Tuesday, October 23, 2012

Panas! Orang Melayu dah muka dengan DAP!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, orang Melayu sudah muak dengan DAP yang mendakwa kononnya parti itu demokratik dan mewakili pelbagai kaum tetapi berterusan mempersoal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas negara ini.

Menurut Perdana Menteri, perkataan demokratik dan reformasi yang sering dilaung DAP tidak lebih sekadar slogan kerana hakikat sebenar parti itu cuma memperjuang kepentingan satu kaum sahaja sebagaimana didedahkan bekas Naib Pengerusinya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim.

Sehubungan itu beliau mencabar DAP agar bertanding di kawasan majoriti Melayu jika benar parti itu ikhlas memperjuangkan kepentingan pelbagai kaum sebagaimana didakwa dan biar pengundi Melayu menentukan sama ada benar atau tidak mereka sudah muak dengan DAP.

"Jika DAP sebuah parti pelbagai kaum, saya cabar mereka bertanding di kawasan Melayu. Anda tahu orang Melayu sudah muak dengan DAP. Mereka mendakwa kononnya bersikap demokratik tetapi adakah mereka lebih demokratik daripada kami (Barisan Nasional).

"Saya setuju dengan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. DAP hanya memperjuang satu kaum sahaja dan jika anda mahu tahu, tanya Tunku Aziz, beliau akan beritahu anda (wajah sebenar DAP)," katanya semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di Wisma MCA, di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, mana-mana pihak boleh mempertikai pelaksanaan dasar serta keadilan kerajaan tetapi jangan sesekali mempersoal asas negara yang dipersetujui bersama dan terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan seperti dilakukan DAP.

Dalam pada itu Najib berkata, beliau marah kepada pembangkang bukan kerana pakatan itu mahu merampas kedudukannya sebagai Perdana Menteri atau menawan Putrajaya tetapi kerana kegagalan menawarkan program untuk memacu negara ke pencapaian lebih gemilang.

Jelas beliau, pembangkang hanya pandai menawarkan janji populis demi kerakusan untuk menawan Putrajaya tetapi tidak memikirkan kesan jangka masa panjang kepada negara seperti mana tawaran mahu menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Saya marah kerana pembangkang tidak ada sesuatu yang lebih daripada sekadar mahu ambil alih Putrajaya, sedangkan kita sudah membangunkan negara ini sejak 55 tahun lalu. Mereka tiada program untuk memacu Malaysia ke arah pencapaian lebih gemilang.

"Usahkan program, Kabinet bayangan pun mereka gagal kemukakan sebab apa? Sebab sesama sendiri pun mereka tidak sepakat. Jadi bagaimana nak mentadbir negara? Sedangkan kita berkerja keras untuk memastikan Malaysia muncul negara maju pada 2020," katanya.

Sementara itu, dalam nada berjenaka Perdana Menteri berkata, beliau hairan bagaimana Mohammad Sabu tidak tersenarai dalam Kabinet bayangan pakatan pembangkang dan serentak itu, beliau mencadang Timbalan Presiden Pas menerajui Kementerian Wanita.

Sumber

3 comments:

  1. CSL & wanita MCA terang-terang menghina islam kita melayu/islam buat apa?BN & PR hanya mahukan undi..

    ReplyDelete
  2. anon bodoh dap yg hina islam tau babi

    ReplyDelete
  3. ye lah dap hina islam nik ajis maafkan sbb pas perlukan dap utk menang

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH