Friday, August 31, 2012

Pakatan Rakyat habiskan duit untuk bas



















“Mengata Dulang, Paku Serpih, Mengata Orang, Dia Yang Lebih”.

Perumpamaan yang cukup sesuai untuk menggambarkan sikap pemimpin Pakatan Rakyat yang selama ini tidak habis-habis membuat onar terhadap Barisan Nasional (BN).

Jika sebelum ini, pernah timbul isu berkaitan ‘Bas Mewah’ yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya ia menggunakan kos ribuan ringgit.

Namun hari ini lihatlah siapa pula yang sedang bermewah-mewahan dengan wang rakyat Selangor.

Di saat-saat rakyat Selangor sengsara dengan krisis air selain masalah kewangan yang berlaku pada Unisel, namun pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat sedang asyik meraikan kejayaan mereka mendapatkan sebuah bas mewah bagi tujuan parti itu berkempen sempena pilihanraya akan datang.

Bas dua tingkat itu, jika dilihat dari luar sememangnya tampak mewah, apatah lagi di bahagian dalamnya.
Difahamkan bas itu mempunyai pelbagai jenis kelengkapan dan apa yang lebih menarik adalah dua buah kerusi urut jenama Gintel turut disediakan.

Jadi dari manakah Pakatan Rakyat Selangor mendapatkan dana untuk memberli bas yang semewah itu?
Sudah itu ia datangnya daripada wang kerajaan negeri.

Difahamkan juga, Pakatan Rakyat kini sedang merangka perancangan untuk mewujudkan sebuah treler bagi tujuan yang sama.

Kos untuk sebuah bas pun sudah pasti menggunakan kos ribuan ringgit, apatah lagi pemimpin pembangkang ingin mewujudkan treler pula.

Apa yang lebih baik sebenarnya, pemimpin Pakatan Rakyat sepatutnya selesaikan dulu krisis yang berlaku di Selangor.

Isu air dan masalah di Unisel sendiri pun telah tertangguh dan dibiarkan terlalu lama, namun kini pemimpin kerajaan negeri boleh pula berlagak riang gembira dengan mewujudkan sebuah bas mewah.

Ternyata mereka ini golongan yang suka bergembira dengan harta orang lain.


Cili Padi : Bukan main cakap PM habiskan duit rakyat tapi dia? ....

6 comments:

  1. ITU BELUM JADI PM LAGI. KALU JADI PM ENTAH APALAH YG DIBELINYA. MUNGKIN KAPALTERBANG JET MEWAH, KAPAL PESIARAN MEWAH, KERETA2 MEWAH BERLAMBAK2 LAH KAT HALAMAN RUMAH. KALU TAK CAYA, TUNGGULAH MASANYA.....

    ReplyDelete
  2. Gila kot Anuwar ni.. meroyan apehal beli bas mewah cmm tu? gila nk jd PM smpai tahap tu letak gmbr dia besar2 kt bas.. dia ingt maintainance bas besar mcm tu murah ke? membazir wang pencacai je

    ReplyDelete
  3. BAS ni DIN Pudu (PAS) leh tlg drive.. angkut AMOII China.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. Biak kan orange Selangor yang pangkah PKR, mungking depak nak rasa sama camna rasanya naik bas mewah.ngabis boras aja,

    ReplyDelete
  5. teringat bas abuya....

    ReplyDelete
  6. Siang hari kenderaan tu guna buat kempen pilihanraya. Malam tukar jadi nite club main pelacur. Ni memang pesen baru dunia gilo sex, iaitu tour sex. Enjoy sex while surfing the road. Bawa2 bertaubatlah wahai Sang biawak Nuar Celako..

    ReplyDelete

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH