Sahih dan jelas sekali, para pemimpin PAS dari kalangan
Anwarinas masih lagi mempunyai perasaan dendam dan curiga terhadap bekas
Timbalan Presiden mereka sendiri sekalipun 9 September lalu Majlis Syura PAS
telah memutuskan untuk tidak memanjangkan polemik kedudukan Nasharudin Mat Isa
dalam parti.
Apabila Nasharudin masih berterusan mempertikaikan dasar
songsang parti termasuklah yang terbaru mengecam sikap PAS tika ini yang
terlampau mendahulukan kuasa berbanding prinsip Islam, ia bagaikan satu peluru
baru bagi golongan Anwarinas untuk melancarkan semula perang menentang bekas
Timbalan Presiden PAS itu.
Nasharudin dalam ucapannya di Seminar Dakwah Islamiyyah
Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah antara lainnya menyebut;
"Jika umat Islam negara ini terus berpecah belah,
apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk 5, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah
umat Islam tergelincir? Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam
di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?".
Selanjutnya Nasharudin juga menyatakan bahawa dalam konteks
politik umat Islam hari ini, masalah perpecahan umat seperti sengaja dilupakan
sedangkan perkara itu merupakan masalah utama yang perlu segera mencapai
penyelesaian.
Selain itu, beliau turut meluahkan kehairanannya apabila
usaha dalam bentuk perbincangan dan penyatuan diantara UMNO dan PAS sering
dipandang serong atau kelihatan 'taboo' bagi segelintir pihak yang tidak senang
duduk dengan usaha murni tersebut.
Nasharudin mungkin beranggapan ucapannya itu tidakpun
menyalahi sebarang kod etika partinya malah untuk ditafsirkan telah melanggar
dasar PAS pun tentu tidak sesekali.
Malah bagi umat Islam juga tidak melihat ucapan Nasharudin
itu lari dari landasan perjuangan Islam yang sedari dulu lagi amat menitik
beratkan perpaduan dan membenci perpecahan.
Apatah lagi Majlis Syura dalam mesyuaratnya sebelum ini pun
jelas menyebelahi Nasharudin apabila badan tertinggi PAS itu enggan menurut
perintah Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang mahu beliau dipecat maka
bolehlah dikira sebagai satu lesen untuknya terus menegur dan mengkritik parti
demi kebaikan bersama.
Hakikatnya tidak sedemikian. Bagi golongan Anwarinas dalam
PAS, ucapan berbentuk teguran dan kritikan terbuka oleh Nasharudin itu dikira
sebagai sengaja mencabar Majlis Syura dan PAS itu sendiri.
Ini dapat dilihat dari reaksi keras Naib Presiden PAS,
Mahfuz Omar yang memberi amaran bahawa teguran Nasharudin itu adalah tindakan
yang sengaja mempertikaikan pendirian parti serta satu cubaan yang mencabar
kewibawaan Majlis Syura itu sendiri.
Jelas sekali golongan Anwarinas tidak akan duduk diam begitu
sahaja membiarkan Nasharudin terlepas dari tindakan disiplin. Kesempatan ini
tentunya diambil peluang oleh mereka untuk menebus kekalahan mereka sebelum
ini.
Barangkali benar Nasharudin telah mencabar kewibawaan Majlis
Syura PAS dimasa yang sama secara langsung mengkritik sikap PAS yang terlampau
kemaruk mengejar kuasa hingga hampir tergadai maruah agama, bangsa dan negara,
namun bagi umat Islam, tindakan Nasharudin itu tetap kena pada tempatnya.
Mungkin kali ini Nasharudin agak sukar untuk Nasharudin
terlepas dari hukuman yang sekian lama diidam-idamkan oleh kumpulan Anwarinas
dalam PAS, pun begitu sejauh mana PAS berani bertindak keras termasuk memecat
Nasharudin tentunya menarik untuk dikuti perkembangannya.
Beruang Biru
Beruang Biru
No comments:
Post a Comment
Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!
PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH