KUALA LUMPUR -
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan memberi undi kepada
pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang
kejam.
Beliau menegaskan,
Soros menggunakan wang beliau bagi meletakkan calon pilihannya untuk memerintah
negara-negara yang disasarkan.
Bagi Malaysia,
katanya, Soros memilih pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim
untuk melakukan pertukaran rejim dengan menjatuhkan kerajaan sedia ada.
''Mungkin sesetengah
orang masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gemar dengan 'masyarakat
sivil' ketika berada dalam kerajaan dan beliau juga masih bercakap tentang
perkara itu sekarang. Persamaan idea antara Soros dengan Anwar adalah
penting," katanya dalam satu rencana yang ditulis untuk akhbar New
Sunday Times hari ini.
Dr. Mahathir secara
jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society Institute dalam menukar
pemerintah sesebuah negara seperti yang berlaku di Georgia.
Sebelum ini, Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) juga didakwa turut menerima sumbangan daripada Open
Society Institute.
Dr. Mahathir turut
melontar persoalan mengapa Soros membiayai Malaysiakini, sebuah
portal berita propembangkang.
''Jelas sekali,
tindakan itu adalah untuk menjayakan perubahan rejim dengan meletakkan
calon-calon pilihannya sebagai Perdana Menteri dan menteri-menteri di dalam
kerajaan Malaysia.
''Apa yang kerajaan
itu akan lakukan nanti ? jika tidak melaksanakan hasrat Soros," katanya.
Tegas beliau, Malaysia
adalah salah satu sasaran Soros.
''Sekiranya terdapat
rakyat Malaysia yang ingin dijajah semula, itu adalah pilihan mereka. Tetapi
saya percaya rakyat Malaysia tidak mahu menjadi tali barut asing,"
katanya.
Menurut Dr. Mahathir,
tindakan Soros itu terbukti berjaya menjatuhkan rejim di Georgia, Ukraine dan
Hungary.
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH