReplyDelete
  8. Go fazura! Go fazura!!! i lebih suka u dri Lisa. Lisa gedik laa. Fazura d best!!

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH