Monday, September 17, 2012

Syarikat Tempatan Mampu Bina Kapal Perang - Tun M


KUALA LANGAT- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yakin syarikat pembinaan kapal tempatan mampu membina sendiri kapal lebih besar termasuk kapal perang pada masa hadapan.

Beliau berkata syarikat tempatan yang terlibat dalam bidang itu perlu diberi peluang membuktikan kemampuan mereka, dengan menjadikan syarikat NGV Tech yang sehingga kini berjaya membina lebih 140 buah kapal pelbagai jenis, sebagai contoh.

"Saya yakin NGV Tech mampu membina kapal lebih besar dan kapal perang kerana ia syarikat sofistikated yang diberi tanggungjawab oleh kerajaan membina dua kapal latihan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) selain telah menjalin usahasama dengan syarikat dari Korea Selatan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran NGV Tech di sini.

Beliau turut melawat tapak projek pembinaan dua kapal latihan bernilai RM148 juta sebuah itu, di limbungan milik NGV Tech di Kampung Sijangkang dengan diiringi Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Pengerusi Eksekutif NGV Tech Datuk Zulkifli Shariff.

Kedua-dua kapal yang dibina melalui program pemindahan teknologi antara NGV Tech dan Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering Co. Ltd, Korea Selatan, itu dijangka siap pertengahan tahun depan.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH