Monday, August 27, 2012

Kerajaan Selangor tidak akan bayar tunggakan subsidi bekalan air percuma





Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor memutuskan tidak akan membayar sebarang tunggakan subsidi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada mana-mana kediaman yang menggunakan meter air pukal di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan mengenai perkara tersebut telah dimaklumkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mac lalu.

Beliau memberitahu, pemberian subsidi itu hanya boleh dilakukan sekiranya Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Jawatankuasa Pengurusan (MC) kediaman yang terlibat mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui pelaksanaan Program Lapor dan Dapat. 

Utusan

No comments:

Post a Comment

Lu orang kasi tulis apa lu orang mau, Wa tak bertanggujawab!

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG KAHKAHKAH