Wednesday, October 10, 2012

Penyokong PAS Disaran tinggalkan Parti sesat itu


MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyarankan penyokong PAS agar meninggalkan parti itu yang perjuangan politiknya kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila bekerjasama dengan DAP.

Beliau berkata perjuangan PAS dilihat lebih mementingkan kuasa dan undi daripada memperjuang agama Islam.

"Memang dari dulu kita (Barisan Nasional) dah beritahu, PAS tidak lagi perjuangkan Islam," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan ahli seumur hidup PAS Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad bahawa parti itu hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam.

Mohd Ali turut memuji pengakuan Sasterawan Negara itu dan menganggap ia satu tindakan yang tepat dalam usaha memastikan masyarakat Islam tidak terkeliru dengan perjuangan tersebut.

Bernama




No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH