MELAKA - Kerajaan dicadang menubuhkan undang-undang khas bertujuan menyekat mana-mana pihak yang membawa bendera ‘baru’ Malaysia serta memijak gambar pemimpin negara.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu penting supaya sesiapa yang melanggar peraturan dengan melakukan perbuatan biadab itu boleh diambil tindakan.
“Sudahlah dulu ada yang mempersendakan lagu kebangsaan, Negaraku, kini menghina pula lambang negara Malaysia dan jika perbuatan ini dibiarkan, apa yang tinggal pada negara ini.
"Segelintir rakyat kini semakin terpesong dan politik menyebabkan pemesongan kepada rasa cintakan negara,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kota Melaka, semalam.
Sinar Harian
Setuju, ikut langkah Negara Thai, dan biar undang undang itu dilaksanakan secepat mungkin, orang melayu makin tak sedar diri yang diri mereka telah dijual dan bakal dijual oleh kaum lain dinegara ini. Tak ada apa yg nak dibanggakan dgn mereka ini, malah lebih kepada anjing kurap.
ReplyDelete