Saturday, September 15, 2012

Zed Zaidi hentam Artis Pakatan Rakyat!



Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini.

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.

Zed diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir artis yang mengaku sudah berhijrah tetapi bertindak menyertai parti politik tertentu dengan menghasut rakyat membenci kerajaan.

Kata Zed, tidak ada artis yang akan melakukan kerja secara suka rela setiap masa kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap sebaliknya mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu untuk mendapat imbuhan.

Katanya, parti politik berkenaan pula terpaksa menggunakan artis kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah yang dianjurkan.

Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini.

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis.

“Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja.

“Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah,” katanya.

Ditanya benarkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat di persada seni kerana penghijrahan yang dibuat Zed berkata, perkara itu sebenarnya tidak berlaku jika perubahan berkenaan dilakukan dengan ikhlas dan baik.

Bagaimanapun apa yang dikesalkan golongan berkenaan mengambil pendekatan memburuk-burukkan dunia seni sendiri serta menghentam pihak-pihak tertentu.

“Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan,” jelasnya.

Sehubungan itu Zed berkata, sekiranya terdapat mana-mana artis yang mahu berubah mereka diminta untuk tidak terlibat dalam kancah politik kerana ia akan merosakkan reputasi diri mereka sendiri.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Zed Zaidi mengundang para artis dan orang ramai menyertai Majlis Mega Raya MySeniman yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dekat sini pada 17 September depan.

Acara yang akan bermula pukul 12 tengah hari itu turut membuka peluang kepada orang ramai dan para artis menjadi ahli persatuan itu.

mStar Online

6 comments:

  1. Caya la bro...

    Berlakon dalam filem je la. Tapi sekarang banghal2 tu berlakon dlm dunia poliitik murahan. Pecah belahkan bangsa dan negara? Dibayar untuk tu semua? Dah macam sundal lah...dapat duit haram.

    ReplyDelete
  2. Pelik juga dulu PAS kata UMNO guna artis masa buat ceramah untuk meramaikan majlis. Sekarang ni sudah terbalik pulak. Artis yang masuk PAS tiba tiba jadi penceramah penting mengutuk sesama Islam. Dulu kita sokong PAS sebab ada Dr Hasan Ali. Tapi selepas beliau dipecat tembelang PAS terbongkar. Negara Islam sudah jadi Negara Kebajikan.

    ReplyDelete
  3. Tu lah pas suka mengata sbb dengki.... Lps tu bila dia bt org. Tak kata apa plak... Tp malangnye pas terpaksa byr utk tarik artis msk parti mereka... Mcm artis mak umno secara suka rela ok lah... Aduh pas ni mmg xde maruah lah...

    ReplyDelete
  4. Dah tu nak berlakon filem dah tak laku si terpakasa lah mskbpas dot gk duit utk nk sara hidup... Apa salah nye bkn bt apa pun cuma nak hancurkan negara je....bg pas mmg tak salah pun....

    ReplyDelete
  5. Bkn saja tak dpt berlakon filem kelly eng drama pun dah x dpt dah drg tu... Bt kata org i dunia seni mmg dah xnk muka2 drg tu lah... Ibarat kan drg dah buang sampah tu tp pas kutip jd kan ustazah n ustaz utk pas.. Itulah kebenarannye walaupun pahit kan...

    ReplyDelete
  6. Aq tgk artis2 yg kena beli dgn pas semua mcm sundal je... Xde satu pun yg elok...Baik pas g beli pelacur kat chowkit tu lg bgs... Mlm2 blh dia jentik telur korang...

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH